SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Sempena Bulan Baik, Hari Baik ini, Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai & pelanggan-pelanggan saya. Semoga bergumbira di Hari yang Mulia ini. Serta hati-hati di jalan raya..
Beraya dimana yer tahun ni? Saya? cam biasa la..Tahun ni turn umah hubby saya so saya beraya di KL dulu. Kemudian saya akan ke JB, umah nenek sebelah mama saya untuk meraikan sepupu saya yang dah hampir-hampir nak kertu , Mohd Huzaimi B. Samsu yang akan bertunang dengan wanita pilihan hatinya. Selamat bertunang ye, Ujai!!!
Oh ya, lupa plak.. Dikesempatan ini, saya juga ingin menyusun jari memohon maaf kepada semua andai ada kata-kata, perbuatan, tulisan atau apa jua bentuk kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan anda tersinggung atau kecil hati dengan saya. Maafkanlah saya kerana saya juga seorang manusia biasa seperti anda, tak lepas daripada kesilapan (ayat klise kan?)..
Selamat Hari Raya!!!!
My Loving Hubby & Me
