Archive for February 2nd, 2010
Artikel di MAMI & BABY dan PA & MA Isu Bulan Februari 2010
Salam Kasih pada semua,
Mungkin ramai yang dah dapatkan PA & MA bulan Februari 2010 ni, kan. Sudah berada dipasaran sejak pertangah Januari 2010 yang lalu.
Emm, kalau dah dapatkan, sila-sila la tengok di bahagian penyusuan susu ibu, saya ada bercerita mengenai Kolostrum. Semoga ramai ibu kini faham apa itu kolostrum dan keperluan memberi kolostrum serta khasiat dan mafaat yang boleh didapati daripada kolostrum.
Isu Februari 2010 bagi majalah MAMI & BABY juga telah diterbitkan dan kini sudah berada dipasaran. Bulan ini, kali ini saya menulis mengenai PENYIMPANAN & PENGENDALIAN susu ibu perahan. Di dalam artikel kali ini ada saya sertakan sekali dengan jadual penyimpanan dan juga jadual melatih bayi untuk minum susu ibu perahan. Semoga ianya dapat dijadikan panduan buat bakal-bakal ibu/ayah dan ibu-ibu/ayah-ayah baru mahupun yang telah lama bergelar ibu/ayah.
p/s: Saya akan mengedakan kelas asas penyusuan di rumah saya secara percuma untuk jiran/jiran saya yang sedang mengandung anak pertama pada Sabtu (6 Feb 2010) ini. Kepada anda yang tinggal berdekatan dengan Bandar Putera , Klang dan sedang mengandung dan ingin turut sama mengikuti kelas percuma ini, anda boleh menghubungi saya dengan mengisi borang ini atau sms saya di 016-3855189. Tempat terhad kerana rumah saya kecil dan semak. Anda digalakkan untuk datang bersama pasangan. Oh ya, memang percuma tapi anda perlu bawa potluck utk kita sama-sama makan sebab no budget utk beri refreshment. Harap maklum.
‘Sharing Is Caring’
Salam Kasih,
SUSUIBU.COM SGM NO 1
Salam,
Saya nak war-warkan mengenai Support Group Meeting (SGM) di susuibu.com yang akan diadakan hujung bulan ni. Berikut adalah maklumat yang berkaitan dengan majlis ni:
Tajuk :”Overcoming Low Weight Gain”.
Tarikh : 28 Febuari 2010
Tempat: Tasik Cempaka, Bangi
Masa: 9am-10pm
Style: Potluck (yang hadir bawa makanan)
Dan kemudiannya pula akan diadakan demo Baby Wearing dari wakil Malaysian Babywearers.
Untuk penyertaan sila daftar di sini untuk joint the SGM.
Sharing is Caring.
p/s: saya tidak sihat hari ini.
Salam Kasih,











