Kisah Asam Garam RumahTangga
Salam,
Hari saya nak bercerita kisah hubungan rumahtangga. Bukan rumahtangga saya tapi lebih kepada perkara umum. Tercetusnya perkara ini kerana seorang sahabat. Semalam dia datang bercerita perihal pejabat tetapi entah bagaimana terkeluar luahan hatinya mengenai sikap dan cara pasangannya. Pada saya, saya tidak menyokong sahabat saya mahupun pasangannya. Saya hanya bertindak sebagai pendengar dan tiada komen yang saya luahkan bagi isu tersebut.
Saya selalu melihat setiap perkara dengan cara yang positif supaya saya dapat menerima kesan sesuatu perkara dengan tenang dan berfikir secara waras. Jadi kalau anda ada pendapat anda sendiri atau cara yang berlainan daripada apa yang saya utarakan, tidaklah mengapa sebab kita manusia memang unik, tak sama. Kalau kita sama maknanya kita adalah robot, kan..
Sahabat saya ini belum lama pun melayari rumah tangga. Hanya beberapa tahun usia rumahtangganya. Orang kata masih muda dan tahap mengenali tapi bukanlah pengantin baru cam adik saya tu, kan..
Antara isu yang sahabat saya utarakan ialah isu ketidakpuasan hati antara dia dan pasangan, isu tidak beri nafkah (berupa wang) sedangkan gaji pasangannya besar (alahai sekiranya gaji setakat RM4K dan duduk di lembah Klang ni, mana la cukup, kan? Cukup-cukup untuk bayar bil, rumah, makan, pakai), isu berkawan dan makan tengahari dengan staff, pasangan membuka satu akaun rahsia, isu berkawan dengan kawan yang berlainan jantina, isu tidak memasak, isu anak, dll.
Daripada cerita dan aduan yang saya terima, saya suka nak rumuskan beberapa perkara iaitu dalam melayari Rumahtangga perlu ada
- tolak ansur
- hormat menghormati
- jujur (biar pedih utk terima sesuatu perkara itu, tetapi bila kejujuran tu ada, rasanya lama-kelamaan dapat diterima jika pasangan tidak dibohongi)
- percaya kepada pasangan (tetapi perlu ada juga sedikit rasa cemburu utk mengeratkan kasih sayang)
- kasih mengasihi
Kalau isteri juga bekerja dan suami dah beri makan, pakai, tempat tinggal, settlekan segala bil yang ada, sediakan segala keperluan kita dan anak-anak, adalah elok juga untuk kita bertolak ansur untuk tidak menerima duit elaun sekiranya suami kita tidak mampu. Kalau suami ada berkemampuan lagi untuk beri duit elaun pada kita, jangan pulak kita tolak yer..itu namanya tolak tuah..offer hanya datang sekali, tak selalu..hehehehe
Kalau isteri tidak bekerja, apa salahnya jika berkemampuan, suami beri sedikit elaun sebagai menghargai usaha isteri menjaga anak-anak dan menguruskan rumahtangga, kan..?
Suami pula, kalau isteri bekerja jangan culas jalankan tanggungjawab. Jangan ambil mudah segala hal sebab isteri ada dan mempunyai pendapatan sendiri. Laksanakan tanggungjawab sebagai suami. Tolonglah isteri buat kerja rumah. Takkan jadi dayus kalau menolong isteri melakukan kerja rumah. Berkahwin ni kan salah satu bentuk kerjasama, satu pasukan, satu kapal..
Sekira pasangan kita ada akaun rahsia, saya rasa mungkin kita pun boleh buat satu akaun rahsia. Mak-mak sedara saya pernah bepesan, isteri perlu ada satu akaun yang dirahsiakan daripada suami. Hehehe…
Tapi pesan mak sedara saya, jangan ada akaun bersama..bahaya!
Kiasan Papa saya mengenai berkasih sayang ni, ” pegang kasih sayang tu jangan genggam kuat sangat, nanti dia lari. Juga jangan longgar sangat sebab dia boleh lari juga. Jadi peganglah dengan cara sederhana, Insya Allah bahagia”.
Jangan terlalu cemburu buta, jangan terlalu mengongkong, jangan maki hamun, meninggi suara atau berkasar dengan pasangan, jangan sombong dengan pasangan kita sendiri, sebab sekali terjadi perkara-perkara ini, luka sudah mula ada pada kedua-dua belah pihak. Kalau baik pun, parutnya tetap ada.. ingatan pada peristiwa tu akan dibawa hingga ke akhir hayat..
Bila pasangan marah, jangan kita sama turut marah. Diam dan beri ruang pada dia untuk dia redakan kemarahan. Bila dah reda marahnya, barulah cuba bawa berbincang semula secara aman. Sebab masa ni dia dah waras dan dapat berfikir dengan baik dan tidak mengikut emosi. Kalau kita sama naik hantu bila dia naik angin, tu yang pinggan mangkuk, cawan, sudu semua terbang serata rumah.. Segala perkataan tak baik pun semuanya akan keluar..
Setiap rumahtangga ada pasang surutnya, jadi buatlah apa yang terbaik yang diri kita rasakan..
Berfikir dengan akal dan buat segala pertimbangan pro & cons untuk segala tindakan dan keputusan yang akan kita buat.
Jangan berfikir dan bertindak mengikut emosi..Bukan apa, takut nanti, kita pulak menyesal di kemudian hari..
Juga ingatlah perkara yang kecil jangan diperbesarkan sebab takut melarat jadi besar…
Doa saya, semoga rumahtangga sahabat saya tadi akan bahagia sehingga akhir hayatnya dan begitu juga dengan rumahtangga saya dan anda semua.
Amin……
Buat suami saya, En. KA, terima kasih kerana menjadi imam saya, pasangan saya, bersabar dengan saya selama kita kenal , terima kasih kerana sayangkan saya dan yang penting terima kasih kerana menjadi suami dan Abah yang bertanggungjawab! Saya bertuah kerana memilik awak sebagai suami saya. Darling, I Luv U lah!!!
Salam Kasih,

kena memahami dan jangan ada rahsia tentang hati
dan jgn cari pasal ada hubungan lain ka apa ka
salam kak,
zah suka entry ini..
izinkan zah syer dgn kawan-kawan ya..
salam kasih,
izzah
Salam Zah,
terima kasih kerana suka dengan entry akak ni..Sekadar luahan pendapat seorang yang berada di dalam alam rumahtangga.
Juga silakan yer untuk berkongsi dengan yang lain. Akak izinkan.
ya fid, betul tu..kena memahami dan jujur.