Archive for October 11th, 2010
Giler kerja
Salam,
Saya baru perasan satu perkara..This year, tahun 2010 ni saya sebenarnya workaholic. Oh, masa banyak di luar dan pejabat. Nasib baik bila saya buat kerja luar, saya boleh bawa anak-anak bersama.
Suami saya juga workaholic.. Pulangnya selalu bila hari dah gelap dan Kerja pejabat selalu dibawa pulang ke rumah dan dia tekun menyelesaikannya sehingga ke pagi..
Nasib baik ada Mama & Papa saya, maka perhatian dan kasih sayang mereka pada anak-anak saya dapat menutup ruang-ruang kosong yang ada semasa kesibukan saya dan hubby.. (saya masih kesal saya tidak dapat banyak meluangkan masa dengan anak-anak. Bila la ummi boleh berhenti kerja ni, ekk?) Ok. azam tahun depan ialah memperbanyakkan lagi masa yang berkualiti bersama anak-anak..
Ummi & Comel
Ummi & Cantik
Sebab itu setiap masa terluang yang saya ada dan dapat untuk bersama anak-anak, saya akan rebut sepenuhnya.
Tina & Sara, Ummi Luv u 2,3,4,5,6,7,8,9,10!
p/s: masih di office di kala ini..maghrib dah ni..
Chow!
Salam kasih,
Jalan-jalan Buat Kerja
Salam,
Mulai Rabu ni hingga Isnin minggu hadapan saya akan ke site sekitar Selangor.
Kalau ada sebarang soalan mengenai breastfeeding, boleh call juga. Kalau saya tak jawab tu, please text me ya..
Takut masa you all call tu, saya tengah bagi briefing.
So text me supaya saya boleh miss call anda semula..hehehehe..miss call jer la..tak larat nak call sebab ramai sangat yang termiss call saya..bengkok bill aii u kalau nak call semua orang..harap faham la yer situasi saya..Mekasih ;D
Kalau sempat, saya akan update blog..Kalau tak, emmm….tunggu minggu depan jer la ekk..
pssttt..saya akan ke Kuala Kubu Baru & Gombak pada hari Rabu ni, ada yang nak jumpa ke? atau belanja makan ker? hehehehe…
Masa Dinner SILC. Dari Kiri : Dr. Hairin, Zatul, Izzah, Dr. Nadrah & Shida
Khas Untuk Ibu:
“Ibu, pagi aku ke KKB pas tu aku singgah umah ko, boleh? Nak makan tengahari? pas makan aku chow ke Gombak plak . 2.30 petang ada briefing kat Gombak plak. aci tak? aci la ekk…hehehehe sayang ko, Ibu!”
Salam Kasih,
Istimewanya tarikh 10.10.10
Salam,
Semalam tarikh istimewa bagi sesetangah orang..yer la dikatakan seratus tahun sekali jer datang tarikh cantik cam tu, 10.10.10. Ramai betul yang memilih tarikh tersebut untuk naik pelamin, untuk bertunang dan pelbagai acara dirancang pada hari semalam. Tak terkecuali yang menimang anak.
Bagi diri saya, tarikh tersebut juga tarikh istimewa dalam kerjaya saya sebagai Kaunselor Laktasi sebab semalam rumah saya dikunjungi oleh satu keluarga yang sangat ramah tamah yang memerlukan sedikit bantuan dan dorongan dalam penyusuan ibu. Izah dan suami serta baby Iman datang untuk merialisasikan impian dalam penyusuan ibu.
Semangat macam ni la yang kita mahu, kalau rasa perlu bantuan, ada yang tak kena atau rasa tak confident dengan cara kita, cepat-cepat dapatkan bantuan.
Temu janji telah dibuat seawal Selasa awal minggu lalu. Alhamdulillah, pertemuan itu telah diizinkan Allah. Dapat saya membantu seorang lagi ibu dalam merealisasikan impiannya. Jalan telah saya tolong tunjukkan, maka semoga Izah & Baby Iman akan berjaya mengharungi cabarannya.
Sepanjang 2 jam berada di rumah saya, Izah sangat mesra. Terasa macam dah bertahun mengenali Izah dan keluarganya. Seronok saya..Anak-anak saya pun teruja dengan baby Iman.
Emmm..mungkin kah boleh dilaksanakan projek untuk 2011 ni? Patutkah saya joint kawan-kawan yang telahpun tergolong dalam golongan 2011? Eeemmm, boleh dipertimbangkan, mungkin? Anak-anak pun macam dah ready untuk terima adik lagi…
p/s: pssttt..Izah, mekasih sebab beri duit raya pada anak-anak Akak walaupun raya dah habis dah…
Juga kepada yang memerlukan bantuan dalam pemyusuan ibu, jangan malu dan segan, call saya untuk temujanji. Saya bersedia membantu anda. Samada anda ke rumah saya atau saya ke rumah anda. Sama-samalah kita, memartabatkan penyusuan ibu. Kalau anda bernasib baik, Dr. Ning akan ada bersama saya semasa pertemuan kita, kan Kak Ning? ;D
Salam Kasih,











