Archive for March 2nd, 2010

Artikel Saya Di Mami & Baby (Mac 2010) dan BABY N ME Di PA & MA (Mac 2010)

Salam,

Dah beli majalah Mami & Baby dan juga Pa & Ma?

Dah keluar dah isu Mac 2010. Kali ini saya bercerita mengenai Kolostrum. Nanti Baca la yer..Kalau ada yang perasan sejak daripada awal-awal pembabitan saya dalam penulisan dengan Mami & Baby, saya juga mengendalikan ruangan Soal Jawab Laktasi di majalah yang sama.

Artikel MAC 2010

Ruangan Soal Jawab Laktasi

Dah baca ker?

Oh ya, Baby N Me juga ada keluar di Ruangan MAMA PUNYA di majalah PA & MA (Mac 2010). Ada perasan ker? Alhamdulillah.. Baby N Me juga dah dapat liputan dalam majalah. Walaupun kedai fizikal masih belum beroperasi di tempat yang sepatutnya dan hanya bersiaran terus dari bilik kecil di rumah saya, saya bersyukur kepada ALLAH kerana memberi saya kekuatan untuk mengendali dan menerajui jenama BABY N ME ini. Semoga BABY N ME terus maju ke hadapan. Semoga saya boleh bekerja sendiri tahun ini..Aminn..

Nanti Baca yer…

Salam Kasih,

Perkhidmatan Untuk Service Spectra 3, Spectra 7, Spectra 2 Dan Adik beradiknya

Salam,

Baby N Me dan saya mengorak langkah lagi. Kali ini kami sudah bersedia untuk memberikan perkhidmatan untuk service breastpumps yang tersenarai di heading post ini. Boleh jumpa saya di Bangunan TM Annexe 2 atau di bandar Putera, jika anda memerlukan service ini. Saya akan cuba membantu anda. Tugas saya ialah memeriksa samada suction breastpump anda ok atau tidak dan jika tidak ok, saya akan membantu anda untuk service breastpump tersebut di pusat service Spectra.

Bantu membantu amalan mulia, kan..

Salam kasih,

Mesyuarat Agong Persatuan Alumni Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah (Formerly known as Politeknik Shah Alam -PSA)

Salam,

Saya sebagai wakil kepada Persatuan Alumni PSA, ingin menjemput bekas-bekas pelajar PSA untuk menghadiri mesyurat Agong Tahunan PSA di PSA pada 6 Mac 2010 jam 10 pagi ini. Meh datang beramai-ramai untuk kita pilih AJK baru bagi sesi 2010-2011.

JOM!!

Biro Ekonomi Persatuan Alumni PSA,

Support Group Meeting (1) susuibu.com

Salam,

Ahad yang lepas, akhirnya saya gagahkan diri ke SGM susuibu.com yang pertama bagi tahun 2010. Saya yang berniat nak ke sana sebagai peserta sahaja, tiba-tiba disuruh menjadi moderator. Maka saya bersama Kak Kamariah, IBCLC  ambil satu kumpulan, Kak Rita satu kumpulan dan Yus + Yatie THA ambil satu kumpulan.

Menjadi moderator di dalam group yang juga ada Project Manager saya di dalam Malaysianbfpc memang membuatkan saya agak segan dan malu-malu. Almaklumlah satu group dengan bos.. hehehe..sori la kalau kurang kata bicara semasa menjadi moderator. Lain kali saya banyak cakap yer..Oh ya next SGM ialah pada 28 Mac 2010 dan tajuk kali ini ialah Managing Myths In Breastfeeding. Jumpa di SGM Kali ke 2 nanti.

TQ to Ereena aka Khaireena utk gambar ni

p/s: SGM kali ni mendapat liputan daripada Berita Harian, Majalah Mingguan Wanita dan juga Majalah Pa & Ma

Salam kasih,

Qistina & Qaisara – 1st Time Jumpa Dr. Gigi aka Dentist

Salam,

Dalam saya tidak sihat dan tidak boleh mengangkat berat yang melebih 5 kg atas saranan Pakar Otopedik, Saya gagahkan juga untuk memandu dan membawa anak-anak saya ke dentist buat pertama kalinya. Bukan apa masa saya bercuti ni la yang ada masa untuk bawa jumpa Dentist. Seminggu yang lepas, saya asyik berulang ke hospital untuk buat fisio. So seminggu yang ada ni, saya akan cuba siapkan kerja-kerja saya yang belum selesai. Minggu hadapan dan mula kerja semula, takut tak sempat pulak.

Macam-macam ragam anak saya masa jumpa dentist. Qistina yang excited terlebih nak jumpa dentist, akhirnya jadi penakut bila tengok kerusi yang digunakan untuk rawatan. Memang tak mau duduk mulanya. terpaksa la Qaisara yang cinonet tu dulu naik kerusi untuk check up. Tapi masalah lain la pulak. Dia tak mau buka mulut. Jenuh la Dentist tu dan saya pujuk supaya dia buka mulut.. Dah dekat 5 minit baru nak buka sikit.. Sabar jer..

Bila sampai giliran Qistina sekali lagi, masih gak dia tak mahu naik duduk di kerusi rawatan. Terpaksa didukung dan diletakkan ke kerusi. Tapi cepat aja  Qistina buka mulut tanpa disuruh bila duduk di kerusi..hahaha. funny..

Kalau ikut saranan pergigian anak-anak kita disarankan untuk dibawa ke dentist sewal dia tumbuh gigi. tujuannya sebagai membiasakan diri mereka dengan rutin tu. Tapi tu la, saya ni, anak dah nak masuk 4 tahun, baru ada kesempatan..Selalunya saya bawa diri saya sendiri jer, curi-curi masa dalam waktu rehat pejabat. Kira Qaisara bernasib baik la sebab seawal setahun lebih umur dia, saya dah bawa ke berjumpa Dentist.

p/s: Dentist cakap gigi Qistina dah start ada lubang kecil di belakang gigi disebabkan minum susu sebelum tido.. Gigi Qaisara pulak, OK walaupun nampak besar skang ni sebab nanti bila saiz badan dia besar, gigi tu nampak ok. So kepada antie antie noti yang selalu ejek Qaisara, dah paham kenapa gigi dia nampak beso?

Salam Kasih,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
March 2010
M T W T F S S
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.