Archive for July 13th, 2010
Breastfeeding Adalah Perjuangan Saya
Salam Kasih,
Mengapa memperjuangkan breastfeeding menjadi pilihan saya? Mengapa bukan kecantikan dan lain-lain? Kecantikan? Kalau ikutkan saya sudah ada salon pada awal tahun 2008 setelah menerima tawaran pembiayaan kewangan daripada MARA tetapi jiwa saya dan semangat saya bukan di dalam bidang kecantikan. Kalau ikut, saya sebenarnya sudah boleh jaga anak saya sendiri sejak dari itu. Tapi setelah saya bertanya dan memohon petunjung daripadaNYA, ternyata ALLAH ada perancangan lain untuk saya. Alhamdulillah, ALLAH pilih saya untuk bersama-sama mereka yang sejiwa dan seperasaan dengan saya untuk terus berdiri teguh memperjuangkan breastfeeding.
Juga kalau diikutkan pada penghujung tahun lalu (malah sehingga kini ), saya juga ditawarkan dengan tawaran untuk mengambilalih satu kedai baby di Setia Alam, Klang sebagai cawangan francais mereka. Saya sangat suka dengan tawaran ini kerana ianya berkaitan dengan baby. Tetapi saya masih menolak kerana jiwa breastfeeding saya.
Saya kini juga sedang dalam dilema. Saya sangat suka dengan jenama ini. Sangat sangat suka kerana ianya sesuai dengan jiwa breastfeeding saya dan saya sangat-sangat boleh bekerjasama dengan orang-orang disekelilingnya. Namun bak kata tuan punya jenama, tanyalah kepadaNYA. Mintalah petunjuk daripadaNYA.
Biar apa pun keputusanNYA, doa saya semoga saya masih dan akan terus berada di dalam dunia breastfeeding agar saya boleh terus memjuangkan dan mempertahankan breastfeeding. Saya berada di dalam dunia breastfeeding ini kerana niat yang ikhlas dan kerana ALLAH SWT. Saya berada di dunia breastfeeding ini bukan kerana untuk kepentingan peribadi saya tetapi kerana kepentingan masyarakat sekeliling dan jika boleh, saya ingin katakan untuk ibubapa dan anak-anak di Malaysia. Ikhlas!
SAYA CINTAKAN DUNIA PENYUSUAN SUSU IBU!
Salam Kasih Breastfeeding,
Majlis Persandingan Adik Saya
Salam,
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana majlis persandingan adik saya, Dilla & suaminya , Fariz telah selamat diadakan dengan lancar pada Sabtu (10 Julai 2010) di Laman budaya, Galeri Shah Alam, Shah Alam, Selangor.
walaupun penat kerana saya kehulu dan ke hilir membantu untuk majlis, tidur hanya 4 jam sehari sejak khamis lepas, tapi saya sangat puas hati bila memandang senyuman Mama, Papa dan pengantin yang berdua tu serta sedara mara yang hadir serta tetamu-tetamu yang dijemput khas untuk meraikan majlis bersejarah ini.

Tetamu yang duduk di meja VIP – sedara mara dari Jelebu, Negeri Sembilan
Pengantin berarak menuju ke pelamin
Mama & Papa Saya selepas selesai merenjis anak & menantu
Terima kasih kepada saudara mara yang banyak membantu sepanjang persiapan majlis dan juga kepada katerer – Fatimah Katerer yang juga merangkap Wedding Planner majlis ini, mak andam, photographer – AdiNang, kawan-kawan baik pengantin lelaki & perempuan, penari-penari, kumpulan caklempung dan mereka-mereka yang terlibat.
Muzik Caklempung dimainkan sepanjang majlis
persembahan tarian tradisional untuk pengantin
Saya merenjis pengantin
Saya dan Qistina seawal 8.30 pagi dah terpacak di Galeri Shah Alam untuk meninjau persiapan majlis yang berlangsung pada tengahari Sabtu itu.
Meja makan beradap untuk Pengantin
Saya dan ibu- ibu saudara saya sebelah Johor Bahru
Ibu saudara dan Ayah saudara saya dari sebelah Jelebu, Negeri Sembilan
Penat tapi sangat puas hati dengan majlis ini.
Saya melayan anak-anak saya
Hubby ikut dari belakang – bz – cuti pun kena kerja – meeting through telefon
Tahniah Dilla & Fariz! Semoga kekal hingga ke Syurga!
note: terima kasih kepada Jemari Lensa dan Ibu diatas ihsan gambar-gambar yang ado. Gambar kami masih belum dapat dari photoghraper yang dilantik
Salam Kasih,



















