Buat dek jer la
Salam,
Saya ada satu soalan. Soalannya ialah:
Kalau kita punya pendapat bercanggah dengan pendapat orang lain (contohnya individu ABC la katakan), perlu kah kita rasa sakit hati? atau kita terima dengan hati yang terbuka yang pahaman dia lain dari pahaman kita?
Jawapan dan pandangan peribadi saya la yer :
“saya rasa tak perlu kerana manusia ada hati dan perasaan. Setiap manusia mempunyai fahaman dan pendapat yang tersendiri. Daripada kita sakit hati kerana individu ABC tu berhaluan kiri dan tak ikut pahaman kita yang berhaluan kanan ni, lebih baik kita tingkatkan lagi usaha kita agar ada individu lain (selain individu ABC) akan terbuka mata dan minda serta nampak apa yang kita sedang perjuangkan dan faham dengan fahaman dan pendapat yang kita laung-laungkan selama ini, kan..
Buat apa kita nak kecoh atau nak kecam balik? Nanti kita sama pulak macam individu ABC yang terlebih kecoh tu, tak gitu? ”
nota: entry ini tidak merujuk kepada mana-mana individu yang saya kenali tetapi saya buka soalan ini untuk anda jawab, jika sudi..Maaf jika ada yang terasa kerana saya tiada niat untuk buat anda terasa hati
Salam Penuh Kasih Sayang,

exactly!!buat dek jer..kita x ley nak harap sume orang agree ngan kita..dan kita pun x perlu paksa diri bersetuju ngan pendapat orang if we don’t..=)