Archive for March 22nd, 2010
Empowering Women Through Enterpreneurship Seminar
Salam,
Sabtu lepas (20 Mac 2010) saya telah menghadiri Empowering Women Through Enterpreneurship Seminar yang dianjurkan oleh US Embassy di Malaysia. Seminar ini diadakan bertempat di Bilik Seminar NSTP, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Di seminar ni, ada beberapa tajuk yang di bentangkan. Ianya bermula daripada hari Khamis hingga Sabtu. Pada hari Khamis dan Jumaat, tajuk yang dibincangkan adalah tajuk yang sama. Manakala pada hari Sabtu, ada 2 tajuk yang dibincangkan. Emm..saya hanya hadir pada hari Sabtu dan hadir untuk kedua-dua tajuk seminar. Pada seminar ini, Whitney Keyes daripada US telah sudi berkongsi pengalaman dan ilmu mengenai strategi untuk mempromosikan dan memperkenalkan perniagaan kita menggunakan media, tak kirala media cetak, media elektronik atau pun melalui internet.
Saya bertemu dengan ramai usahanita yang sangat-sangat bersemangat dalam menjalankan perniagaan mereka. Tetapi dalam banyak-banyak perniagaan, hanya saya sahaja yang berkecimpung dalam dunia Breastfeeding.
Bersama Whitney Keyes
Bila saya berikan kad saya kepada Whitney Keyes, beliau begitu teruja kerana melihat perkataan Lactation Counselor di kad saya. Beliau menjelaskan yang breastfeeding sesuatu yang sangat popular di US. Beliau memuji usaha yang ada dalam mempertingkatkan usaha untuk memartabatkan breastfeeding di negara ini.
Pada hari tersebut juga, saya berkesempatan bertemu dengan seorang anak Melayu muda yang bernama Faisal yang telah menjalani program pertukaran pelajar ke US dan kini membuat kerja amal untuk memberi balik apa yang beliau dapat semasa di US kepada anak-anak muda dan kanak-kanak di Malaysia.
Insya allah, jika tidak ada aral melintang, Baby N Me dan saya akan bekerjasama dengan anak muda ni untuk mengadakan kelas english secara percuma untuk preschool dan sekolah rendah yang ada dikawasan saya sebagai salah satu lagi projek dan sumbangan saya kepada komuniti Malaysia. Mudah mudahan projek ini akan dapat dilaksanakan dan dipermudahkan olehNYA.
Juga sempat dan berkesempatan memperkenalkan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor kepada wakil kedutaan US Embassy (entah dia ingat ke tak lagi lepas ni ekk).

Saya juga telah menghabiskan sepanjang hari dengan ramai wanita yang bersemangat waja dan sentiasa positif sepanjang berada di Seminar tersebut. Kagum, memang kagum dengan mereka ini.
Ladies, all the best!!
Salam Kasih,
Family Gathering
Salam,
Lama tak update yer..Bukan apa, tak sempat dan tak ada cerita serta kekurangan idea nak berceloteh. Tu yang sonyap jer..
Jumaat lepas, Mak cik saya aka MAK OYA telah mengadakan gathering untuk kami yang bergelar adik-beradik, anak-anak sedara dan sepupu sepapat yang berada di Lembah Klang dan Selangor. Diadakan juga sambutan harijadi untuk yang menyambut harijadi daripada Jan 2010 – Mac 2010 (gambo potong kek tak sempat nak ambil la).
Meriah, memang meriah. Tau ajer la, kalau dah ramai-ramai tu, macam nak roboh sebab semuanya asyik nak berebut makan dan tempat nak duduk. Blom lagi yang berebut nak tengok TV dan main games..
Apa pun, memang seronok. Lama dah tak jumpa derang ni. Kalau ada acara cam ni, baru la dapat nak bersama, bergelak ketawa dan bertukar cerita-ceriti..
With My Teenage Cousin
To My Kazen, Zetty Suhana Mohd Samsu dan hubby, Mohd Kamal serta anak buah ku yang cute tu, rugi ler, korang tak datang!
Salam Kasih,















