Handphone Bisu Tersayang Saya!
Salam,
Saya gelak sendiri bila teringatkan diri saya yang betapa la tak mesra IT dan mesra gadjet ni. Tahu kenapa? Sebabnya saya ni dah setahun setengah memiliki handphone bisu saya tu. Daripada dia tak bisu sampai dah bisu sejak pertengahan tahun ni. Saya tak pernah teringan nak ambil tahu features yang ada dalam tu. Senang cerita tak reti la nak godek godek handphone tu. Yang saya tahu cam ner nak buat call, received call, tgk internet (itu pun tak pandai sangat) dan ambil gambar (tapi tak reti lagi nak transfer ke pc). Benda lain ? Ampunn…. Takut nak godek. Takut rosak. tak godek godek pun rosak gak..dah bisu pun dia..
Kata adik bongsu saya, Scha Ramzi,” Long, ko bagi adik jer la handphone ko ni kalau ko setakat recieved & buat call jer. Handphone ko ni banyak benda boleh buat. Ko pakai yang biasa dah ler..” kekekekeke..tengok ayat dia tu dah cukup menggambarkan kejahilan saya terhadap penggunaan handphone bisu saya tu. Handphone saya bukanlah yang canggih sangat tapi kira ianya menyenangkan saya dalam banyak perkara. Schedule & appointment saya semua saya set dalam tu. Boleh guna microsoft office untuk update kerja tapi features ni haram saya tak tahu nak guna. Ampunnn..saper boleh ajar saya untuk menggunakannya? Meh la ajar..
Malam tadi akhirnya saya belek-belek handphone saya secara tak sengaja dan akhirnya saya berjaya untuk mengekses email saya secara terus menerus melalui hp bisu saya tu..senyum kambing sorang sorang atas katil masa berjaya menggodek tu..kekekeke..betapa la ketinggalan keretapi saya ni..kesian yer tak?
Tak pe la..better late than never..makanya oleh kerana handphone saya sangat berguna pada hemat saya ketika ini, jadi saya membatalkan niat untuk menukarnya kepada blackberry ataupun iphone 4..guna apa yang ada sampai lunyai la nampak gayanya..
p/s: dah call Samsung dah pasal masalah bisu dia jap tadi..
Salam Kasih,
