Archive for July 16th, 2010
Doakan Saya
Salam,
Petang ini saya ada meeting penting.
Doakan saya supaya semuanya berjalan dengan lancar.
Doa anda sangat-sangat saya hargai.
ehemmm..baru lepas jumpa Ida Murni di KL Sentral kejap tadi ;D.
Saya, Ida & Zarina semasa hari susuibu tahun 2009.
Mereka berdua adalah tempat mengadu saya dan
berkongsi rasa & minat yang sama
Salam Kasih,
Support Group Meeting anjuran Ratuhati.com
Salam,
Saya suka nak mewar-warkan tentang perjumpaan SGM Ratuhati.com yang akan diadakan pada masa dan tempat seperti dibawah:
Masa : 8.30 pagi – 11 Pagi
Tempat : Taman Tasik Titiwangsa (belakang Restoran Nelayan – ada Gazebo kat situ)
Saper saper yang tinggal di KL, bolehlah datang ke SGM kali ni.
Saya?
Maaf la saya tak dapat nak menghadirkan diri ke sana sebab dah berjanji dengan SISTER di KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam untuk menyumbang tenaga di sana esok pagi.. Saper yang nak consultation, boleh cari saya di sana esok – waktu klinik la yer..
Saya dan rakan-rakan sewaktu grad Lactation Course Di PPUM.
Cuba cari mana satu saya, Ida Murni, Farah (Sarakids) & Suraya (Lunatots)?
Salam Kasih,
Buat dek jer la
Salam,
Saya ada satu soalan. Soalannya ialah:
Kalau kita punya pendapat bercanggah dengan pendapat orang lain (contohnya individu ABC la katakan), perlu kah kita rasa sakit hati? atau kita terima dengan hati yang terbuka yang pahaman dia lain dari pahaman kita?
Jawapan dan pandangan peribadi saya la yer :
“saya rasa tak perlu kerana manusia ada hati dan perasaan. Setiap manusia mempunyai fahaman dan pendapat yang tersendiri. Daripada kita sakit hati kerana individu ABC tu berhaluan kiri dan tak ikut pahaman kita yang berhaluan kanan ni, lebih baik kita tingkatkan lagi usaha kita agar ada individu lain (selain individu ABC) akan terbuka mata dan minda serta nampak apa yang kita sedang perjuangkan dan faham dengan fahaman dan pendapat yang kita laung-laungkan selama ini, kan..
Buat apa kita nak kecoh atau nak kecam balik? Nanti kita sama pulak macam individu ABC yang terlebih kecoh tu, tak gitu? ”
nota: entry ini tidak merujuk kepada mana-mana individu yang saya kenali tetapi saya buka soalan ini untuk anda jawab, jika sudi..Maaf jika ada yang terasa kerana saya tiada niat untuk buat anda terasa hati
Salam Penuh Kasih Sayang,











