Perasaan Seorang Ibu Yang Bekerja

Salam,

Bekerjaya dan berkeluarga memerlukan banyak kesabaran dan pengorbanan daripada segi emosi bagi seorang ibu.

Saya masih teringat bagaimana pada hari pertama saya memulakan tugas semula selepas cuti bersalin selama 60 hari aka 2 bulan yang juga merupakan hari pertama saya meninggalkan anak pertama saya , Qistina dibawah jagaan babysitter di seksyen 18 Shah Alam.

Sepanjang perjalanan daripada Klang ke Shah Alam, perasaan saya sudah libang libu. Sudah sebak..

Bagaimana anak saya hari ini? akan menangiskah dia. Tercari-carikah nenen? Tercari-carikah dia akan saya? Macam mana kalau bila saya balik daripada pejabat nanti dan dia tak mahu dengan saya? Seribu satu perasaan rasanya..

Bila sampai rumah babysitter dan dah meletakkan anak di sana, berat kaki nak melangkah pergi ke kereta. Saya gagahkan juga..

Masuk sahaja dalam kereta, air mata dah mula berjurai-jurai. Sudah mula teresak-esak dan sudah mula merayu pada suami untuk berhenti kerja kerana tak sanggup nak berpisah dan meletakkan anak  di bawah jagaan orang lain.

Tapi suami saya memujuk, kata dia ‘ Tak pe Yang, kita bukan tinggalkan terus. Petang nanti, kita ambil la. Tinggal kejap jer. Jangan la nangis’.

Masa tu, tuhan sahaja yang tahu bagaimana dan apa yang saya rasa. Rasa nak patah balik dan ambil keputusan nekad untuk berhenti kerja 24 hours. Apatah lagi pada ketika itu, saya tiada hutang yang perlu saya fikir. Hutang belajar? tidak ada kerana saya menggunakan wang sendiri semasa study. Hutang kereta? Masa tu memandu kereta pun takut walupun dah ada lesen bertahun-tahun, apa lagi nak beli kereta. Hutang rumah? Hubby dah beli rumah sebelum kami berkahwin lagi.

Seminggu lamanya keadaan ini berterusan. Pagi hantar anak, saya akan menangis. Bila ambil anak pada waktu petang, saya juga akan menangis kerana rasa bersalah meninggalkan anak dalam jagaan orang lain.

Sehingga kini, perasaan bersalah saya tetap ada kerana perlu meninggalkan anak-anak dalam jagaan orang lain.

Saya masih berharap yang saya dapat bekerja dari rumah dan dapat menjaga dan menguruskan anak-anak dan rumahtangga sepenuh masa.

Anda bagaimana? Apa pengalaman anda pada saat kali pertama anda terpaksa berpisah dengan anak? Macam saya ker? Atau anda dah pun menjadi suri rumahtangga sepenuh masa (Kerjaya idaman saya).

psttt..saya jeles dengan anda yang bergelar suri rumahtangga sepenuh masa. Sungguh! saya jeles!  Ibu, aku jeles dengan ko! 8P

Salam Kasih,

3 Responses to “Perasaan Seorang Ibu Yang Bekerja”

  • ibu says:

    insyaAllah dh stabil semua nnti blhlaa berhenti kerja.. mmg nk berhenti jugakkan 1day? hmm asalnya aku nk kerja sbb dh biasa pegang duit kot tp lama2 aku sendiri pun rasa tak sanggup. biarlaa yg marah & yg cubit anak aku tuh aku sendiri dan bukan org lain.. skrg aiman & arisa my bff & aku tak dapat bayangkan bila diaorg besar nnti masuk kolej, kerja or kawen nnti.. huhuuhu tinggallaa aku masa tuh.

  • Nik Ha says:

    Perasaan yg sama tp tak nangis sampai seminggu, 2-3 hari je..he..he..rasa bersalah & sedih masih ada especially hari Isnin. Masa drive nak htr bb ke taska dia kat carseat tu renung je muka kita & peluk saya kuat2 bila nak bg kat cikgu taska.masa tu mmg nak berenti keje sbb rasa melanggar fitrah je..mencari nafkah lebih utama bg seorang ibu dari menjaga & mendidik anak2??? tp situasi akak ni mmg memerlukan kerja sbb htg byk..huhuhu.rumah pun takde lg.takpelah bersusah2 dahulu, adalah hikmahnya Allah lorongkan perjalanan hidup kita mcm tu kan.tp tersentuh bila dgr ayah akak cakap masa kecik mak hantar anak kat taska, bila anak dah besar dia pulak hantar mak ayah kat rumah kebajikan sbb masa kecik mak tak jaga sendiri. Na’uzubillah.Sama2 kita luangkan masa yg berkualiti dgn ank2 suaya dorang faham kita bekerja demi dorang gak.

    Sorry terpanjanglak. Emosi di hari Isnin..huhuhu..Sungguh ku pun jeles dgn SAHM/WAHM.

  • wana says:

    Ingatkan saya je sebak tepaksa tinggalkan anak2 untuk cari rezki.Tapi ramai ibu2 diluar sana mengalami situasi yg sama. Sebulan sblum bekerja smula setelah 4tahun tidak bekerja, badan saya tetiba jer demam sbb dah mula risau and susahati nak tinggalkan anak2 bila bekerja nanti sedangkan ibu saya sendiri yg tolong jagakan anak2 saya ni..bukan apa kesian and xsampai hati tp tepaksa, lebih2 lagi si kecil masih lag menyusu badan sepenuhnye wlupun dah berusia 16 bulan masa tu..memg 1st day..saya sebak..hinggakan si kecil xboleh dgr org sebut or panggil ibunyer sure nangis..tapi selepas 2 bulan dia semakin ok lagipun abgnyer ada..saya pun semakin ok..dan sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa lindungi anak2 saya..InsyaAllah..

Leave a Reply


logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
October 2025
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.