Berebut Nenen
Salam,
Tadi saya sedang cuba tidokan anak di tengah hari waktu saya sedang bercuti pada hari Wilayah ini.
Biasa la bila bercuti, saya akan sentiasa bergelut dengan 2 puteri dan 1 baby boy (aka hubby).
Sejak Qistina ada adik setahun lebih yang lalu ni, dia sekali sekala teringin menyusu dengan susu saya walaupun dia dah wean off.
Selalunya dia hanya akan nak menyonyot sahaja tanpa sebarang komen. Tapi tengah hari ini secara tiba-tiba, bila dia minum susu saya, dia memberi komen, “emm..ummi, susu yummy” huhuhu..syok juga bila dengar budak dah pandai cakap beritahu yang susu badan kita yummy…
Tapi Qistina tak boleh lama menyusu sebab adik dia, Qaisara selalunya akan menyusu pada masa yang sama dan sekejap jer akan tolak kakaknya sebab dia kata dua-dua nenen tu, dia yang punya…
Walaupun anak-anak saya sekali sekala ajer berebut nenen saya tapi saya enjoy dengan experience ciput tandem nursing saya..
Kasih Ummi,

salam perkenalan…
seronoknya tendem nursing.
mama cepat kurus…hehehe
Salam kenal to fiza,
Breastfeeding’s mother memang akan cepat kurus melainkan jika ibu tidak jaga jumlah makanan yang diambil. Maksudnya makan lebih daripada yang sepatutnya. Kalau pengambilan makanan kita masih cam biasa, memang akan kurus cepat. ;D