Posts Tagged ‘PSA’
ALUMNI Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Aka Politeknik Shah Alam (PSA)
Salam,
Sejak daripada pukul 2.30 pagi saya dah bangun.. Dah 2 hari dah macam ni..Patutnya hari cuti boleh la tido dengan nyenyak tapi lain plak jadinya (saya cuti hari Wilayah. Selamat Hari Wilayah!)..awal bebeno plak bangunnya..pas tu dah tak boleh lelap.. Agaknya asyik memikir task Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (Malaysian BFPC) yang saya pilih dapat. oh ya saya dalam team PR kat Malaysian BFPC ni dan juga agaknya asyik memikir deadline saya dengan MAMI & BABY yang dicepatkan kepada 4 hb (chinese new year ma) ni which is lagi 3 hari.
Tak pe la, alang-alang dah berjaga dari pukul 2.30 tadi, saya ambil kesempatan buat apa yang patut. Skang ni dah pukul 7.30 pagi..Dah terang..
Oh ya, mungkin anda tidak tahu selain daripada aktif mempromosikan breasfeeding, menulis artikel dan ber BABY N ME, saya juga aktif berpersatuan dengan Persatuan Alumni Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Aka Politeknik Shah Alam (PSA). Hehehe banyak tempat saya pi belajar tapi dengan PSA ni je saya aktif sebabnya dekat jer (dekat ker? jauh gak ler) dengan tempat tinggal saya.
PSA ni dah lama dah ada alumni sejak tahun 2000 tapi tak berapa aktif. Saya juga dah beberapa kali menjadi AJK Alumni PSA ni. Balik-balik muka saya jugak yang jadi AJK. Nak buat cam ner kan, orang lantik dan saya kena paksa rela (rela la juga).
Tapi sejak tahun lepas tahun 2009, Alumni PSA ni sangat aktif dan duit Alumni pun dah banyak dahhhhh… tus tus ribu tau..dan kami dah buat macam-macam aktiviti. Kami juga dah ada website sendiri dahhhhhhh..dah majuuu..
website Alumni PSA -www.alumnipsa.net
Mesyuarat pun selalu diadakan. Walaupun AJK ada yang jauh-jauh dan bz sokmo tapi komitmen yang diberikan memang best!
So kepada semua bekas-bekas pelajar dan juga bakal bekas pelajar, anda dijemput meramaikan untuk menjadi ahli Alumi Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Aka Politeknik Shah Alam (PSA). Yuran? Alahai murah beb! Bayo pun sekali jer seumur hidup. Pas tu dah tak payah bayo lagi dah yuran keahlian tu. Berapa? RM50 jer. Boleh? Murah? Murahkan..
So untuk menjadi ahli, anda boleh berbuat demikian dengan pergi ke www.alumnipsa.net dan boleh register kat sana. Website ni baru dibangunkan so agak sepi sikit..tapi tak per, register jer dan bayaran ikut cam arahan yang ado kat sana.
Oh ya, bulan Februari ni nanti ada AGM Alumni PSA tau. So nanti jemput datang. Tarikh akan saya beritahu nanti bila dah confirm. Kita nak pilih AJK baru lagi utk sesi 2010-2011 plak.. kalau nak undi ai lagi pun ai tak kisah..ai suka you..
Salam kasih,
