Archive for April 24th, 2010
Perasaan Seorang Ibu Yang Bekerja
Salam,
Bekerjaya dan berkeluarga memerlukan banyak kesabaran dan pengorbanan daripada segi emosi bagi seorang ibu.
Saya masih teringat bagaimana pada hari pertama saya memulakan tugas semula selepas cuti bersalin selama 60 hari aka 2 bulan yang juga merupakan hari pertama saya meninggalkan anak pertama saya , Qistina dibawah jagaan babysitter di seksyen 18 Shah Alam.
Sepanjang perjalanan daripada Klang ke Shah Alam, perasaan saya sudah libang libu. Sudah sebak..
Bagaimana anak saya hari ini? akan menangiskah dia. Tercari-carikah nenen? Tercari-carikah dia akan saya? Macam mana kalau bila saya balik daripada pejabat nanti dan dia tak mahu dengan saya? Seribu satu perasaan rasanya..
Bila sampai rumah babysitter dan dah meletakkan anak di sana, berat kaki nak melangkah pergi ke kereta. Saya gagahkan juga..
Masuk sahaja dalam kereta, air mata dah mula berjurai-jurai. Sudah mula teresak-esak dan sudah mula merayu pada suami untuk berhenti kerja kerana tak sanggup nak berpisah dan meletakkan anak di bawah jagaan orang lain.
Tapi suami saya memujuk, kata dia ‘ Tak pe Yang, kita bukan tinggalkan terus. Petang nanti, kita ambil la. Tinggal kejap jer. Jangan la nangis’.
Masa tu, tuhan sahaja yang tahu bagaimana dan apa yang saya rasa. Rasa nak patah balik dan ambil keputusan nekad untuk berhenti kerja 24 hours. Apatah lagi pada ketika itu, saya tiada hutang yang perlu saya fikir. Hutang belajar? tidak ada kerana saya menggunakan wang sendiri semasa study. Hutang kereta? Masa tu memandu kereta pun takut walupun dah ada lesen bertahun-tahun, apa lagi nak beli kereta. Hutang rumah? Hubby dah beli rumah sebelum kami berkahwin lagi.
Seminggu lamanya keadaan ini berterusan. Pagi hantar anak, saya akan menangis. Bila ambil anak pada waktu petang, saya juga akan menangis kerana rasa bersalah meninggalkan anak dalam jagaan orang lain.
Sehingga kini, perasaan bersalah saya tetap ada kerana perlu meninggalkan anak-anak dalam jagaan orang lain.
Saya masih berharap yang saya dapat bekerja dari rumah dan dapat menjaga dan menguruskan anak-anak dan rumahtangga sepenuh masa.
Anda bagaimana? Apa pengalaman anda pada saat kali pertama anda terpaksa berpisah dengan anak? Macam saya ker? Atau anda dah pun menjadi suri rumahtangga sepenuh masa (Kerjaya idaman saya).
psttt..saya jeles dengan anda yang bergelar suri rumahtangga sepenuh masa. Sungguh! saya jeles! Ibu, aku jeles dengan ko! 8P
Salam Kasih,
1st PERAK BREASTFEEDING SUPPORT GROUP MEETING
Salam,
Akhirnya! dengan bangganya saya nak war-warkan pada semua warga negeri Perak. satu SGM akan diadakan pada tarikh dan tempat berikut:
TARIKH : 2 MAY 2010
TEMPAT : PADANG POLO, IPOH
MASA : 9.00 PAGI
KONSEP : SANTAI AND BAWA POT LUCK. SESIAPA YG ADA TIKAR LIPAT KAT RUMAH LEH BAWA JUGAK.
SGM TOPIC : AKAN DI VOTE PADA HARI ITU.
BOLEH BAWA FAMILY.
SESIAPA YG TAK PASTI DI MANA PADANG POLO, LEH CALL
CONTACT NUMBER : 0192121088 (if tak dapat call, pls sms so that Dr. Nadrah will return ur calls)
Tahniah pada Dr. Nadrah atas usaha menyatukan breastfeeding momms kat Perak. insya Allah, bila ada kesempatan, next SGM saya teringin nak joint juga kat Perak ni. kalau setakat buat kat Ipoh, saya sanggup lagi turun ke sana sebagai tanda sokongan saya.
Orang Perak, jangan lepaskan peluang tau! joint jangan tak joint!
P/S: Tiba tiba rindu nak balik Taman Melati, Lumut. Apa khabar orang sana? Hujung tahun lepas balik sekejap jer, wahh, dah lain benar dah Taman Melati, Sri Manjung, Sitiawan dan Lumut..Rindunya pada sana…
Salam breastfeeding,










