Archive for March, 2010
Support Group Meeting Susuibu Kali Ke 2
Salam,
Semalam selesai sudah SGM kali ke 2 semalam (ahad -28 Mac 2010) yang berlangsung di tempat yang sama seperti SGM yang pertama. Kali ini saya berseorangan handle salah satu group yang ada. Macam macam mitos yang keluar hasil perbincangan semalam. Ada juga peserta SGM yang baru pertama kali hadir ke SGM dan rasa sangat seronok dengan aktiviti begini. Syukurlah..
Bila aktiviti begini, makanan punya le banyak..sesuai untuk tambah berat badan..Apa pun makanan tetap yang saya akan tuju ialah bubur yang dimasak oleh Ajui. Ajui sedap bangatlah..TQ kerana sudi berkongsi resepi dengan aii n Fid..Rahsia dah terbongkar..Bulan posa ni boleh la kami bukak gerai jual bubur lambuk ‘AJUI”..hehehehe…
ini antara gambar yang ada.
Baru sampai dan gambar diambil oleh anak dara saya, Qistina
Sharing session. Terima kasih kepada Fid atas gambar ini
Semua khusyuk dengar presentation
Sessi pembentangan group saya. Tukang present : Fid aka Lovebaby. Tukang pegang: Saya la

Hepi besday Irfan daripada Ummi Zatul & Qistina
(betul ka nama dia Irfan? ingat-ingat lupa ler mummy sori)
Babywearing Session. Saya teruja dengan Mei Tai. Sedap dipakai dan digunakan.. Tapi apa kan daya, saya dinasihatkan utk tidak mengangkat apa jua yang beratnya melebihi 5 KG buat sementara waktu sehingga pulih. Tak pe la..Next baby kot?
Hubby n baby saper ni? cute gila bila dengar daddy yang tengah nyanyikan
lagu twinkle twinkle little star to his baby..suka sangat melihat that moment
Gambar Ramai-ramai sebelum makan time!
Antara mitos yang dapat discover oleh kumpulan saya ialah: sila lihat gambar di bawah ini
Begitulah adanya SGM kali ni sangat PURPLE sebab temanya PURPLE.
Dalam bersuka ria tu, tetiba Qistina menangis plak.. Kena gigit kerengga. Habis kulit dia.
Pagi tadi dah bawak pi Klinik ambil ubat tahan gatal. Kebetulan Saya juga terus migrain balik daripada SGM tu..Ambil ubat sekali ler.
Lepas SGM tu, sempat gak singgah Susuibu.com ambil buku dan juga Mums Dreams untuk ambil stok bagi event Karnival Wanita 1 Malaysia di Dataran Merdeka yang akan berlangsung pada Jumaat ni (2 april 2010) hingga Ahad (4 April 2010) ni.
Penat seh!! Tapi seronok.
Salam Kasih,
Qistina semasa Storytelling Session By British Council’s Teacher, MPH Megastore, Mid Valley
Salam,
Seperti yang dah diwar-warkan sebelum ni, Qistina dah joint dah session tu Ahad yang minggu lepas (bukan semalam tau tapi ahad lagi satu (21 Mac 2010). Masa story telling tu, saya tak dapat nak ambil gambar sebab Qistina tak mahu duduk dengan kanak-kanak kat depan teacher, tapi nak duduk atas riba saya. Tapi masa clouring contest, dapat ambil sebab dia dah selesa dah dengan teacher tu..
Enjoy gambar yer..
Aksi Qistina : memula duduk
Aksi Qistina : pas tu baring plak
Qistina with British Council’s Teacher
Salam Kasih,
Menyusu lebih daripada 2 tahun : Utusan Malaysia Online – Bicara Agama dan Keberkatan Susu Ibu : Harian Metro
Salam,
Hari ini 2 media cetak yang berlainan membicarakan mengenai susu ibu, satu di Utusan Malaysia, didalam ruangan Agama yang menjawab persoalan menyusukan anak lebih daripada 2 tahun dan satu lagi di harian Metro yang bercerita tentang Keberkatan Susu Ibu. Nampak gayanya, susu ibu dah semakin menjadi perhatian ramai di Malaysia dan dah ramai yang ada kesedaran. Alhamdulillah. Pada yang tak berkesempatan untuk membaca, saya sertakan link utk anda baca artikel dan soaljawab Agama tu.. klik saja pada link kat bawah yer..
Utusan Malaysia Online – Bicara Agama.
Salam Kasih + Breastfeeding,
Earth Hour
Salam,
Esok adalah hati BUMI. So selari dengan hari Bumi, satu kempen yang saya rasa setiap tahun ada dijalankan, kita disarankan untuk tutup lampu selama satu jam..Meh la reramai kita sokong kempen ni.
Boleh register kat bawah ni utk sokong kempen ni
Jangan lupa tau, kempen ni akan berlangsung esok (27 Mac 2010). Kita disarankan untuk tutup lampu selama 1 jam daripada 8.30 mlm hingga 9.30 malam sebagai tanda sokongan kita pada kempen ini. Jom!
Empowering Women Through Enterpreneurship Seminar
Salam,
Sabtu lepas (20 Mac 2010) saya telah menghadiri Empowering Women Through Enterpreneurship Seminar yang dianjurkan oleh US Embassy di Malaysia. Seminar ini diadakan bertempat di Bilik Seminar NSTP, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Di seminar ni, ada beberapa tajuk yang di bentangkan. Ianya bermula daripada hari Khamis hingga Sabtu. Pada hari Khamis dan Jumaat, tajuk yang dibincangkan adalah tajuk yang sama. Manakala pada hari Sabtu, ada 2 tajuk yang dibincangkan. Emm..saya hanya hadir pada hari Sabtu dan hadir untuk kedua-dua tajuk seminar. Pada seminar ini, Whitney Keyes daripada US telah sudi berkongsi pengalaman dan ilmu mengenai strategi untuk mempromosikan dan memperkenalkan perniagaan kita menggunakan media, tak kirala media cetak, media elektronik atau pun melalui internet.
Saya bertemu dengan ramai usahanita yang sangat-sangat bersemangat dalam menjalankan perniagaan mereka. Tetapi dalam banyak-banyak perniagaan, hanya saya sahaja yang berkecimpung dalam dunia Breastfeeding.
Bersama Whitney Keyes
Bila saya berikan kad saya kepada Whitney Keyes, beliau begitu teruja kerana melihat perkataan Lactation Counselor di kad saya. Beliau menjelaskan yang breastfeeding sesuatu yang sangat popular di US. Beliau memuji usaha yang ada dalam mempertingkatkan usaha untuk memartabatkan breastfeeding di negara ini.
Pada hari tersebut juga, saya berkesempatan bertemu dengan seorang anak Melayu muda yang bernama Faisal yang telah menjalani program pertukaran pelajar ke US dan kini membuat kerja amal untuk memberi balik apa yang beliau dapat semasa di US kepada anak-anak muda dan kanak-kanak di Malaysia.
Insya allah, jika tidak ada aral melintang, Baby N Me dan saya akan bekerjasama dengan anak muda ni untuk mengadakan kelas english secara percuma untuk preschool dan sekolah rendah yang ada dikawasan saya sebagai salah satu lagi projek dan sumbangan saya kepada komuniti Malaysia. Mudah mudahan projek ini akan dapat dilaksanakan dan dipermudahkan olehNYA.
Juga sempat dan berkesempatan memperkenalkan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor kepada wakil kedutaan US Embassy (entah dia ingat ke tak lagi lepas ni ekk).

Saya juga telah menghabiskan sepanjang hari dengan ramai wanita yang bersemangat waja dan sentiasa positif sepanjang berada di Seminar tersebut. Kagum, memang kagum dengan mereka ini.
Ladies, all the best!!
Salam Kasih,
Family Gathering
Salam,
Lama tak update yer..Bukan apa, tak sempat dan tak ada cerita serta kekurangan idea nak berceloteh. Tu yang sonyap jer..
Jumaat lepas, Mak cik saya aka MAK OYA telah mengadakan gathering untuk kami yang bergelar adik-beradik, anak-anak sedara dan sepupu sepapat yang berada di Lembah Klang dan Selangor. Diadakan juga sambutan harijadi untuk yang menyambut harijadi daripada Jan 2010 – Mac 2010 (gambo potong kek tak sempat nak ambil la).
Meriah, memang meriah. Tau ajer la, kalau dah ramai-ramai tu, macam nak roboh sebab semuanya asyik nak berebut makan dan tempat nak duduk. Blom lagi yang berebut nak tengok TV dan main games..
Apa pun, memang seronok. Lama dah tak jumpa derang ni. Kalau ada acara cam ni, baru la dapat nak bersama, bergelak ketawa dan bertukar cerita-ceriti..
With My Teenage Cousin
To My Kazen, Zetty Suhana Mohd Samsu dan hubby, Mohd Kamal serta anak buah ku yang cute tu, rugi ler, korang tak datang!
Salam Kasih,
Hutang
Salam,
Ya, saya masih berhutang satu article berkaitan car seat. Memang ramai yang bertanya, bagaimana saya boleh melatih anak saya duduk diam-diam dalam car seat.
Nanti saya cerita, saya masih belum ada kesempatan utk menulis pasal car seat sebab menulis bukan boleh hentam kromo sahaja tapi memerlukan sedikit penyelidikan dan mendapatkan maklumat terperinci yang sahih sumbernya..
Nanti kita cerita ya.
Salam Kasih,
Hadiah Harijadi :: Basikal
Salam,
Akhirnya semalam saya belikan juga basikal sebagai hadiah harijadi untuk Qistina. Tapi bukan basikal Barbie seperti yang diminta.
Kata hubby saya, jangan ajar anak beri barangan mahal dan berjenama, nanti takut terbiasa sampai besar. So semalam selepas saya selesai dengan tugasan di Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu di PJ, saya terus lari ke MLO, Sri Kembangan sekejap untuk ambil stok Pam Mamivec yang diorder oleh salah seorang peserta kelas.
Dalam perjalanan pulang, teringat pulak yang My Dear sedang buat warehouse sale dan akan berakhir semalam juga. So saya ke sana dan kebetulan ada la 2 basikal warna pink. Kira ok la tu.. Tayar belakang tambahan yang lebar, kira boleh la..Keselamatan basikal saya rasa dah ok dah.Jadi terus jer beli..
Masa saya sampai di rumah, Qistina, Qaisara dan Hubby sedang tidur petang. Kesian hubby sebab kena jaga anak seharian.
Thank you, Darling!
Agaknya bila saya dan adik saya, Aishah bercakap cakap, Qistina terjaga. Terus Adik saya beritahu Qistina yang Ummi belikan dia basikal baru.
Huh, terus bingkas bangun dan keluar untuk melihat basikal. Terus suruh unwrap basikal yang dibungkus dalam plastik.
Terus cuba kayuh keliling kereta Ummi..hehehe..Senyum jer dia bila dapat basikal. Lebar plak tu..
Senyuman Manis Qistina :: Gambar oleh FeverPictures
Salam Kasih,
Testimonial Mengenai Breastfeeding Consultation – Mekasih
Salam,
Saya sedang menggodek-godek blog Kak Zaiton. Lama tak membaca dan memberi komen di sana.
Tetiba ada satu posting yang Kak Eton tulis yang buat saya ala-ala blushing dan kembang jiwa sikit.
Huhuhu..Kak Eton, thank you la for the compliment.. Segan aii u.. Kepada ananymous yang beri komen
tu pun mekacih la yer atas pujian yang diberikan.
Saya bukan buat apa pun, just tulun apa yang boleh dan membantu memberi ketenangan jiwa pada ibu-ibu ni jer sebab kita sebagai manusia memang akan selalu memerlukan sokongan dan perlu diberi semangat..
Sejujurnya saya juga adakalanya juga menghubungi rakan-rakan lain untuk dapatkan sokongan & semangat dalam breastfeeding kerana saya juga seorang manusia. Apa yang anda hadapi saya juga alaminya..
Kak Eton, Tahniah kerana anda mendapat let down kembali!
Salam Kasih,
Update : Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu (14 Mac 2010)
Salam,
Alhamdulillah, akhirnya selesai tugas saya pada tengahari tadi.
Menyampaikan ilmu yang tiada batasannya untuk ibu-ibu dan ayah-ayah yang sangat prihatin pada kesihatan dan kebaikan yang akan diperolehi oleh si manja tersayang.

sekitar kelas berlangsung
Seramai 16 peserta telah menghadiri menghadiri kelas ini. Anak-anak kecil juga tidak ketinggalan turut bersama-sama mommies dan daddies di dalam kelas ini. Semangat yang mommies dan daddies tunjukkan dalam nak memahami dan mengenal dunia breastfeeding amat dikagumi. Paling saya suka, ibu dan ayah saudara saya juga hadir ke kelas saya pada kali ini (mereka sangat muda ya).
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para peserta kerana anda memilih penyusuan susu ibu. Semoga breastfeeding akan kembali menjadi budaya masyarakat kita dalam masa terdekat. Amin.
Team Baby N Me yang bertugas pada hari ini
Ini adalah testimonial yang dibuat di Facebook saya oleh salah seorang peserta kelas pada 14 Mac 2010 yang lalu.
Jumpa lagi di kelas yang akan datang!
Salam kasih,
p/s: ramai pulak yang jejak kasih semasa hadir ke kelas ini. Rakan-rakan lama bertemu semula..Tahniah..





































