Archive for July, 2010
Hari Susu Ibu di Fiesta Kajang
Salam,
Hari susu ibu anjuran bersama Susuibu.com & Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MalaysianBFPC) serta Majlis Perbandaran Kajang akan diadakan di tempat dan masa berikut:
Tema Hari Susu Ibu pada tahun ini ialah :
Breastfeeding Just 10 Steps! The Baby-Friendly Way
Penyusuan Ibu Hanya 10 Langkah! Menurut Cara Mesra Bayi
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web World Breasfeeding Week (click kat banner sebelah kanan blog ini).
Pada tahun ini, Hari Susu Ibu akan diadakan di FIESTA KAJANG 2010 dengan kerjasama MPKJ.
Antara aktiviti menarik pada Hari Susu Ibu tersebut ialah :
- Ceramah mengenai tema Minggu Penyusuan Ibu Sedunia pada Hari Susu Ibu.
- Penyampaian Anugerah Ibu Menyusu Berjaya
- Pertunjukan Fesyen Ibu Menyusu – Ibu Bekerjaya, Pakaian Santai, Pakaian Untuk Majlis
- Mengadakan Demonstrasi Mengendong Bayi secara selamat – dengan kerjasama Malaysian Baby Wearers
Jemput datang ya. Saya hanya akan bertugas pada hari tersebut (handle press, insya Allah kalau PM tak ubah task saya la). Kita jumpa di sana ya!
p/s:FIESTA KAJANG 2010 akan bermula pada 30 Julai 2010 – 1 Ogos dan gerai MalaysianBFPC akan mula beroperasi sejak 30 Julai 2010. Para Peer Counselors atau dalam bahasa melayunya Pembimbing Ibu ke Ibu akan bergilir-gilir bertugas pada setiap hari mulai 30 julai 2010 tersebut. Anda dijemput untuk singgah ke gerai kami. Ada kuiz dan juga hadiah menanti anda!
JOM RAMAI-RAMAI!!
Salam Kasih,
Reminder : 1 million signature campaign by NUBE
Salam,
I just found out that the 1 million signature campaign by NUBE only gathered 500,000 signature to date. it was mentioned in the star online dated 12/07/10 in the article ‘demands of motherhood’.
sape yg blom sign lagi ni? Jom la sign.
Whoever appreciate the 24hrs job as a mother, PLEASE SUPPORT THE CAMPAIGN FOR 90 DAYS MATERNITY LEAVE.
Click kat banner bawah ni untuk participate yer…
If not for ourself, please sign for our little ones future. Let them be with the baby longer and this also will be able to assist mothers in exclusive breastfeeding successfully.
Sign now. Please….
Salam Kasih,
Breast Anatomi
Salam,
Anda pernah melihat dan tahu apa yang ada dalam breast anda? Pernah google tak? Pernah terasa nak tahu tak bagaimana dan apa yang ada dalam breast anda?
Kalau anda nak tahu, inilah rupa breast anatomi anda.
Dah tahu.. Didalam nya ada lemak. Lemak ni yang menentukan besar atau comelnya breast anda dan tidak mempengaruhi pengeluaran dan penghasilan susu badan anda.
Selagi anda paham dan ikut konsep supply & demand, insya Allah susu anda akan ada dan bukannya kerana breast anda kecil, maka susu sedikit dan breast anda besar maka susu anda banyak. Teori itu yang tak boleh digunapakai, tau.
Ingat “supply & demand”!
Salam Kasih,
Breastfeeding Adalah Perjuangan Saya
Salam Kasih,
Mengapa memperjuangkan breastfeeding menjadi pilihan saya? Mengapa bukan kecantikan dan lain-lain? Kecantikan? Kalau ikutkan saya sudah ada salon pada awal tahun 2008 setelah menerima tawaran pembiayaan kewangan daripada MARA tetapi jiwa saya dan semangat saya bukan di dalam bidang kecantikan. Kalau ikut, saya sebenarnya sudah boleh jaga anak saya sendiri sejak dari itu. Tapi setelah saya bertanya dan memohon petunjung daripadaNYA, ternyata ALLAH ada perancangan lain untuk saya. Alhamdulillah, ALLAH pilih saya untuk bersama-sama mereka yang sejiwa dan seperasaan dengan saya untuk terus berdiri teguh memperjuangkan breastfeeding.
Juga kalau diikutkan pada penghujung tahun lalu (malah sehingga kini ), saya juga ditawarkan dengan tawaran untuk mengambilalih satu kedai baby di Setia Alam, Klang sebagai cawangan francais mereka. Saya sangat suka dengan tawaran ini kerana ianya berkaitan dengan baby. Tetapi saya masih menolak kerana jiwa breastfeeding saya.
Saya kini juga sedang dalam dilema. Saya sangat suka dengan jenama ini. Sangat sangat suka kerana ianya sesuai dengan jiwa breastfeeding saya dan saya sangat-sangat boleh bekerjasama dengan orang-orang disekelilingnya. Namun bak kata tuan punya jenama, tanyalah kepadaNYA. Mintalah petunjuk daripadaNYA.
Biar apa pun keputusanNYA, doa saya semoga saya masih dan akan terus berada di dalam dunia breastfeeding agar saya boleh terus memjuangkan dan mempertahankan breastfeeding. Saya berada di dalam dunia breastfeeding ini kerana niat yang ikhlas dan kerana ALLAH SWT. Saya berada di dunia breastfeeding ini bukan kerana untuk kepentingan peribadi saya tetapi kerana kepentingan masyarakat sekeliling dan jika boleh, saya ingin katakan untuk ibubapa dan anak-anak di Malaysia. Ikhlas!
SAYA CINTAKAN DUNIA PENYUSUAN SUSU IBU!
Salam Kasih Breastfeeding,
Majlis Persandingan Adik Saya
Salam,
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana majlis persandingan adik saya, Dilla & suaminya , Fariz telah selamat diadakan dengan lancar pada Sabtu (10 Julai 2010) di Laman budaya, Galeri Shah Alam, Shah Alam, Selangor.
walaupun penat kerana saya kehulu dan ke hilir membantu untuk majlis, tidur hanya 4 jam sehari sejak khamis lepas, tapi saya sangat puas hati bila memandang senyuman Mama, Papa dan pengantin yang berdua tu serta sedara mara yang hadir serta tetamu-tetamu yang dijemput khas untuk meraikan majlis bersejarah ini.

Tetamu yang duduk di meja VIP – sedara mara dari Jelebu, Negeri Sembilan
Pengantin berarak menuju ke pelamin
Mama & Papa Saya selepas selesai merenjis anak & menantu
Terima kasih kepada saudara mara yang banyak membantu sepanjang persiapan majlis dan juga kepada katerer – Fatimah Katerer yang juga merangkap Wedding Planner majlis ini, mak andam, photographer – AdiNang, kawan-kawan baik pengantin lelaki & perempuan, penari-penari, kumpulan caklempung dan mereka-mereka yang terlibat.
Muzik Caklempung dimainkan sepanjang majlis
persembahan tarian tradisional untuk pengantin
Saya merenjis pengantin
Saya dan Qistina seawal 8.30 pagi dah terpacak di Galeri Shah Alam untuk meninjau persiapan majlis yang berlangsung pada tengahari Sabtu itu.
Meja makan beradap untuk Pengantin
Saya dan ibu- ibu saudara saya sebelah Johor Bahru
Ibu saudara dan Ayah saudara saya dari sebelah Jelebu, Negeri Sembilan
Penat tapi sangat puas hati dengan majlis ini.
Saya melayan anak-anak saya
Hubby ikut dari belakang – bz – cuti pun kena kerja – meeting through telefon
Tahniah Dilla & Fariz! Semoga kekal hingga ke Syurga!
note: terima kasih kepada Jemari Lensa dan Ibu diatas ihsan gambar-gambar yang ado. Gambar kami masih belum dapat dari photoghraper yang dilantik
Salam Kasih,
LHDN Kg Attap’s Support Group Meeting No 2
Salam,
Tajuk bahasa inggeris yer? isi? alah tulis jer dalam bahasa melayu.
Jumaat lepas saya memenuhi undangan Pn. Zarina sekali lagi untuk menjadi moderator SGM di LHDN Kg. Attap. Alhamdulillah, kali ini ramai yang hadir. 13 orang peserta yang datang untuk berkongsi rasa.
Tahniah Puan Zarina, semoga akan terus mengendalikan majlis ilmu ini untuk manfaat bersama.
Kepada yang hadir, tahniah kerana anda memilih untuk mendapat dan memberikan yang terbaik buat anda, bayi anda dan keluarga. Semogasedikit ilmu yang anda dapat akan dapat digunakan untuk anda dan juga orang yang berada disekeliling anda.
Salam Kasih,
MalaysianBFPC training – Melaka (2 Julai 2010 – 4 July 2010)
Salam,
Last day di Melaka, waktu sangat mencemburui kami semua. Session terlalu padat dengan penyampaian ilmu dari PCPA. Saya dan Ida Murni, juga ada conduct satu sesi pada hari ini.

Sekejap saja kan masa berlalu. Belum sempat nak kenal mesra dengan PC, training dah habis. Semoga ilmu yang anda dapat, akan sama kita guna untuk sebarkan pada masyarakat.

PCs tekun melaksanakan tugasan
Pada PCs, tahniah!

Para PCPA yang bertugas kali ini (psstt..apasal aii pendek sangat ni)
Pertama kali saya berjauhan dengan buah hati saya yang berdua tu.. meleleh air mata bila bercakap ditelefon dan bila si kakak tanya,” Ummi, bila Ummi nak balik ni?” 3 hari terlalu lama bagi mereka dan saya. Confirm ke Sabah, saya akan angkut semua, insya allah.
Malam pula sebelum berangkat pulang ke Klang, saya, Kak Rita Rahayu, Kak Kamariah sekeluarga & Kak (Dr.) Faridah makan di RFC, Maiden Melaka. Lepas makan, saya dan Kak Rita, balik berdua..celoteh sepanjang jalan sebab Kak Rita takut saya mengantuk semasa memandu..hehehe..sangat berkesan cara itu. Next time boleh training lagi..
Salam Kasih,
Training MalaysianBFPC di Melaka – Hari pertama
Salam,
Hari ini saya bertolak ke Melaka selepas drop anak-anak di Putrajaya untuk ditinggalkan dengan Mama & Papa.
Memandu sendirian di waktu tengah panas memang mencabar kengantukan saya..Makin panas, makin mata nak terlelap tapi Alhamdulillah, sampai juga di Alai, Melaka setelah sesat barat selama hampir 1 jam. Thanks to Ida Murni dan Dr. Ashikin atas direction by phone yang diberikan..
Saya dan Jess sedang menanda kertas soalan Pre-test
Training kali ni ada seorang bapa yang joint sama..
Malam pula kami (PCPA) makan bersama sambil berdiskusi mengenai silibus training untuk hari esok.
Sambil tunggu order, kami bincang apa yang patut
Letih ni, tido dulu la yer
Salam Kasih,


























