Hadiah Harijadi :: Basikal
Salam,
Akhirnya semalam saya belikan juga basikal sebagai hadiah harijadi untuk Qistina. Tapi bukan basikal Barbie seperti yang diminta.
Kata hubby saya, jangan ajar anak beri barangan mahal dan berjenama, nanti takut terbiasa sampai besar. So semalam selepas saya selesai dengan tugasan di Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu di PJ, saya terus lari ke MLO, Sri Kembangan sekejap untuk ambil stok Pam Mamivec yang diorder oleh salah seorang peserta kelas.
Dalam perjalanan pulang, teringat pulak yang My Dear sedang buat warehouse sale dan akan berakhir semalam juga. So saya ke sana dan kebetulan ada la 2 basikal warna pink. Kira ok la tu.. Tayar belakang tambahan yang lebar, kira boleh la..Keselamatan basikal saya rasa dah ok dah.Jadi terus jer beli..
Masa saya sampai di rumah, Qistina, Qaisara dan Hubby sedang tidur petang. Kesian hubby sebab kena jaga anak seharian.
Thank you, Darling!
Agaknya bila saya dan adik saya, Aishah bercakap cakap, Qistina terjaga. Terus Adik saya beritahu Qistina yang Ummi belikan dia basikal baru.
Huh, terus bingkas bangun dan keluar untuk melihat basikal. Terus suruh unwrap basikal yang dibungkus dalam plastik.
Terus cuba kayuh keliling kereta Ummi..hehehe..Senyum jer dia bila dapat basikal. Lebar plak tu..
Senyuman Manis Qistina :: Gambar oleh FeverPictures
Salam Kasih,