Archive for October 6th, 2010
Banyaknya Kerja!
Salam,
Serius, minggu ni blom dapat update blog dan bercerita panjang. Saya sangat bz dengan tugasan harian yang deadlinenya tersangatlah pendek dan dekat.
Saya ada dokumen tender untuk disettlekan, saya ada site visit, draft SOP yang perlu saya settlekan by 15 Oktober, saya ada draft manual SAP system yang perlu saya semak untuk dikomen sebelum bos saya turunkan tandatangan, isu-isu procurement yang dah makin membukit dalam tray IN saya, payment supplier & Kontraktor yang perlu disemak dan disubmit pada akaun, juga sistem pendaftaran yang dah nak diimplement bulan ni jugak serta artikel utk kolum saya & jawapan bagi kolum soal jawab Laktasi majalah Mami & Baby bagi isu November 2010.. Waaaaa…Tak cukup masa…
Pssttt..bulan Nobember 2010 ni juga ada artikel saya yang keluar di majalah Pa & Ma… ;D
Ceh mengeluh plak..Alhamdulillah, syukur bz tu maknanya tenaga dan sumbangan kita diperlukan, betul tak?

ada gaya photographer tak? kekekeke..Semasa jamuan hari raya di opis saya last week.
p/s: walaupun sibuk, saya masih mengalu-alukan pertanyaan mengenai breastfeeding dan mengalu-alukan permintaan untuk sesi one to one breastfeeding consultation kerana ianya sesuatu yang saya suka dan anda perlukan. Untuk breastfeeding, saya akan pastikan saya lapangkan masa saya untuk membantu anda.
Salam Kasih,








