Archive for April 17th, 2010
Support Group Meeting Ratuhati.com
Salam,
Susu ibu pilihan terbaik untuk si manja. Kurang persediaan, ilmu dan sokongan, menyebabkan ada yang kecundang. Mari, ayuh, jom kita sertai sama-sama perjumpaan ini! Sama-sama menyokong, sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman.
Tajuk Perbincangan: Persediaan Semasa Hamil untuk Menyusukan Bayi
Peserta: Semua dijemput hadir (ibu hamil atau tidak, semua boleh ikut serta)
Makanan: Potluck
Bayaran: PERCUMA!!
Format perjumpaan:
Perjumpaan dan perbincangan dalam kumpulan berkenaan topik “Persediaan Semasa Hamil untuk Menyusukan Bayi”. Perbincangan akan dimoderate oleh moderator yang terlatih dalam penyusuan susu ibu.
Warna Tema : Merah / Hitam / Putih
Nota: SGM ini adalah anjuran Ratuhati.com
JOM!!!
Salam Breastfeeding,
Dah memilih dah..
salam,
Hari ni saya nak cerita pasal anak dara saya yang no 2, Qaisara. Makan dah memilih dah sekarang ni…dah payah nak makan..
Sebelum ni, Badan ajer kecil comey lote tapi bukan main kuat makan dan telan ajer apa yang kita beri. Nasi, lauk, sayur, buah,etc..tapi sejak seminggu dua ni, bukan main lagi susah nak suapkan nasi dalam mulut dia.. Kalau tak setiap kali orang yang berlainan makan, dia sama nak makan tapi la ni dah memilih nak makan lauk ajer..nasib baik makan juga.. Nasi ada la dalam sesuap dua..Yang lain lebih nak lauk ajer.
Minum susu pun tak habis kalau kita beri 4 oz.. membazir sungguh..kalau menyusu nenen siap boleh demand time..uhh sabo jer..
Nasib baik la dia nak makan multivitamin+omega 3 tu, kalau tak, makin kecik la adik nanti..
Kakak? uhhh..sejak azali susah nak makan..salah ummi juga dulu.. ilmu kurang masa tu, bila anak refuse makan, ummi offer susu jer..sampai sekarang penyudahnya, kalau tak nak makan, dia minum susu jer.. janji sihat la kakak..
Salam Kasih,









