Jalan-jalan Sampai Pengsan
Assalamualaikum,
Macam yang korang tahu, kan..saya memang jarang nak bercerita mengenai puteri-puteri kesayangan saya, Qistina dan Qaisara. Emmm…bukan tak ada rasa nak bercerita mengenai mereka tapi saya segan, takut dikatakan terlalu excited atau terlalu bangga dengan anak-anak. tapi kan, saya memang bangga dengan dia orang.
Semalam, selepas habis waktu kerja saya bawa mama ke Masjid Negeri, Shah Alam sebab papa ajak makan nasi Arab kat gerai di perkarangan Masjid. Perh, sedap hingga menjilat jari.
sampai licin dulang tu kita orang kerjakan..
Papa, saya dan Sara
Sebelah petang dalam pukul 4 petang, kami ke Ikano & Ikea. saja rikki barang-barang kat sana. Emm, Anak-anak teruja masuk Ikea sebab rasanya inilah kali pertama sejak derang dah besar ni, kami ke Ikea. Sampai lenguh dan penat la. Terpaksa babywearingkan Qaisara yang dah besau tu.. Tapi tak lama sebab tak tahan la, berat dah dia tu.
Hehehe, Qistina siap tidur baring kat katil Ikea. test sedap ke tak katil ni…nanti boleh suruh Abah beli untuk kakak.
Qaisara nak jugalah test katil cam kakak.
Nak balik dah ni…Bye bye..
Dalam kereta masa on d way balik, dua dua pengsan sebab keletihan berjalan dalam Ikea jer…
Salam Kasih teramat sayang buat kedua Puteri tersayang,
