Teringat zaman dolu
Salam,
Selamat menempuh minggu yang baru lagi. Cepatnya masa berlalu, kan? Sekejap je dah penghujung Februari 2011. emm…
Pagi ni semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya seperti biasa mendengar SINAR FM. Oh ya, saya memang mendengar SINAR FM sebab saya suka celoteh KE, Krill dan Saleh Yaakob. Celoteh mereka adalah peneman sepanjang perjalanan daripada Klang ke Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Celoteh mereka buat saya rasa perjalanan terlalu sekejap sebab idea gila-gila mereka. Saya juga rasa gandingan mereka sangat tepat dan sesuai. Suka la..
Topik pagi ni yang dibincangkan di SINAR FM ialah KERANA TERLAMBAT.. Jadi adalah satu Mamat ni, cerita dia terlambat kali kedua ke pejabat atas alasan perjalanan dia jauh, dari Seremban ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan, keadaan trafic tak dapat diramal. Oleh kerana ini merupakan kesalahan kedua, maka boss lelaki tu dah denda dia untuk lompat katak..kekekeke..ada juga company yang denda cam ni ekk.. tapi bak kata KE lebih elok denda cam ni daripada effect prestasi peribadi cam kena masuk dalam fail peribadi. Jadi KE ada juga sebut, kalau lambat lagi next week, may be boss lelaki tu suruh jalan itik plak..kekekeke
Bila sebut jalan itik ni, saya teringat semasa saya tinggal di asrama ASPURI di SM Ahmad Boestamam (la ni dah jadi SMK), sitiawan, Perak. Kes balik dari kampung lambat selepas cuti raya haji. Masa tu saya dalam form 2 kalau tak silap. Adoiii, memang dah plan nak balik lambat ke asrama. Siap pakat lagi dengan kawan-kawan.
Hehehe..akibat daripada kedegilan dan keberanian melanggar arahan, maka saya dan ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii lagi kena denda dengan warden. Denda jalan itik keliling bangunan sekolah. Makkkk aiii..satu bangunan jer dah panjang berjela..Oleh kerana saya merupakan seorang atlit dan sangat aktif semasa di zaman persekolahan, maka jalan itik tu tak menjadi masalah kepada saya. Saya tidaklah rasa penat atau sakit peha selepas selesai melaksanakan denda seperti kawan-kawan seasrama yang sama degil cam saya. Tapi saya lihat ramai la yang tercungap-cungap dan ada yang nak pitam dan sebagainya. Kesian….
Juga teringat semasa saya belajar di IPT, pelajar perempuan dilarang memakai sandle yang menampakkan kaki, tapi saya dan kawan-kawan perempuan yang hanya 2-3 kerat dalam course saya yang ketegaq, pakai juga sandle yang dilarang tu. Makanya didenda la kami oleh pensyarah saya untuk jalan itik. Emm..Bangunan Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Mekanikal bersambung dan kedua-kedua pengkhususan ni semua sure dah tahu, ramai lekaki daripada perempuan. Jadi kami dengan muka merah padam dan disuruh berkaki ayam semasa jalan itik keliling bangunan Civil dan Mechanical. Allah… Malunya..Bayangkan kena lalu dalam keadaan jalan itik dan berkaki ayam di depan bilik kuliah orang lain dan lalu depan orang ramai yang lalu lalang berkejar ke kuliah yang sudah tentunya kebanyakkannya adalah lelaki. Hasilnya, kami glamer semester tu….kekekekeke tapi tetap degil, pakai juga sandle ke kuliah
Semua tu walaupun pada masa itu, kena denda adalah satu perkara yang memalukan dan menyakitkan hati, namun bila dikenang semula kini, ianya adalah antara kenangan-kenangan manis yang selalu membuat saya tersenyum bila terkenang peristiwa lampau.
Kesimpulannya, denda tu sebagai peringatan agar jangan buat salah selalu. Ye la, kita kan manusia, mana boleh tak buat salah, kan….Kalau tak buat salah, kita tak dapat belajar dari kesilapan untuk lebih mematangkan diri kita, kan …?
Salam Kasih,
