Archive for the ‘Agama Islam’ Category

SALAM RAMADHAN DARIPADA ZHR & BABY N ME

Assalamualaikum,

Ramadhan dah tiba. Esok kita mula berpuasa. Secara kebetulan pada hari ini saya menyambut harijadi yang ke …Sweet 16. Hahaha. Every year sweet 16 tau.

Malam ni kami sekeluarga planning nak Tarawikh di Masjid negeri, Shah Alam. Jauh sikit tak pe tapi terasa sambutan Ramadhan tu sangat meriah.

 

Oklah semoga kedatangan Ramadhan kali ini akan lebih membawa saya dan keluarga ke arah yang lebih diredhai. Almaklumlah umur dah bertambah dah..

Juga selamat menjalani ibadah puasa dan membuat amalan yang lebih di bulan Ramadhan ini. Antara fadilat dan ganjaran di bulan Ramadhan ialah

Selamat menjalani ibadah dan Salam Ramadhan yang penuh kasih sayang daripada saya dan team BABY N ME.

 

Salam Kasih Ramadhan,

 

HIMPUN SEJUTA UMMAH

Assalamualaikum,

Kepada yang tidak perasan dan tidak tahu, Akan ada satu perhimpunan sejuta Ummah di Stadium Shah Alam pada esok, Sabtu.  Ianya dianjurkan oleh NGO yang bergelar HIMPUN yang memperjuangkan agama Islam. Oleh itu sudah tentu perhimpunan ini bersangkut paut dengan agama kita, ISLAM. Dikatakan nak menangani masalah murtad dikalangan orang Islam yang semakin berleluasa.

Objekti perhimpunan dan segala yang berkait dengan perhimpunan ini boleh dibaca di HIMPUN.

Terpulang samada anda nak hadir atau tidak. Saya? rasanya tidak kot sebab nak bawa anak-anak ke tempat yang sangat penuh dengan orang yang terlalu ramai sebegitu, amat berisiko bagi keselamatan anak-anak saya.
Namun begitu, saya menyokong usaha untuk membendung masalah murtad dikalangan umat Islam khususnya dan khasnya di Malaysia ini.

Oh ya, saya difahamkan yang perhimpunan ini HALAL ya. Permitnya diluluskan oleh kerajaan. So ini bukan perhimpunan haram.

Salam kasih,

Salam Ramadhan

Asslamualaikum,

Apa khabar? Macam mana menempuh puasa pada hari pertama Ramadhan tahun ini? Ada ke yang seperti anak-anak kecil? hehehe..

Semoga kita bertambah bahagia menjalani ibadah Puasa dan amalan-amalan yang diperintahkan olehNYA.

Qistina juga sudah mula belajar berpuasa sekerat hari mulai hari ini. Cukup pukul 12 tgh, dia dah minta berbuka. “Laparlah Ummi”, kata Qistina. Tak mengapalah. Setengah hari tu dah kira cukup untuk dia belajar berpuasa sebagai permulaan.

Emm..En. Hubby dah sms tadi, bertanyakan nak makan lauk apa berbuka ni. Agaknya selepas waktu kerja, dia nak pergi ke pasar Ramadhan kot sebab kami berbuka di Shah Alam, rumah yang didiami oleh Scha bersama mama dan papa. Kemudian, Insya Allah, jika ada rezeki, saya akan ikut hubby bersolat Tarawikh  di Masjid Shah Alam. Rindu nak bersolat Tarawikh. Semalam dah terlepas sebab Qaisara kurang sihat. Kena cirit-birit.

Oklah. Selamat menjalani ibadah puasa. Kepada yang nak membaca Al-Quran secara electronic, bolehlah ke Quran.com .Selamat membaca Al-Quran dan selamat sempat khatam dalam bulan Ramadhan ini. Insya Allah, kita boleh!

 

Salam kasih,

 

Senangnya Perempuan Nak Masuk Syurga

Assalamualaikum,

Walaupun dah lama tapi saya nak juga kongsi ilmu yang saya dapat.

Pada awal bulan Mac 2011 yang lalu, Ustazah Asni yang mengajar mengaji di TV9 dan yang juga telah dilantik menjadi Pegawai Penasihat Agama Peribadi Pengerusi Eksekutif syarikat saya bekerja telah meluangkan masa untuk memberikan ceramah kepada kakitangan perempuan.

Tajuk pada hari tersebut ialah Perempuan, Isteri dan …

Ceramah beliau lebih berkisar bagaimana senangnya perempuan ini untuk masuk syurga. Juga disebut mengenai penyusuan ibu yang mana pahalanya sangatlah besar.

Di dalam ceramah beliau ini, ada juga dipesan agar tidak menderhaka kepada suami. Juga dipesan agar kita sebagai isteri menjaga syurga suami yakni Ibunya. Jangan jadikan suami kita anak yang derhaka. Ustazah ada menyebut

Syurga isteri terletak pada suami, manakala syurga suami terletak pada Ibunya’.

Jadi kata Ustazah Asni, janganlah kita (isteri) marah bila suami asyik nak balik umah ibunya kerana ianya merupakan tanggungjawab suami. Pesan Ustazah Asni lagi, perempuan jika nak masuk syurga sangat senang :

1. Jaga Solat
2. Jaga Puasa
3. Jaga Maruah (syurga ada di 4 penjuru rumah)
4. Bacalah Al-Quran

Juga kalau boleh baca & khatam Quran sebanyak 2 kali dalam 1 tahun ( emm..kalau tak biasa ni, berat juga nak buat yer).

Juga jika kita mengalami masalah dan rasa sangat terbeban, maka solatlah 2 rakaat.

Ditekankan juga mengenai adab masuk tandas.

1. tutup kepala
2. Baca doa
3. Langkah masuk kaki kiri
4. Langkah keluar kaki kanan

Jangan dilupa kerana syaitan sangat suka berada di dalam tandas. Jika kita tak jaga adab dan baca doa masuk tandas, itu yang menyebabkan ramai perempuan susah nak mengandung disebabkan syaitan tu dah banyak duduk di rahim kita.

Sewaktu kami duduk makan beramai-ramai, saya dikenalkan oleh Pengurus Kanan Puan Yasmin sebagai Wanita yang berkerjaya di dalam bidang teknikal yang sangat well known dalam breastfeeding dan menulis dalam majalah. Waaa, habis bocor rahsia ‘akak’. Selama ni, ‘akak’ sangat low profile semasa di pejabat. Kawan-kawan sepejabat ada yang kurang tahu mengenai penglibatan saya dalam menulis ni. Malas nak beritahu kawan-kawan yang ‘akak’ menulis dalam majalah. Derang cuma tahu pasal penglibatan saya dalam breastfeeding jer. Habis lepas tu, kawan-kawan dok bertanya macam mana boleh menjadi kolumni majalah Mami & Baby tu dan bagaimana boleh menulis dalam Pa & Ma.

Di kesempatan tersebut sempat saya kenalkan kepada hadirin yang ada mengenai produk Baby Khalifah learning Series. Alhamdulillah, dapat sambutan. Ustazah Asni pun beli juga satu pakej Baby Khalifah Learning Series tu. Siap dia sponsor RM10 (duit balance dia) pada sesiapa yang nak beli pada hari itu.


Ini kali kedua saya berjumpa semula dengan Ustazah Asni. Kali pertama semasa Hari Susu Ibu di Kajang tahun lepas. Baby Khalifah Learning Series yang kat belakang tu, Ustazah Asni yang punya..

Ini serba sedikit yang dapat saya sampaikan kembali ilmu yang saya dapat pada hari itu. Banyak lagi sebenarnya. Nanti bila ada ceramah Ustazah Asni lagi, saya akan kongsikan lagi ilmu yang saya dapat. Insya Allah.

Salam kasih,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
March 2023
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.