Archive for March, 2010
British Council Storytelling
Salam,
Just want to share a good and free activity for your children and you at MPH Book Store.
Teachers from the British Council will be conducting free storytelling sessions for children aged between 4 and 8 at MPH Megastore 1 Utama and MPH Mid Valley.
I already booked my daughter’s place for next week. Only 7 place left at MPH Mid Valley after i registered my daughter just now.
Cepat gi register.. Butiran and contact no adalah seperti berikut:
Date : 21/03/2010
Time : 14:00 – 15:00
Venue: MPH Megastore 1 Utama and MPH Mid Valley
MPH Megastore 1 Utama
F319 & S319, 1st and 2nd Floor
1 Utama Shopping Centre
No. 1, Lebuh Bandar Utama
Bandar Utama
47800, Petaling Jaya
Selangor
MPH Mid Valley
Unit JA1, Ground Floor
Mid Valley Megamall
Mid Valley City
58000
Kuala Lumpur
Admission
Admission is free.
Places are very limited so book a place for you and your child today by contacting the respective outlets by phone or email.
MPH Megastore 1 Utama
03 7726 9003
csoneutama@mph.com.my
MPH Mid Valley
03 2938 3818
customerservice@mph.com.my
See you there!
Salam Kasih,
Itinerari Program Untuk Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu Pada 14 Mac 2010 (Ahad)
Salam,
Kepada para peserta kelas, berikut adalah itinerari program pada hari tersebut. Email berkenaan juga akan diemail kepada peserta.
KELAS ASAS PENYUSUAN SUSU IBU
14 MAC 2010
9.00 Pagi – 12:30 Tengahari
Bilik Tiara Zamrud, Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor
*Flat rate parking @ RM4.50
Itinerari Program :
8: 45 – 9.00 : Pendaftaran Peserta & Sarapan Ringan
9.00 – 9.05 : Kata-kata Aluan
9.05 – 9.45 : Istimewanya Susu Ibu
9.45 – 10:30 : Bagaimana Menjayakannya
10:30 – 10.45 : Jamuan Ringan & Tayangan Video
10.45 – 11.30 : Kemungkinan, Kekangan & Mitos Dalam Penyusuan
11.30 – 12.15 : Penyimpanan dan Pengendalian Susu Ibu
112.15 – 12.30 : Soal Jawab
12:30 : Bersurai
Sebarang pertanyaan, boleh telefon 016-3855189
Jumpa Di Sana!
Salam Kasih,
Support Group Meeting 2 (Susuibu.com)
Salam,
Berikut adalah butir-butir SGM2 susibu.com seperti dibawah :
Topic: Managing Myths in Breastfeeding
Tarikh: 28 March 2010
Waktu: 9am-10am
Tempat: Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.
Konsep: Pot Luck
Tema: Purple
Selepas SGM seperti biasa ada demo BW daripada wakil MBM. 
Dan juga playgroup Session for kids, 2-6 years old (with guardian, father or etc)
Fees: RM17 per head
(limit for 15 kids only)
Conducted by Teacher Farah
Insyallah 
Sila daftar kehadiran untuk SGM2 disini
Jika ada anak2 yang nak menyertai playgroup sila daftar disini:
DAFTAR PLAYGROUP
Salam Kasih,
Selamat Hari Lahir Qistina
Salam,
Sabtu lalu merupakan hari lahir Qistina yang ke 4 tahun. Alhamdulillah, dah besar anak ummi. Dah pandai bercakap dah..dah becok cam ummi gak..hahahaha..sendiri mengaku ni..
Kami sekeluarga tak ada buat sebarang majlis pada hari tersebut kerana saya agak sibuk bermesyuarat pada sebelah paginya. Qistina daripada jam 12 tengah malam pada 6 Mac 2010 hinggalah dia tertido pada 12 tengah malam 7 Mac 2010, asyik nyanyi lagu happy Birthday untuk diri dia sendiri. Siap minta basikal. Bila tunjuk basikal biasa tu, dia geleng kepala. Hahaha..dia mintak Basikal Barbie yang dia nampak kat Toy ‘R’ Us kat Mid Valley. Bapak mahal giler basikal tu.. Satu jer dah RM200++.. Tak per Qistina, nanti kita pau Mak Ngah Nosi yer..

ummi makin gemuk, kan? kena kurang makan junk food ni.
Qistina, Selamat Hari lahir. Ummi doakan semoga hidup kakak akan sentiasa bahagia, berjaya, sihat, penuh kasih sayang dan segala-galanya yang baik la. Sayang Kakak!
p/s: ummi sekali lagi dilantik menjadi ahli jawatankuasa Alumni PSA. Puas tolak, tapi kena juga. So kepada bekas pelajar PSA, sila daftar ke www.alumnipsa.net untuk menjadi ahli dan mendapat benefit daripada Alumni.
Salam Kasih Sayang,
Application for Malaysian Breastfeeding Peer Counselor training for West Coast Region (KL & S’Gor)
Salam and hi to Breastfeeding advocates,
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor training for West Coast Region (KL & S’Gor), the final date for the submission of application forms is due on 11 March 2010, this Thursday. Any applications received after this date will not be process. Please contact admin@malaysianbfpc.org for further info.
Love always
Kempen Cuti Bersalin Berbayar 90 Hari
Salam,
Semalam NUBE telah melancarkan kempen 90 hari untuk ibu bagi mendapatkan cuti bersalin berbayar kepada ibu-ibu selama 90 hari. Target adalah untuk mendapatkan sebanyak 1 million tandatangan rakyat Malaysia untuk tujuan ini dan tandatangan ini akan diserahkan kepada kerajaan Malaysia meminda Akta Employment 1955 untuk mencerminkan lanjutan cuti bersalin berbayar kepada 90 hari.
Bagaimana? Boleh sign petition ni? Benefit untuk kita bersama dan juga untuk anak cucu kita juga. Meh kita sign! click ajer kat banner kat bawah ni..
Banyak kebaikan yang akan kita dapat bila cuti 90 hari. Dapat jaga anak dengan lebih lama, dapat exclusive breastfeed baby (direct dpd payudara) dengan lebih lama, Kasih sayang pun akan bertambah erat, Masa untuk kita pulih daripada kesab bersalin tadi pun lebih lama, banyak lagi la..Jangan banyak cerita, meh sign..
Salam Kasih,
Akhirnya diaperless
Salam,
Syukur alhamdulillah. Akhirnya Qistina dengan rela hatinya tidak mahu pakai diaper lagi. Sebelum ni memang dah tak pakai dah..Cuma time nak poo poo jer, dia mintak diaper..Time tido tu memang lama dah kami tak pakaikan. Memula tu memang terbabas gak sekali dua tapi lama-lama ok jer tido tanpa diaper sebabnya kami (saya n hubby)selalu terlupa nak pakaikan dia diaper time tido.Bila bangun pagi, tengok tak basah pun tilam so dah jimat la…
Sejak kemarin, kami belikan dia diaper yang termurah dipasaran sebab hanya nak pakai time poo poo. So petang semalam, bila dia minta diaper sebab nak poo poo, saya beri la diaper murah tu. Lepas tengok jer diaper tu, terus tak jadi nak poo poo. Bila dah jadi cam tu saya saja psyko Qistina, saya suruh dia poo poo kat toilet dia (beli lama dah..sejak blum ada Qaisara lagi), macam bila dia nak pee pee (pee pee boleh dalam toilet tapi poo poo tak leh sebab dia geli). Disebabkan dah tak tahan nak poo poo kot, dia terus setuju utk poo poo dalam toilet dia.
Yeayyy..akhirnya..dah tak perlulah kami beli lagi diaper untuk Qistina..Berjaya diaperless sebelum 4 tahun.. hehehe..beberapa hari jer lagi dia nak 4 tahun pun..Walaupun lambat,Tahniah tahniah ummi…Tahniah Qistina..
Sebagai reward kepada Qistina yang dah pandai guna toliet sepenuhnya, maka saya beri dia aiskrim strawberi dan juga mandi pink pool kecil kat depan umah.. Adik, apa lagi, tumpang sekaki la…
Artikel Saya Di Mami & Baby (Mac 2010) dan BABY N ME Di PA & MA (Mac 2010)
Salam,
Dah beli majalah Mami & Baby dan juga Pa & Ma?
Dah keluar dah isu Mac 2010. Kali ini saya bercerita mengenai Kolostrum. Nanti Baca la yer..Kalau ada yang perasan sejak daripada awal-awal pembabitan saya dalam penulisan dengan Mami & Baby, saya juga mengendalikan ruangan Soal Jawab Laktasi di majalah yang sama.
Artikel MAC 2010
Ruangan Soal Jawab Laktasi
Dah baca ker?
Oh ya, Baby N Me juga ada keluar di Ruangan MAMA PUNYA di majalah PA & MA (Mac 2010). Ada perasan ker? Alhamdulillah.. Baby N Me juga dah dapat liputan dalam majalah. Walaupun kedai fizikal masih belum beroperasi di tempat yang sepatutnya dan hanya bersiaran terus dari bilik kecil di rumah saya, saya bersyukur kepada ALLAH kerana memberi saya kekuatan untuk mengendali dan menerajui jenama BABY N ME ini. Semoga BABY N ME terus maju ke hadapan. Semoga saya boleh bekerja sendiri tahun ini..Aminn..
Nanti Baca yer…
Salam Kasih,
Perkhidmatan Untuk Service Spectra 3, Spectra 7, Spectra 2 Dan Adik beradiknya
Salam,
Baby N Me dan saya mengorak langkah lagi. Kali ini kami sudah bersedia untuk memberikan perkhidmatan untuk service breastpumps yang tersenarai di heading post ini. Boleh jumpa saya di Bangunan TM Annexe 2 atau di bandar Putera, jika anda memerlukan service ini. Saya akan cuba membantu anda. Tugas saya ialah memeriksa samada suction breastpump anda ok atau tidak dan jika tidak ok, saya akan membantu anda untuk service breastpump tersebut di pusat service Spectra.
Bantu membantu amalan mulia, kan..
Salam kasih,













