Support Group Meeting Susuibu Kali Ke 2
Salam,
Semalam selesai sudah SGM kali ke 2 semalam (ahad -28 Mac 2010) yang berlangsung di tempat yang sama seperti SGM yang pertama. Kali ini saya berseorangan handle salah satu group yang ada. Macam macam mitos yang keluar hasil perbincangan semalam. Ada juga peserta SGM yang baru pertama kali hadir ke SGM dan rasa sangat seronok dengan aktiviti begini. Syukurlah..
Bila aktiviti begini, makanan punya le banyak..sesuai untuk tambah berat badan..Apa pun makanan tetap yang saya akan tuju ialah bubur yang dimasak oleh Ajui. Ajui sedap bangatlah..TQ kerana sudi berkongsi resepi dengan aii n Fid..Rahsia dah terbongkar..Bulan posa ni boleh la kami bukak gerai jual bubur lambuk ‘AJUI”..hehehehe…
ini antara gambar yang ada.
Baru sampai dan gambar diambil oleh anak dara saya, Qistina
Sharing session. Terima kasih kepada Fid atas gambar ini
Semua khusyuk dengar presentation
Sessi pembentangan group saya. Tukang present : Fid aka Lovebaby. Tukang pegang: Saya la
Hepi besday Irfan daripada Ummi Zatul & Qistina
(betul ka nama dia Irfan? ingat-ingat lupa ler mummy sori)
Babywearing Session. Saya teruja dengan Mei Tai. Sedap dipakai dan digunakan.. Tapi apa kan daya, saya dinasihatkan utk tidak mengangkat apa jua yang beratnya melebihi 5 KG buat sementara waktu sehingga pulih. Tak pe la..Next baby kot?
Hubby n baby saper ni? cute gila bila dengar daddy yang tengah nyanyikan
lagu twinkle twinkle little star to his baby..suka sangat melihat that moment
Gambar Ramai-ramai sebelum makan time!
Antara mitos yang dapat discover oleh kumpulan saya ialah: sila lihat gambar di bawah ini
Begitulah adanya SGM kali ni sangat PURPLE sebab temanya PURPLE.
Dalam bersuka ria tu, tetiba Qistina menangis plak.. Kena gigit kerengga. Habis kulit dia.
Pagi tadi dah bawak pi Klinik ambil ubat tahan gatal. Kebetulan Saya juga terus migrain balik daripada SGM tu..Ambil ubat sekali ler.
Lepas SGM tu, sempat gak singgah Susuibu.com ambil buku dan juga Mums Dreams untuk ambil stok bagi event Karnival Wanita 1 Malaysia di Dataran Merdeka yang akan berlangsung pada Jumaat ni (2 april 2010) hingga Ahad (4 April 2010) ni.
Penat seh!! Tapi seronok.
Salam Kasih,

apsal saya ??idak nampak gambart
salam zatul… thanx again… x abis2 dok puji bubur yg x seberapa tu… k la, kalau x de aral melintang for next sgm, akan ada gak la bubur tu (hehehe, senang citer, x perlu pikir menu apa utl potluck… sama je selagi ada org mkn…)… thanx for d nice pics… minta izin copy paste kat mana2 yg perlu k…
p/s: dah cuba buat lum bubur tu???
Salam..
terima kasih banyak, Kak. Banyak ilmu yang saya dapat hari tu walaupun datang lambat. Lain kali boleh datang bersama baby pula..
Fid, kalau tak nampak gambar, sila reload page sekali lagi
Ajui,
ambil la gambar mana yang suka.
Dah cuba blom resepi tu? waaa..blom sempat la..tak da masa..makan pun asyik order kedai jer ni
Hanis,
kelebihan SGM memang begitu la.Kadang-kadang bukan hanya peserta sahaja yang dapat ilmu baru tapi fasilitator jugak dapat ilmu baru daripada peserta. ye la, bukan semua benda kita tahu, kan?