Artikel di MAMI & BABY dan PA & MA Isu Bulan Februari 2010
Salam Kasih pada semua,
Mungkin ramai yang dah dapatkan PA & MA bulan Februari 2010 ni, kan. Sudah berada dipasaran sejak pertangah Januari 2010 yang lalu.
Emm, kalau dah dapatkan, sila-sila la tengok di bahagian penyusuan susu ibu, saya ada bercerita mengenai Kolostrum. Semoga ramai ibu kini faham apa itu kolostrum dan keperluan memberi kolostrum serta khasiat dan mafaat yang boleh didapati daripada kolostrum.
Isu Februari 2010 bagi majalah MAMI & BABY juga telah diterbitkan dan kini sudah berada dipasaran. Bulan ini, kali ini saya menulis mengenai PENYIMPANAN & PENGENDALIAN susu ibu perahan. Di dalam artikel kali ini ada saya sertakan sekali dengan jadual penyimpanan dan juga jadual melatih bayi untuk minum susu ibu perahan. Semoga ianya dapat dijadikan panduan buat bakal-bakal ibu/ayah dan ibu-ibu/ayah-ayah baru mahupun yang telah lama bergelar ibu/ayah.
p/s: Saya akan mengedakan kelas asas penyusuan di rumah saya secara percuma untuk jiran/jiran saya yang sedang mengandung anak pertama pada Sabtu (6 Feb 2010) ini. Kepada anda yang tinggal berdekatan dengan Bandar Putera , Klang dan sedang mengandung dan ingin turut sama mengikuti kelas percuma ini, anda boleh menghubungi saya dengan mengisi borang ini atau sms saya di 016-3855189. Tempat terhad kerana rumah saya kecil dan semak. Anda digalakkan untuk datang bersama pasangan. Oh ya, memang percuma tapi anda perlu bawa potluck utk kita sama-sama makan sebab no budget utk beri refreshment. Harap maklum.
‘Sharing Is Caring’
Salam Kasih,
