Archive for July 12th, 2010
LHDN Kg Attap’s Support Group Meeting No 2
Salam,
Tajuk bahasa inggeris yer? isi? alah tulis jer dalam bahasa melayu.
Jumaat lepas saya memenuhi undangan Pn. Zarina sekali lagi untuk menjadi moderator SGM di LHDN Kg. Attap. Alhamdulillah, kali ini ramai yang hadir. 13 orang peserta yang datang untuk berkongsi rasa.
Tahniah Puan Zarina, semoga akan terus mengendalikan majlis ilmu ini untuk manfaat bersama.
Kepada yang hadir, tahniah kerana anda memilih untuk mendapat dan memberikan yang terbaik buat anda, bayi anda dan keluarga. Semogasedikit ilmu yang anda dapat akan dapat digunakan untuk anda dan juga orang yang berada disekeliling anda.
Salam Kasih,
MalaysianBFPC training – Melaka (2 Julai 2010 – 4 July 2010)
Salam,
Last day di Melaka, waktu sangat mencemburui kami semua. Session terlalu padat dengan penyampaian ilmu dari PCPA. Saya dan Ida Murni, juga ada conduct satu sesi pada hari ini.

Sekejap saja kan masa berlalu. Belum sempat nak kenal mesra dengan PC, training dah habis. Semoga ilmu yang anda dapat, akan sama kita guna untuk sebarkan pada masyarakat.

PCs tekun melaksanakan tugasan
Pada PCs, tahniah!

Para PCPA yang bertugas kali ini (psstt..apasal aii pendek sangat ni)
Pertama kali saya berjauhan dengan buah hati saya yang berdua tu.. meleleh air mata bila bercakap ditelefon dan bila si kakak tanya,” Ummi, bila Ummi nak balik ni?” 3 hari terlalu lama bagi mereka dan saya. Confirm ke Sabah, saya akan angkut semua, insya allah.
Malam pula sebelum berangkat pulang ke Klang, saya, Kak Rita Rahayu, Kak Kamariah sekeluarga & Kak (Dr.) Faridah makan di RFC, Maiden Melaka. Lepas makan, saya dan Kak Rita, balik berdua..celoteh sepanjang jalan sebab Kak Rita takut saya mengantuk semasa memandu..hehehe..sangat berkesan cara itu. Next time boleh training lagi..
Salam Kasih,









