Breastfeeding Adalah Perjuangan Saya
Salam Kasih,
Mengapa memperjuangkan breastfeeding menjadi pilihan saya? Mengapa bukan kecantikan dan lain-lain? Kecantikan? Kalau ikutkan saya sudah ada salon pada awal tahun 2008 setelah menerima tawaran pembiayaan kewangan daripada MARA tetapi jiwa saya dan semangat saya bukan di dalam bidang kecantikan. Kalau ikut, saya sebenarnya sudah boleh jaga anak saya sendiri sejak dari itu. Tapi setelah saya bertanya dan memohon petunjung daripadaNYA, ternyata ALLAH ada perancangan lain untuk saya. Alhamdulillah, ALLAH pilih saya untuk bersama-sama mereka yang sejiwa dan seperasaan dengan saya untuk terus berdiri teguh memperjuangkan breastfeeding.
Juga kalau diikutkan pada penghujung tahun lalu (malah sehingga kini ), saya juga ditawarkan dengan tawaran untuk mengambilalih satu kedai baby di Setia Alam, Klang sebagai cawangan francais mereka. Saya sangat suka dengan tawaran ini kerana ianya berkaitan dengan baby. Tetapi saya masih menolak kerana jiwa breastfeeding saya.
Saya kini juga sedang dalam dilema. Saya sangat suka dengan jenama ini. Sangat sangat suka kerana ianya sesuai dengan jiwa breastfeeding saya dan saya sangat-sangat boleh bekerjasama dengan orang-orang disekelilingnya. Namun bak kata tuan punya jenama, tanyalah kepadaNYA. Mintalah petunjuk daripadaNYA.
Biar apa pun keputusanNYA, doa saya semoga saya masih dan akan terus berada di dalam dunia breastfeeding agar saya boleh terus memjuangkan dan mempertahankan breastfeeding. Saya berada di dalam dunia breastfeeding ini kerana niat yang ikhlas dan kerana ALLAH SWT. Saya berada di dunia breastfeeding ini bukan kerana untuk kepentingan peribadi saya tetapi kerana kepentingan masyarakat sekeliling dan jika boleh, saya ingin katakan untuk ibubapa dan anak-anak di Malaysia. Ikhlas!
SAYA CINTAKAN DUNIA PENYUSUAN SUSU IBU!
Salam Kasih Breastfeeding,

betul..setuju..saya akan cb untuk meneruskan penyusuan utk anak sy..mmg byk cabarn..tapi kuatkan hati n xputus asa..insyaAllah
saya suka entry ini. saya suka semangat kak zatul. saya doakan dipermudahkan usaha dan perjuangan ini.
salam Wawa,
Tq. Semoga terus bersama untuk semangat breastfeeding. Kalau bukan untuk kita sendiri, kita boleh anggap sebagai untuk our future generation, ya
Syafini, chaiyok chaiyok..you can do it lah!