Lagi di Fitnah

Salam Kasih,

Hari ni saya sedikit emosi kerana pagi saya dimulakan dengan perasaan geram sebab Qistina buat perangai semasa hendak ke nursery. Saya pergi ke pejabat dengan rasa kesal dan macam nak cuti la. Sebabnya bila Qistina buat perangai pagi tadi, saya dah marah dia. Saya kesal kerana saya gagal mengawal emosi dan mangsanya anak. Kena marah. Saya sebenarnya kalau boleh mengelak untuk memarahi anak tapi yerlah dalam kelam kabut hendak ke pejabat (hahaha, ini alasan jer ni), ter emo plak. Kesian Qistina. Rasa macam nak bawa balik Qistina dan duduk peluk dia seharian pulak..Terbayang-bayang muka dia sedih bila kena marah..teringat-ngatkan air matanya yang jatuh kat pipi tu..Kesian dia..

Kita tinggalkan la dulu cerita tu ekk. Ni saya nak buat penjelasan sedikit. Malam tadi saya menerima panggilan telefon bertanyakan soalan samada benar atau tidak saya memberikan susu formula kepada anak saya (thanks dear coz you bertanya terus pada I. Appriciate sangat).
Disini saya ingin menjelaskan kepada semua, yang saya mempunyai 2 anak permpuan. Yang sulung 3 tahun ++ dan yang kedua masih 9 bulan n going to be 10 months dalam masa terdekat. Ya, Anak sulung saya, Qistina memang sekarang ini minum susu formula kerana dia sudah 3 tahun ++. Sebelum ini saya menyusukan dia dengan SUSU SAYA selama 1 1/2 tahun. Anak kedua saya, Qaisara, sehingga kini masih lagi saya susukan dengan SUSU BADAN SAYA yakni SUSU IBU dan ditambah dengan solid food. Belum pernah saya dan suami cuba atau ingin memberi susu lain selain susu ibu. Walaupun saya sibuk dan sentiasa berada diluar rumah tanpa anak saya disisi, saya masih berpegang kepada penyusuan susu ibu. Suami, ibu saya, ayah saya, malah adik beradik saya serta keluarga mertua dan juga sedara mara saya juga faham dengan prinsip saya dalam penyusuan susu ibu dan tidak pernah ragu-ragu membantu saya dalam memberikan susu ibu kepada Qaisara.
Entah dimana silapnya, ada pula timbul cerita saya memberikan susu formula kepada anak saya. Adakah ini sebagai salah satu serangan peribadi untuk menjatuhkan nama baik saya dan juga BABY N ME? Ntah lah. Hairan.

Kalau masih tak percaya, boleh bertanya kepada pengasuh di Nursery anak saya . Boleh bertanya kepada mereka, samada saya memberikan susu ibu atau susu formula kepada Qaisara. Juga boleh tanya kepada kawan-kawan sepejabat saya, adakah saya masih memerah susu ibu dalam waktu pejabat. Cubalah tanya.. Ketika saya menjalani kursus dimana juga dan juga sewaktu bekerja diluar pejabat, saya juga masih memerah susu saya di mana juga yang sesuai untuk saya bekalkan kepada Qaisara. Kalau tak percaya cuba tanya pada kakitangan PUNB yang sesurau dengan saya masa saya memerah susu ibu untuk Qaisara(kalau saper ingat tarikhnya 7 & 8 Julai 2009). Stok susu juga masih ada dalam freezer..Ntah la kan, manusia ni..segala macam perangai dan niat..

Kepada yang ingin bersaing tetapi menggunakan taktik kotor, saya harap anda muhasabah diri kerana ingatlah yang Allah dah agih-agihkan rezeki tu sama rata. jadi tak perlu risau dengan persaingan.. Bersainglah dengan sihat..

Bila difikirkan kembali, saya rasa kelakar kerana siapalah saya ni.. Glamer idak, lawa idak, comey pun idak, banyak duit pun tidak apatah kaya, lagi idak..tapi masih ada yang rasa saya ni satu ancaman. Bagus jugakan sebab sekurang-kurangnya saya tahu, ada juga yang mengikuti perkembangan saya dalam diam dan saya dapat tahu kewujudan saya juga disedari oleh orang lain..hehehehe..

Bubye.. Breastfeeding is Bestfeed!!  

   Qaisara Breastfeeding Time at Alamanda Food Court

6 Responses to “Lagi di Fitnah”

  • Allah sentiasa bersama kita yang benar Pn Zatul…InsyaAllah..

  • wannorashi says:

    Kak Zatul,

    Biasalah tu ada je orang nak bercakap macam tu. Insyallah wan doakan Kak Zatul and the gang berjaya.Bukan senang nak bahagikan masa dgn anak , carier n kaunselor laktasi. Semoga berjaya

  • Aisah (airis) says:

    Terkejut baca artikel ni coz tak sangka pasal susuibu pun ada org dengki. niat murni sentiasa dapat balasan baik dari Allah dan begitu sebaliknya. Saya yg tak pernah terlepas beli mami&baby rasa seronok bila Zatul jadi salah sorang penulis, lebih2 lg pasal susuibu. tahniah ye

  • Bonda Q says:

    Airis, terima kasih. Pasal dengki tu biasa la..Bila niat nak menolong ibu-ibu dah terpesong, memang timbul semua perasaan yang tak sepatutnya ada. Doakan zatul agar dapat terus tolong ibu-ibu dan diri ini sendiri..hehehehe..

  • fid says:

    zatul
    bleh juga suruh depa tanya aku
    sampai kes qistina aku tau kahkahkahkahkah

    apakah masalahnya?????
    wehhh ambik aku jadi ‘protoge’ ko wehh aku nak jadi LC gak!

  • Bonda Q says:

    Fid, ko dialu-alukan utk jadi LC sebab ilmu ko pasal breastfeeding sangat deboom

Leave a Reply


logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
October 2019
M T W T F S S
« Mar    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.