Archive for April 22nd, 2010
Dah BERALIH ARAH :: MUKTAMAD
Salam,
Saya rasa dah dekat sebulan saya kurang buat post untuk blog ni. Bukannya malas dan tiada idea tapi internet connection aka CELCOM Broadband saya , walaupun di bayar RM98/month utk speed yang paling terlaju di dalam perkhidmatannya, ianya masih terlalu teruk dan sangat perlahan walaupun ketika itu saya berada di tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Penyudahnya saya bertukar kepada DIGI broadband.
Walaupun kawasan rumah saya ala-ala tak berapa best connectionnya tapi DIGI Broadband masih laju daripada CELCOM Broadband tapi bila berada di kawasan ala-ala kategori bandar, mak aiii, laju bangat servisenya. Maaf orang CELCOM tapi itulah kenyataannya. You all kena baiki servis yang ado supaya pelanggan tak beralih arah cam saya ni ha..
Maka dengan rasminya kini saya adalah pengguna DIGI Broadband & juga talian telefon saya juga daripada DIGI..
Ada orang tanya mengapa suka pakai DIGI? DIGI murahkah?
Jawapan saya, ya DIGI murah dan saya sangat berpuashati dengan perkhidmatan DIGI sepanjang saya menggunakannya sejak 7 tahun yang lalu dan saya juga sangat berpuashati dengan layanan customer service DIGI sejak 7 tahun yang lalu.
DIGI, cam ner you all train you all punya staff ya? Very polite n helpful walaupun ada ketikanya saya menelefon dalam keadaan yang agak emosi…
CELCOM, may be lain kali kita bersama lagi yer..I sayang you, tapi u lem sangat..nanti kita bersama lagi yer.. Apa pun terima kasih kerana bersama I sepanjang setahun lebih ni yer
Salam kasih,
SALE sempana Hari Ibu
Salam,
Sempena hari ibu ini, Baby N Me akan mengadakan sale untuk barangan yang ada di ruang pameran kecil BABY N ME di rumah saya dan juga di kedai online www.babynme.com.my. Ini bagi menghargai ibu-ibu yang bakal menjadi ibu dan juga yang telah bergelar ibu.
Apa harapan anda sebagai ibu? Kalau sudi sharelah bersama saya. Bukan hanya sekadar harapan dalam penyusuan tetapi didalam apa jua lah.. boleh share?
Oh ya, Sale akan berlangsung daripada 26 April hingga 31 Mei 2010 ini. Jangan lepaskan peluang yer..
Salam kasih,











