Hari Susu Ibu di Fiesta Kajang
Salam,
Hari susu ibu anjuran bersama Susuibu.com & Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MalaysianBFPC) serta Majlis Perbandaran Kajang akan diadakan di tempat dan masa berikut:
Tema Hari Susu Ibu pada tahun ini ialah :
Breastfeeding Just 10 Steps! The Baby-Friendly Way
Penyusuan Ibu Hanya 10 Langkah! Menurut Cara Mesra Bayi
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web World Breasfeeding Week (click kat banner sebelah kanan blog ini).
Pada tahun ini, Hari Susu Ibu akan diadakan di FIESTA KAJANG 2010 dengan kerjasama MPKJ.
Antara aktiviti menarik pada Hari Susu Ibu tersebut ialah :
- Ceramah mengenai tema Minggu Penyusuan Ibu Sedunia pada Hari Susu Ibu.
- Penyampaian Anugerah Ibu Menyusu Berjaya
- Pertunjukan Fesyen Ibu Menyusu – Ibu Bekerjaya, Pakaian Santai, Pakaian Untuk Majlis
- Mengadakan Demonstrasi Mengendong Bayi secara selamat – dengan kerjasama Malaysian Baby Wearers
Jemput datang ya. Saya hanya akan bertugas pada hari tersebut (handle press, insya Allah kalau PM tak ubah task saya la). Kita jumpa di sana ya!
p/s:FIESTA KAJANG 2010 akan bermula pada 30 Julai 2010 – 1 Ogos dan gerai MalaysianBFPC akan mula beroperasi sejak 30 Julai 2010. Para Peer Counselors atau dalam bahasa melayunya Pembimbing Ibu ke Ibu akan bergilir-gilir bertugas pada setiap hari mulai 30 julai 2010 tersebut. Anda dijemput untuk singgah ke gerai kami. Ada kuiz dan juga hadiah menanti anda!
JOM RAMAI-RAMAI!!
Salam Kasih,
