Selamat Hari Lahir Qistina
Salam,
Sabtu lalu merupakan hari lahir Qistina yang ke 4 tahun. Alhamdulillah, dah besar anak ummi. Dah pandai bercakap dah..dah becok cam ummi gak..hahahaha..sendiri mengaku ni..
Kami sekeluarga tak ada buat sebarang majlis pada hari tersebut kerana saya agak sibuk bermesyuarat pada sebelah paginya. Qistina daripada jam 12 tengah malam pada 6 Mac 2010 hinggalah dia tertido pada 12 tengah malam 7 Mac 2010, asyik nyanyi lagu happy Birthday untuk diri dia sendiri. Siap minta basikal. Bila tunjuk basikal biasa tu, dia geleng kepala. Hahaha..dia mintak Basikal Barbie yang dia nampak kat Toy ‘R’ Us kat Mid Valley. Bapak mahal giler basikal tu.. Satu jer dah RM200++.. Tak per Qistina, nanti kita pau Mak Ngah Nosi yer..
ummi makin gemuk, kan? kena kurang makan junk food ni.
Qistina, Selamat Hari lahir. Ummi doakan semoga hidup kakak akan sentiasa bahagia, berjaya, sihat, penuh kasih sayang dan segala-galanya yang baik la. Sayang Kakak!
p/s: ummi sekali lagi dilantik menjadi ahli jawatankuasa Alumni PSA. Puas tolak, tapi kena juga. So kepada bekas pelajar PSA, sila daftar ke www.alumnipsa.net untuk menjadi ahli dan mendapat benefit daripada Alumni.
Salam Kasih Sayang,

Happie bday qistina