Archive for November, 2010

Besarnya Dugaan. Tabahkanlah hatinya.

Salam,

Kita tidak tahu bagaimana perjalanan kehidupan kita pada masa akan datang. Kita meniti hari demi hari. Menghargai setiap detik yang ada bersama yang tersayang. Kadangkala kita lupa dan alpa. Bila kita lihat sesuatu berlaku di depan mata atau pada orang sekeliling kita, baru tersedar. Itu pun  mungkin seketika. Entah dugaan bagaimana pula yang Allah akan uji nanti.

Takziah saya ucapkan pada teman sepejabat yang kehilangan ayah dan bonda dalam selang masa hanya 53 hari. Pada Aidilfitri lalu, ayahandanya pergi menemui ilahi. Teringat semasa saya berbual dengan beliau, mengenai keadaan ayahandanya. Dia bercerita, yang keadaan ayahnya agak uzur. Selang 2 minggu lewat perbualan kami, ayahnya dijemput tuhan.

Kali ini, ketika baru beberapa hari menyambut Aidil Adha, Bonda tercinta pula menghembuskan nafas terakhir. Terasa terngiang-ngiang, dia bercerita mengenai Bondanya yang semakin uzur. Aduhai sahabat, besarnya dugaan yang Allah beri buat mu adik beradik. Kehilangan yang tiada gantinya.

Sewaktu saya menziarahi arwah ibunya, saya sendiri tidak dapat menahan air mata ini dari tumpah. Biarpun semua sudah cukup dewasa, kehilangan Bonda tempat bermanja, cukup membuatkan hati tak keruan dan  rasa kesedihan yang entah bila akan sembuhnya. Hati saya terasa pedih dan sedih lagaknya seperti sama merasa kehilangan mereka  adik beradik.

Untungnya kita yang masih ada Ayah dan Bonda ini. Masih ada tempat bermanja walaupun usia dan semakin meningkat.

Hargai,sayangi & hormatilah Ayah dan Bonda kita. Tanpa mereka, siapa kita.

Begitu dengan diri saya, tanpa Mama & Papa saya, mana mungkin saya berdiri seberani ini. Mereka menyokong dan menyayangi saya tanpa henti biarpun berkali-kali saya kecundang dan mengecewakan mereka. Mereka penyokong kuat saya. Mereka adalah semangat saya . Kata teman sepejabat ” you ni, kalau nak buat apa-apa mesti ingat Mak & Ayah you yer. Mesti nak buat sebabnya adalah untuk mereka” dan saya hanya tersenyum bila mendengar komen begitu. Ketahuilah, mereka adalah sebahagian dari diri saya dan mereka adalah kawan baik saya. Tanpa mereka, siapalah saya dan sunyilah hidup saya..

Buat teman, semoga roh kedua Ayahanda dan Bonda awak, dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. Alfatihah.

Kasih Tanpa Sempadan,

SALAM AIDIL ADHA – AIR DI CINCANG TAKKAN PUTUS!

Salam,

Hari ini saya nak sentuh sikit isu pasal gaduh antara adik beradik atau sedara-mara ni..Memandangkan esok merupakan hari raya korban, adalah baik jika ada dikalangan kita yang gaduh-gaduh manja dengan adik beradik atau sedara-mara tu cuba untuk bermaaf-mafaanlah yer.. Bukan apa, adik beradik/sedara mara ni darah daging kita juga..Air yang dicincang takkan putus tak gitu.. Buangkanlah yang keruh tu, ambil pula yang jernih..selama mana nak bergaduh adik beradik/sedara-mara, kan? Jangan la pulak raya korban ni, kasih sayang yang dikorbankan, betul tak? Sedihnya kalau jadi cam tu..

Selaku yang tua, mengalah dengan yang muda, tak gitu? Yang muda pulak, biarlah hormatkan yang tua. Mohonlah maaf. Tegur menegurlah… Kasihankan orang sekeliling yang berada disamping anda. Fikirkanlah perasaan orang sekeliling anda tu. Anda bergaduh, mereka yang sedih dan susah hati. Tersepit… Tak tahu dan tak mahu menyokong mana-mana pihak. Payah kalau menyokong mana-mana pihak..nanti terlibat sama dalam ’cerita gaduh’ tu. Tak pasal-pasal korang berbaik-baik, yang tersepit tu pulak yang dijadikan musuh sebab dikatakan bermuka-muka..payah! Jadi janganlah sengketa. Susahkan hidup orang lain jer bila bergaduh ni..

Tak letih ke bergaduh? Letihkan? Ada untung? Tak ada, kan? Puas hati? Tak jugak kan? Abis tu buat apa gaduh?

Buang masa saja… Dah besar panjang, Umur pun bukan muda lagi,kan? Jadi berfikir guna akal bukan guna emosi. Tak de pekdahnya.

Saya suka dengan lagu KITA BERSAUDARA nyanyian KRU dalam filem Magika. Meh hayati liriknya:

”Biar adakalanya

Dia buat kau kecewa

Biar adakalanya

Dia buat kau gundah

Tetapi tak mengapa

Kerna dialah juga

Yang mengambil hati mu

Hingga keadaan reda

Oh kita bersaudara

Kena selalu mengalah

Tak guna marah-marah

Nanti berbaik juga

Oh kita bersaudara

Tak guna gaduh-gaduh

Kerna air dicincang

Tidak akan putus

Kila kau dalam susah

Semua orang tak menegur

Agaknya tangan siapa

Yang sudi menghulur

Jika tak adik beradik

Yang tak mungkin berkira

Walau sekali kau beri

Selalu yang tak berlima

Oh kita bersaudara

Oh kita bersaudara

Kena selalu mengalah

Tak guna marah-marah

Nanti berbaik juga

Oh kita bersaudara

Tak guna gaduh-gaduh

Kerna air dicincang

Tidak akan akan akan putus”

Bestkan Lirik ni..Sayu hati bila dengar ni..Membuak-buak rasa sayang pada adik-adik..Korang esok Along tak raya sama tau, Along balik umah MIL..

Balik raya biar gembira. Bukan selalu kan dapat berjumpa ramai-ramai.. Rindu pulak rasa nak balik kg arwah Wan kat Jelebu & umah Nenek kat JB..

Oklah, hati-hati di jalan raya. Pantun sikit sempena raya korban ni, boleh? Boleh la ekkk…

Pantun 1

Ampun dan maaf dipinta,

Andai ada kata yang mengguris rasa,

Bukan niat nak buat terasa,

Tapi lidah ni tak de tulang yang menjaga.

Pantun 2

Hati-hati dijalan raya,

Semoga anda selamat tiba,

Kalau ada buat korban di pagi raya,

Hulurlah sikit daging tu, saya nak juga merasa… :D

Selamat Hari Raya Aidil Adha! Semoga jemaah haji yang mengejakan haji di Mekah mendapat haji mabrur..Aminnn

Disclaimer: posting ini tiada kena mengena dengan sesiapa yang saya kenali samada hidup atau mati.. Jangan terasa pulak yer..Tulisan ini ditulis secara general jer ni atas dasar rasa nak memupuk kembali ikatan kekeluargaan di kalangan masyarakat kita..

mood saya pada ketika ini: boring sebab still kat opis tapi hati dah mood raya

Salam Kasih,

BREASTFEEDING CLASS

This is sticky post. Please scroll down for another new posting and sweet story from
ZATUL & BABY N ME.

Salam,

Akhirnya setelah sekian lama menyepi, kelas Asas Penyusuan kini kembali menemui anda. Butirannya anda boleh dapati di BREASTFEEDING CLASSES yang terdapat diatas. klik saja dan anda akan dibawa ke maklumat kelas yang akan diadakan.

Kelas terkini adalah pada 18 Disember 2010. Jumpa anda di sana!

Salam Kasih,

STOP CHILD ABUSE!

Salam,

Dalam kehidupan seharian kita, terutamanya bagi kita yang bergenderkan FEMALE/WANITA/PEREMPUAN, isu kecil hati takkan dapat elak punyalah, kan? Saya mengaku saya sendiri juga kadang-kala ada rasa kecil hati dengan kawan-kawan. Tapi saya ambil pendekatan jangan melatah terlalu awal tanpa kaji selidik dulu. Benarkah situasi tu begitu sehingga membenarkan saya berkecil hati? Atau saya yang tersalah faham dengan keadaan?

Hati perempuan memang lembut dan rapuh. Senang sangat tersentuh. Tak kisah la, dalam apa jua keadaan hati perempuan ni memang senang tersentuh. Gembira pun nangis, sedih pun nangis, susah hati pun nangis, tak wish hepi besday pun rasa sedih, kawan tegur benda elok pun kita boleh terguris, kawan tegur benda yang tak elok, lagi la terguris.

Sebab tu saya kurang suka menulis sms sebab saya takut disalah ertikan intonasi saya dalam penulisan sms atau blog dan facebook. Kalau ada yang perasan, saya jarang menyentuh hal lain selain kisah berkisar breastfeeding, kehidupan dan kerjaya saya sepanjang saya menulis blog. Bukan saya tak mahu sentuh semua tu tapi saya takut bila saya menulis mengikut hati saya tanpa berfikir 2 atau 3 kali, ada pulak yang tergores hatinya tanpa saya sedar.

Emmm…ada la sekali saya naik antu sebab nursery sebab saya rasa pengalaman yang anak-anak saya alami di nursery sangat tidak bagus untuk perkembangan psikologi dan pembesarannya. Memang betul pun jangkaan saya tu. Oleh kerana di nursery tu terlalu garang penjaga-penjaganya, pada ketika ini anak saya ada kalanya menunjukkan reaksi terlalu takut sehingga mengigil badannya bila ditegur walaupun secara baik bila ditegur melakukan kesalahan yang sama. Bayangkan kalau anak-anak yang kecil ni yang sedang ligat nak bermain dan explore keadaan persekitaran, disuruh secara paksa untuk duduk diam di satu tempat tanpa bergerak dan tak dibenarkan bercakap sehingga ibubapa datang ambil. Kalau bercakap atau bergerak akan ditengking ” tak reti duduk diam-diam ker? Kan dah suruh diam tadi? Kenapa bercakap?”. Bayangkanlah kalau kanak-kanak tu diambil lewat oleh ibu/ayahnya setiap hari. Berapa lama dia tak boleh bergerak? Tak boleh bercakap?

Bayangkan anak saya dulu masa dia umur 3 tahun, nak kencing pun takut nak beritahu pada penjaga yang menjaganya kerana orang tua tu terlalu garang. Dia sanggup tunggu babysitter yang jaga dia masa dia 1 tahun – 2 tahun keluar daripada tempat baby dan lalu di kawasan budak yang berumur 3 tahun ditempatkan, baru dia berani nak beritahu yang dia nak kencing. Sebab apa dia berani, sebab babysitter tu sangat sukakan kanak-kanak dan bercakap dengan baik. Bayangkan anak saya tahan kencing begitu lama sebab takut! Takut kena marah! Saya tak dera anak saya tapi orang lain pulak yang dera anak saya secara psikologi.Mana saya tak marah!

Ampun maaf saya pinta kepada pengusaha-pengusaha nursery yang marah pada saya disebabkan ’tulisan amarah’saya tu. Banyak komen yang negatif juga saya terima pada posting tersebut. Saya tidak menyebut semua nursery begitu tapi saya spesifik kepada beberapa orang yang bekerja di nursery lama anak saya. Tetapi ada yang melatah bila saya menulis begitu. Agaknya ada sedikit terguris dan terasa pedasnya kot? Kenapa marah kalau tak buat yer?Alamak, ampun sekali lagi sebab ada yang dah marah nampaknya..Raya korban dah dekat ni. Maaf zahir batin la yer. Manalah tahu satu hari nanti kot kot saya akan buka satu nursery yang menyokong penuh breastfeeding ;D.

Oleh itu, kalau anda perasan, di sebelah kiri blog saya ni saya sudah tempekkan banner UNICEF yang sedang berkempen dan memperjuangkan nasib kanak-kanak yang didera. Jika anda prihatin, marilah kita sign sama-sama dan sokonglah kempen ini. Klik la pada banner tersebut dan anda akan dibawa ke laman web kempen tersebut. Lagi ramai bercakap/bersuara, lagi kurang kanak-kanak yang di dera. Dera ni bukan dera fizikal saja yer..dera psikologi juga diambilkira. Penderaan psikologi lagi teruk sebab lambat nak hilang kesannya. Mungkin juga takkan hilang sampai habis nyawa.

Saya ada saudara yang masa kecilnya selalu dipukul. Sehingga kini pada hemat saya psikologinya sedikit terganggu dan selalu berasa dia bukan anak yang baik kerana dia selalu dipukul masa kecil. Tapi hakikatnya dia anak yang baik dan mendengar kata. Sabarlah …….Lupakanlah kenangan pahit tu, sebanyak yang boleh (terasa sama beban perasaan sedih yang ditanggungnya. Sabarnya..)

Andai kata anda tahu ada kanak-kanak yang terdera dan di dera secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, hulurkan bantuan. Hubungilah talian 15999.

Tapi jangan la pula bila orang rotan anak sikit-sikit untuk tujuan mengajar, anda dah call talian tu. Tak pasal-pasal plak kita dah terbuat perkara tak baik – pisahkan anak dengan ibu/bapa.

Dalam ajaran agama Islam, ada disebut boleh rotan anak jika dia tak mo solat. Itupun ada had umurnya. Janganlah budak umur 5 tahun tak mo solat, di rotan. Belum boleh lagi tu…

Dan pepatah orang melayu kita juga ada cakap, ” sayang anak, rotan-rotankan” tapi bukan sampai mendera yer.

Nota: err…naper tak de pepatah cam ni ekk ”sayang suami, ajak shopping selalu”..hehehehe ini supaya adil supaya ada sambungan pada pepatah ”sayang anak – rotan-rotankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan”.

Salam Kasih,

Handphone Bisu Tersayang Saya!

Salam,

 Saya gelak sendiri bila teringatkan diri saya yang betapa la tak mesra IT dan mesra gadjet ni. Tahu kenapa? Sebabnya saya ni dah setahun setengah memiliki handphone bisu saya tu. Daripada dia tak bisu sampai dah bisu sejak pertengahan tahun ni. Saya tak pernah teringan nak ambil  tahu features yang ada dalam tu. Senang cerita tak reti la nak godek godek handphone tu. Yang saya tahu cam ner nak buat call, received call, tgk internet (itu pun tak pandai sangat) dan ambil gambar (tapi tak reti lagi nak transfer ke pc). Benda lain ? Ampunn…. Takut nak godek. Takut rosak. tak godek godek pun rosak gak..dah bisu pun dia..

Kata adik bongsu saya, Scha Ramzi,” Long, ko bagi adik jer la handphone ko ni kalau ko setakat recieved & buat call jer. Handphone ko ni banyak benda boleh buat. Ko pakai yang biasa dah ler..” kekekekeke..tengok ayat dia tu dah cukup menggambarkan kejahilan saya terhadap penggunaan handphone bisu saya tu. Handphone saya bukanlah yang canggih sangat tapi kira ianya menyenangkan saya dalam banyak perkara. Schedule & appointment saya semua saya set dalam tu. Boleh guna microsoft office untuk update kerja tapi features ni haram saya tak tahu nak guna. Ampunnn..saper boleh ajar saya untuk menggunakannya? Meh la ajar..

Malam tadi akhirnya saya belek-belek handphone saya secara tak sengaja dan akhirnya saya berjaya untuk mengekses email saya secara terus menerus melalui hp bisu saya tu..senyum kambing sorang sorang atas katil masa berjaya menggodek tu..kekekeke..betapa la ketinggalan keretapi saya ni..kesian yer tak?

 Tak pe la..better late than never..makanya oleh kerana handphone saya sangat berguna pada hemat saya ketika ini, jadi saya membatalkan niat untuk menukarnya kepada blackberry ataupun iphone 4..guna apa yang ada sampai lunyai la nampak gayanya..

p/s: dah call Samsung dah pasal masalah bisu dia jap tadi..

Salam Kasih,

Kenangan manis di KK, Sabah

Salam,

Maaf la sebab dah lama tak menulis..hampir 3 minggu rasanya.. selain tak sempat, mood yang tak menentu juga salah satu penyebab saya tak menulis.  Kena jangkitan penyakit M…Malas..

Pada 28 Oktober 2010 saya dan team ke Kota Kinabalu, Sabah hingga 1 Nov 2010. Emm..apa lagi kami pergi untuk training Malaysian Breastfeeding Peer Counselor peringkat Sabah/ Sarawak.. tetapi pesertanya tiada yang dari Sarawak tapi ada dari Semenanjung.


Kami sewaktu baru tiba di Kota Kinabalu

Selama 5 hari di sana kami hanya sempat bershopping selama 2 jam pada hari pertama sampai di KK dan satu jam (subuh-subuh pi pasar beli udang) sebelum berlepas balik ke Semenanjung.

Suasana di sana dan bahasa serta bangsa (etnik) yang ada tersangatlah lainnya dari Semenanjung. Kami ke sana bukan sahaja menyampaikan ilmu tapi juga mengutip ilmu yang pelbagai dari peserta di sana.

Walaupun waktu jam di sana sama dengan di Semenanjung tapi suasananya sangat berlainan. Di sana Subuh muncul seawal 4. 45 pagi dan maghrib pada pukul 6 petang. Pukul 6 petang dah gelap gelita seperti  pukul 8.30 malam di Semenanjung. Emmm..Pukul 6 pagi dah tegak dah matahari. Nak tido lelebih pun dah tak syok sebab dah cerah.

Sewaktu disana, saya teringat pada anak-anak. Janji untuk membawa anak-anak bersama tak dapat saya tunaikan.. Kering poket acik wehh kalau bawak dua-dua tu… So setiap hari selepas training, dalam pukul 6.30 petang ke pukul 8 malam, saya akan buat video call. Nak tengok muka anak-anak dan takut anak-anak rindu pada saya. Payah plak nanti hubby nak control sorang-sorang pulak bila anak buat hal.

Masa saya berangkat ke KK, Qistina tahu saya akan pergi work ke Sabah nak MAS (hehehe, tak leh beritahu pegi work naik flight, nanti dia melalak nak ikut), tapi Qaisara masih tidur lena dalam baby car seat sebab kami bertolak awal pagi ke KK.

Oleh kerana dia tidur dan tak jumpa saya sejak dari malam Rabu (27 Okt) tu, bila saya balik dia jadi sangat memerap. Saat dia tahu saya dah balik (seronok tengok anak-anak melompat-lompat, peluk erat dan cium satu muka Ummi bila nampak ummi turun tangga – rindu kot?!harus!), dia terus sukar nak berenggang dari saya, tidur juga harus di peluk erat. Memasak pun sangat payah, asyik nak berdukung jer..nasib baik ada ERGO, jadi senang sikit nak buat kerja rumah. Pantang saya duduk atas sofa, pasti dia akan naik duduk diriba saya. Bila saya baring di sofa, Qaisara juga akan baring diatas dada saya.

Qistina kurang sikit..mungkin sebab dah besar Cuma sekarang dia menuntut perhatian saya supaya melayan dia melukis dan mewarna.. Adoii kakak, lukisan ummi dah la buruk. Hahahaha..dia suh lukis tiger, ummi try la lukis..hehehe terus jadi cam kucing…kah kah kah..ummi tak pandai melukis la Sayang..

Kata Mama saya, ”lain kali pergi la lagi jauh-jauh lama-lama.. Anak tu rindu sebab tu bila ko dah balik, derang tak leh berenggang..” kuang..kuang..kuang…

Oh ya, saya nak ucapkan juga Hepi Besday pada Mama saya yang kebetulan harijadinya jatuh pada hari Sabtu yang lalu (6 Nov). I Love U , Mom!

Ok lah, nak balik dah ni… Gambar di KK nanti saya  post bila berkesempatan..Oh ya, di sana, kamera saya rosak dan SD Card saya patah, jadi tak banyak la gambar, hanya mengharap ehsan gambar orang lain la… Dugaaan sungguh..Kebetulan, nak dijadikan cerita, kamera Pushpa pula SD Cardnya corupted jadi memang tak de gambar la..hanya harap gambar dari peserta – peserta di sana.

Apa pun saya enjoy berada di sana dengan PC-PC dari Sabah dan 2 PC dari Semenanjung.  Semoga satu hari nanti, kita akan bersua kembali la ya..

Juga terima kasih atas cenderahati yang korang beri buat kami.. Kami dah pakai dah!

Salam kasih,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
November 2010
M T W T F S S
« Oct   Dec »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.