Supple Cups™- Alat Bantuan Bagi Puting Tenggelam & Leper
This is sticky post. For latest sweet story from ZHR & BABY N ME, please scroll down.
Thank you!
Assalamualaikum dan Selamat Hari Malaysia,
Hari ni saya nak perkenalkan satu produk baru yang juga alat bantuan penyusuan yang diimport oleh Bonda Q Enterprise daripada Amerika Syarikat aka USA. Produk ini adalah produk yang direka khas untuk membantu masalah puting tenggelam atau puting leper. Ianya boleh dipakai sejurus sebelum menyusukan bayi bagi mengeluarkan puting ibu yang leper atau tenggelam dan ianya juga boleh berfungsi bagi membetulkan masalah puting leper dan puting tenggelam.
Nama produk ini adalah Supple Cups™.
Bonda Q Enterprise adalah pengimport dan pembekal yang telah dilantik bagi memasarkan produk ini di Malaysia.
Setakat ini, Supple Cups™ ini telah digunakan oleh Pakar Laktasi, IBCLC di dalam negara dan luar negara dan mendapat pujian kerana ianya ternyata sememangnya membantu ibu-ibu mengatasi masalah yang ada dan ibu dapat meneruskan penyusuan.
Type of Nipple
Dengan bantuan supple cups, puting tenggelam atau rata akan dapat dikeluarkan dan penyusuan akan jadi lebih mudah.
Kalau kat Malaysia ni, Dr. Hairin Anisa, Pediatrician & IBCLC yang juga saya anggap sebagai Mentor saya dalam bidang penyusuan, juga memuji produk ini kerana keberkesanannya apabila pesakit beliau menggunakannya. Dah banyak kali dah dia ulang pesanan utk produk ni.
Jangan silap faham yer. Produk ini bukanlah digunakan semasa menyusukan bayi tetapi digunakan sejurus sebelum menyusu bagi mengeluarkan puting yang tenggelam dan bila puting keluar, tanggalkan dan susukan bayi. Ianya juga boleh membantu mengeluarkan puting ibu secara kekal dengan penggunaan yang kerap seperti yang disyorkan dan ianya tidak menyakitkan malah selesa dan senang untuk dipakai. Jauh bezalah kalau guna picagari atau syringe utk keluarkan puting ibu. Selalu ibu jadi takut utk guna picagari sebab tekanan/pressure yang kuat dan menyakitkan tapi dengan Supple Cups™ anda tidak akan rasa sakit dan suctionnya sangat lembut dan selesa.
Harga di pasaran juga sangat murah dan jauh berbeza dengan produk yang seumpama dengannya yang dijual sehingga RM200.00++ utk satu dan bukan sepasang. Pada awal pengenalan harganya, Supple Cups™ hanya akan dijual pada harga RM79.90 sepasang untuk tempoh 1 bulan selepas ianya dilancarkan mulai 15 September 2011 (esok tu!). Kemudian, harga akan kembali kepada harga asal iaitu RM85.90 sepasang. Sepasang yer bukan satu macam produk sediada yang dijual dipasaran. Ianya juga didatangkan dengan pelbagai saiz yang sesuai dengan keunikan saiz puting payudara ibu yang berbeza-beza. Ada saiz 1 hingga saiz 4 namun begitu setelah mendapat maklumbalas daripada beberapa pengguna awal, buat masa ini hanya akan ada saiz 2, 3 dan 4.
Bagaimana nak anggarkan saiz puting? Selalunya saya akan kata tengok jari kita. Kalau puting besar jari kelingking, maka anda pengguna saiz 2. kalau sebesar jari hantu, maka anda pengguna saiz 3. Dan kalau sebesar ibu jari pula, maka anda sesuai menggunakan saiz 4.
Ini ukuran dalam cm dan inch.
Pada yang berminat untuk mendapatkan produk ini atau ingin menjadi reseller, boleh hubungi saya melalui telefon ataupun melalui email admin@babynme.com.my (buat masa ini sebab website saya masih under construction sebab major renovation so tak boleh la nak beli melalui e-store).
Oh ya, Supple Cups™ juga ada diiklankan di dalam majalah PA & Ma isu Oktober 2011 ini dan ada peraduan juga.
Syaratnya ialah berdaftar dengan Baby N Me dan juga perlu like page Baby N Me di Facebook aka Muka Buku. Oleh kerana webstore Baby N Me masih dalam proses baikpulih, maka pendaftaran perlu dibuat dengan menghantar emailkan yang mengandungi nama, alamat, no telefon ke info@babynme.com.my dengan subject Supple Cups @ PA & Ma atau disini.
Jangan lupa dapatkan PA & Ma isu Oktober 2011 ini. Mana tau anda antara orang-orang yang bertuah yang akan mendapat hadiah-hadiah yang bernilai RM2,000.00 dari BABY N ME!
(Nota: penyusuan ibu sepatutnya bukan hanya merangkumi puting payudara tapi areola)
Salam Kasih,

Assalammualaikum puan…
saya amat berminat untuk membeli Supple Cups™ ni memandangkan saya mempunyai masalah puting yg tenggelam. bole ker saya booking dahulu?
Boleh, email ke admin@babynme.com.my
salam. bagaimana cara untuk saya mendapatkan produk ini.dan berapakah harga untuk sepasang.cara penggunaannya?berapa lama saya kena pakai alat ini?terima kasih.
Assalamualaikum,
Produk ni boleh didapati dengan membuat pembelian melalui online. Jika berminat boleh email admin@babynme.com.my. Nanti pihak admin akan membalas dan memberikan maklumat yang lebih jelas. Ianya juga boleh didapati di beberapa kedai seperti yang tersenarai di dalam reseller Supple Cups di atas atau klik di sini http://www.babynme.com.my/blog/?p=2587.
Puan juga boleh menghubungi saya di talian 016-3855189.
Terima kasih.
sis, mcm mana nak pkai supple cup nie? kna attach dgn breastpump ke?
supple cups ni just attach pada breast untul pull out the inverted and flat nipple
Brapa minit perlu pakai sebelum susukan bayi? Apa beza dgn nipplete
Puan, mohon email pertanyaan ke admin@babynme.com.my. TQ
Salam.. sudah sekian lama saya mencari jalan penyelesaiannya.. saya berminat untuk mecuba produk ni. saya mmpunyai msalah puting tenggelam sdikit sebanyak membuatkan sy, rse malu.. lbh2 lg, saya akn berkhwin, malu utk bhdapan dengan suami kelak.. saya hrp, sy sdah menjumpai jln penyelesaiannya.. tq, sis.
Cik Shazi, terima kasih. Boleh beli di http://www.babynme.com.my/store.
brapa harga nya kak?bisa di antr ke luar negri ga?
boleh. kita biasa hantar ke indonesia, thailand dan singapore.