Kursus Health, Safety & Enviroment Serta PUNB
Assalamualaikum ,
Hari ni Saya telah memulakan hari seawal 4.30 pagi. Rutin biasa la tu kan.. Handle apa yang patut sebelum berangkat ke melaksanakan tuntutan kerjaya. Dalam tempoh 3 hari ni saya agak sibuk sikit. Saya akan berkursus selama 3 hari. 1 hari utk HSE di Wisma Goshen, Plaza Pantai di Jalan Pantai Baharu dan 2 hari dengan PUNB di KL Sentral. Jadual padat beb.
Saya juga masih belum hantar aritkel dan jawapan kepada ruangan soal jawab untuk bulan September 2009 ni ke majalah. Artikelnya dah siap cuma jawapan kepada ruangan soal jawabnya juga masih belum berjawab.. Slide untuk presentatation bagi Breastfeeding talk juga masih dalam pembikinan..hahaha..rasa macam nak pecah kepala bila banyak kerja ni.. tapi tak per..Orang kata busy is good. Memang good..tapi letihnya Allah saja yang tahu. Kesian kat my dearest husband sebab kena look after our babies. Bang, mekasih yer kerana memahami..
Ok la, saya nak solat Subuh dulu. Insya Allah, walaupun sibuk, saya akan cuba update blog ni sekerap yang mungkin. Insya Allah..