Archive for February, 2010

WHOLESALE FOR TUNGKU MODEN

Saya peniaga kecil. Modal saya juga kecil.

Tapi bila orang minta stok barang wholesale secara consignment, saya rasa macam nak tercekik. Kenapa? Sebabnya senang saja.dah beri jawapan dah tadi pun. Modal saya kecil. Yang kecil tu saya dah keluarkan utk dapatkan stok. Stok itu pula saya hantar pada reseller saya. Tapi kalau reseller saya (yang saya lihat memang berkemampuan untuk membeli stok secara kredit/tunai) minta untuk consignment, bagaimana saya nak rolling modal saya, yer?

Emmmmmm… Boleh beritahu tak? Saya tak marah (ishk, saya ni susah nak marah skit) tapi ajak sama berfikir bagaimana cara utk rolling modal jika tak dapat payment. Saya juga ada invoices yang perlu saya bayar macam anda, betul tak? :D

Setahu saya, bila nak berniaga kena pandai dan berani utk ambil risiko. Tapi kalau tak nak ambil risiko cam ner yer? Jangan la buli peniaga kecil yang baru je nak bertatih ni yer.. Kesian saya..

Tak pe la kita lupakan kejap ler yer.. Ni saya nak share ni..

Saya nak ambil kesempatan nak war warkan jika ada sesiapa diluar sana nak dapatkan Tungku moden secara wholesale, boleh hubungi saya utk T & C. Nak tengok macam mana rupa tungku moden ni? Ini lah dia rupa tungku moden tu..

Saya ada beri warranty 6 bulan tidak termasuk jika bocor. Warranty hanya utk jika ianya tidak lagi panas yer.. tapi tengok juga kegunaannya. Kalau anda tidak jaga dan berterusan tidak menutup suisnya memang  akan cepat rosak. Panaskan ia hanya 8 minit dan tutup plug. Kepanasannya akan tahan berjam-jam nanti.

Selain daripada tungku moden, anda juga boleh membuat wholesale utk barangan lain. Nak tahu T & C, meh contact saya. Isi borang ni yer atau email ke babynme.bonda@gmail.com

Meh bisnes,

Artikel di MAMI & BABY dan PA & MA Isu Bulan Februari 2010

Salam Kasih pada semua,

Mungkin ramai yang dah dapatkan PA & MA bulan Februari 2010 ni, kan. Sudah berada dipasaran sejak pertangah Januari 2010 yang lalu.

Emm, kalau dah dapatkan, sila-sila la tengok di bahagian penyusuan susu ibu, saya ada bercerita mengenai Kolostrum. Semoga ramai ibu kini faham apa itu kolostrum dan keperluan memberi kolostrum serta khasiat dan mafaat yang boleh didapati daripada kolostrum.

Isu Februari 2010 bagi majalah MAMI & BABY juga telah diterbitkan dan kini sudah berada dipasaran. Bulan ini, kali ini saya menulis mengenai PENYIMPANAN & PENGENDALIAN susu ibu perahan. Di dalam artikel kali ini ada saya sertakan sekali dengan jadual penyimpanan dan juga jadual melatih bayi untuk minum susu ibu perahan. Semoga ianya dapat dijadikan panduan buat bakal-bakal ibu/ayah dan ibu-ibu/ayah-ayah baru mahupun yang telah lama bergelar ibu/ayah.

p/s:  Saya akan mengedakan kelas asas penyusuan di rumah saya secara percuma untuk jiran/jiran saya yang sedang mengandung anak pertama pada Sabtu (6 Feb 2010) ini. Kepada anda yang tinggal berdekatan dengan Bandar Putera , Klang dan sedang mengandung dan ingin turut sama mengikuti kelas percuma ini, anda boleh menghubungi saya dengan mengisi borang ini atau sms saya di 016-3855189. Tempat terhad kerana rumah saya kecil dan semak. Anda digalakkan untuk datang bersama pasangan. Oh ya, memang percuma tapi anda perlu bawa potluck utk kita sama-sama makan sebab no budget utk beri refreshment. Harap maklum.

‘Sharing Is Caring’

Salam Kasih,

SUSUIBU.COM SGM NO 1

Salam,

Saya nak war-warkan mengenai Support Group Meeting (SGM) di susuibu.com yang akan diadakan hujung bulan ni. Berikut adalah maklumat yang berkaitan dengan majlis ni:

Tajuk :”Overcoming Low Weight Gain”.

Tarikh : 28 Febuari 2010
Tempat: Tasik Cempaka, Bangi
Masa: 9am-10pm
Style: Potluck (yang hadir bawa makanan)

Dan kemudiannya pula akan diadakan demo Baby Wearing dari wakil Malaysian Babywearers.

Untuk penyertaan sila daftar di sini untuk joint the SGM.

Sharing is Caring.

p/s: saya tidak sihat hari ini.

Salam Kasih,

Berebut Nenen

Salam,

Tadi saya sedang cuba tidokan anak di tengah hari waktu saya sedang bercuti pada hari Wilayah ini.

Biasa la bila bercuti, saya akan sentiasa bergelut dengan 2 puteri dan 1 baby boy (aka hubby).

Sejak Qistina ada adik  setahun lebih yang lalu ni, dia sekali sekala teringin menyusu dengan susu saya walaupun dia dah wean off.

Selalunya dia hanya akan nak menyonyot sahaja tanpa sebarang komen. Tapi tengah hari ini secara tiba-tiba, bila dia minum susu saya, dia memberi komen, “emm..ummi, susu yummy” huhuhu..syok juga bila dengar budak dah pandai cakap beritahu yang susu badan kita yummy…

Tapi Qistina tak boleh lama menyusu sebab adik dia, Qaisara selalunya akan menyusu pada masa yang sama  dan sekejap jer akan tolak kakaknya sebab dia kata dua-dua nenen tu, dia yang punya…

Walaupun anak-anak saya sekali sekala ajer berebut nenen saya tapi saya enjoy dengan experience ciput tandem nursing saya..

Kasih Ummi,

ALUMNI Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Aka Politeknik Shah Alam (PSA)

Salam,

Sejak daripada pukul 2.30 pagi saya dah bangun.. Dah 2 hari dah macam ni..Patutnya hari cuti boleh la tido dengan nyenyak tapi lain plak jadinya (saya cuti hari Wilayah. Selamat Hari Wilayah!)..awal bebeno plak bangunnya..pas tu dah tak boleh lelap.. Agaknya asyik memikir task Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (Malaysian BFPC) yang saya pilih dapat. oh ya saya dalam team PR kat Malaysian BFPC ni dan juga agaknya asyik memikir deadline saya dengan MAMI & BABY yang dicepatkan kepada 4 hb (chinese new year ma) ni which is lagi 3 hari.

Tak pe la, alang-alang dah berjaga dari pukul 2.30 tadi, saya ambil kesempatan buat apa yang patut. Skang ni dah pukul 7.30 pagi..Dah terang..

Oh ya, mungkin anda tidak tahu selain daripada aktif mempromosikan breasfeeding, menulis artikel dan ber BABY N ME, saya juga aktif berpersatuan dengan Persatuan Alumni Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Aka Politeknik Shah Alam (PSA). Hehehe banyak tempat saya pi belajar tapi dengan PSA ni je saya aktif sebabnya dekat jer (dekat ker? jauh gak ler) dengan tempat tinggal saya.

PSA ni dah lama dah ada alumni sejak tahun 2000 tapi tak berapa aktif. Saya juga dah beberapa kali menjadi AJK Alumni PSA ni. Balik-balik muka saya jugak yang jadi AJK. Nak buat cam ner kan, orang lantik dan saya kena paksa rela (rela la juga).

Tapi sejak tahun lepas tahun 2009, Alumni PSA ni sangat aktif dan duit Alumni pun dah banyak dahhhhh… tus tus ribu tau..dan kami dah buat macam-macam aktiviti. Kami juga dah ada website sendiri dahhhhhhh..dah majuuu..

website Alumni PSA -www.alumnipsa.net

Mesyuarat pun selalu diadakan. Walaupun AJK ada yang jauh-jauh dan bz sokmo tapi komitmen yang diberikan memang best!

So kepada semua bekas-bekas pelajar dan juga bakal bekas pelajar, anda dijemput meramaikan untuk menjadi ahli Alumi Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Aka Politeknik Shah Alam (PSA). Yuran? Alahai murah beb! Bayo pun sekali jer seumur hidup. Pas tu dah tak payah bayo lagi dah yuran keahlian tu. Berapa? RM50 jer. Boleh? Murah? Murahkan..

So untuk menjadi ahli, anda boleh berbuat demikian dengan pergi ke www.alumnipsa.net dan boleh register kat sana. Website ni baru dibangunkan so agak sepi sikit..tapi tak per, register jer dan bayaran ikut cam arahan yang ado kat sana.

Oh ya, bulan Februari ni nanti ada AGM Alumni PSA tau. So nanti jemput datang. Tarikh akan saya beritahu nanti bila dah confirm. Kita nak pilih AJK baru lagi utk sesi 2010-2011 plak.. kalau nak undi ai lagi pun ai tak kisah..ai suka you..

Salam kasih,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
February 2010
M T W T F S S
« Jan   Mar »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.