Kekangan dalam Breastfeeding

Salam,

Kali ini saya nak bicara mengenai kekangan dalam melaksanakan penyusuan susu ibu dikalangan masyarakat Malaysia. Saya rasa para pejuang yang seangkatan dengan saya dalam mempromosikan, memperjuangkan dan memartabatkan breastfeeding akan setuju dengan saya tentang betapa sukarnya nak memartabat dan menggalakkan penyusuan susu ibu. Salah satu kekangan yang ada ialah kurangnya sokongan daripada orang-orang yang ada disekeliling kita.

Memang sukar..Kekangan pertama ialah tiada sokongan dikalangan ahli keluarga kita sendiri terutamanya sokongan daripada suami. Kemudian ibu atau ibu mertua kita.. Sukar juga nak meyakinkan mereka betapa baiknya susu ibu ini..

Keduanya tiada sokongan daripada rakan sekerja dan majikan. Jangan kata orang lain, saya juga mengalami waktu-waktu sukar dalam melaksanakan penyusuan susu ibu di pejabat saya. Selain tidak mendapat sokongan orang atasan, rakan sekerja juga sering mempermainkan perkataan breastfeeding itu sendiri.. Bayangkan saya pernah diejek yang saya ini adalah pembekal terbesar susu segar di kawasan Bangsar dan sekitarnya.. Senyum sajalah bila kena usik begitu…Paling tidak pun saya berlalu pergi.. Bila bertanya khabar pada ibubapa baru di pejabat samada bayi dan ibu ada masalah dalam penyusuan atau tidak, yang lain dah mula senyum-senyum sinis.. Itu belum lagi timbul isu tempat nak express breastmilk. Kat Pantry salah (pantry pun salah kerana ada yang kata susah dia nak ambil air bila saya mengepam dalam pantry,entah la), kat stor dan surau tak boleh (tak ada power point), dalam bilik server terlalu sejuk dan akhirnya saya memilih untuk mengepam di cubical saya sahaja. Senang cerita dan full stop segala masalah yang sengaja mereka create. Nanti saya akan cuba buat video bagaimana nak mengepam di cubical,ok?

Pam di cubical

Kawasan saya mengepam

Kemudian kekangan dengan pengasuh. Ada yang kata leceh, ada yang ambil sambil lewa sahaja cara handle ebm walaupun dah diberitahu caranya dan bermacam macam lagi la..

Ntah la, kadangkala semangat si ibu sendiri juga menjadi kekangan dalam melaksanakan penyusuan susu ibu. Puting luka, breast bengkak, bernanah dan malas menjadi alasan. Kalau malas dan tidak ada niat nak menyusukan sampai 2 tahun  pun, sekurang-kurangnya cubalah susukan bayi anda secara esklusif selama 6 bulan pertama. Ini kerana ketika ini organ-organ dalaman bayi masih belum matang dan baby masih belum boleh menerima makanan lain selain susu ibu.  Mungkin juga ramai ibubapa baru yang tidak tahu fact ini..agaknya la, kan?

i just want breastmilk poster

 I Just Want Breastmilk Poster (Nurturing Concept S/B)

Doa saya semoga kekangan ini akan semakin berkurangan dari hari ke hari.. Semoga akan ramai yang akan lebih tahu betapa bernilainya setiap titisan air susu ibu itu..

Salam Breastfeeding,

7 Responses to “Kekangan dalam Breastfeeding”

  • ibu dania says:

    masuk telinga kiri… keluar telinga kanan..hikhikhik…. mulut org tak bleh nak tutup kak zatul…. hihikhi.. saya pun mengalami nya.. tmbahn lagi saya jenis B cup D… hemmmm… laki pompuan semua dok nak mengata…. buat2 pekak jer la… yg pntg anak mendapat nilai susu ibu yg tidak ternilai harganya…

  • airis-arissa says:

    Bila baca tulisan Zatul, teringat sorang kawan yg baru deliver sanggup tinggalkan anak di kampung dgn alasan susah nak cari org yg dipercayai utk jaga baby. Dan seawal 2 bln, dah bg fm 100%. Terdiam saya. Segala sokongan saya selama ni pada dia mcm curah ke daun keladi… Padahal dia pelanggan Pa&Ma dan Mami&Baby yg setia.

  • Bonda Q says:

    airis-arissa: tak per, janji kita dah sampaikan kelebihan susu ibu. Tugas kita dah selelsai . Pilihan ada pada dia. Mungkin anak yang ini, dia belum lagi terbuka hatinya utk beri SI. Mana tahu anak yang seterusnya, Allah bukakan pintu hati dia untuk beri susu ibu, kan ;D ..

  • pn zatul, saya pun sekarang dah pandai ngepam kat cubical saya.. dan alhamdulillah, saya masih tak miss 3x sesi pumping kat opis..

  • zatul says:

    Bonda humaira: Good Good..keep on pumping

  • zaiton says:

    Nasib baik bilik solat ada power point.. kalu kat cubicle sendiri cam impossible..maklumla kiri & kananku jantan..huhuhuu..
    akak sokong pendapat zatul bahawa mmg susah nak BF tanpa sokongan.. kekadang kekangan2 itulah yg menjadikan mulutku ini begitu celupar bila menjawab kenyataan2 yg against BF.. sib baik hubby sokong 150% BF ni…especially bila dia realize gile jimat bila tak yah beli FM yg mahal bagai nak rak tuh…

  • Bonda Q says:

    Hubby ku pun suka tang jimat tu..kekadang bila mengadu production kurang, hubby dah naik seriau dah..dia lagi gelabah daripada kita..hehehehe

Leave a Reply


logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
March 2024
M T W T F S S
« Mar    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.