Archive for March 15th, 2010
Hadiah Harijadi :: Basikal
Salam,
Akhirnya semalam saya belikan juga basikal sebagai hadiah harijadi untuk Qistina. Tapi bukan basikal Barbie seperti yang diminta.
Kata hubby saya, jangan ajar anak beri barangan mahal dan berjenama, nanti takut terbiasa sampai besar. So semalam selepas saya selesai dengan tugasan di Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu di PJ, saya terus lari ke MLO, Sri Kembangan sekejap untuk ambil stok Pam Mamivec yang diorder oleh salah seorang peserta kelas.
Dalam perjalanan pulang, teringat pulak yang My Dear sedang buat warehouse sale dan akan berakhir semalam juga. So saya ke sana dan kebetulan ada la 2 basikal warna pink. Kira ok la tu.. Tayar belakang tambahan yang lebar, kira boleh la..Keselamatan basikal saya rasa dah ok dah.Jadi terus jer beli..
Masa saya sampai di rumah, Qistina, Qaisara dan Hubby sedang tidur petang. Kesian hubby sebab kena jaga anak seharian.
Thank you, Darling!
Agaknya bila saya dan adik saya, Aishah bercakap cakap, Qistina terjaga. Terus Adik saya beritahu Qistina yang Ummi belikan dia basikal baru.
Huh, terus bingkas bangun dan keluar untuk melihat basikal. Terus suruh unwrap basikal yang dibungkus dalam plastik.
Terus cuba kayuh keliling kereta Ummi..hehehe..Senyum jer dia bila dapat basikal. Lebar plak tu..
Senyuman Manis Qistina :: Gambar oleh FeverPictures
Salam Kasih,
Testimonial Mengenai Breastfeeding Consultation – Mekasih
Salam,
Saya sedang menggodek-godek blog Kak Zaiton. Lama tak membaca dan memberi komen di sana.
Tetiba ada satu posting yang Kak Eton tulis yang buat saya ala-ala blushing dan kembang jiwa sikit.
Huhuhu..Kak Eton, thank you la for the compliment.. Segan aii u.. Kepada ananymous yang beri komen
tu pun mekacih la yer atas pujian yang diberikan.
Saya bukan buat apa pun, just tulun apa yang boleh dan membantu memberi ketenangan jiwa pada ibu-ibu ni jer sebab kita sebagai manusia memang akan selalu memerlukan sokongan dan perlu diberi semangat..
Sejujurnya saya juga adakalanya juga menghubungi rakan-rakan lain untuk dapatkan sokongan & semangat dalam breastfeeding kerana saya juga seorang manusia. Apa yang anda hadapi saya juga alaminya..
Kak Eton, Tahniah kerana anda mendapat let down kembali!
Salam Kasih,











