Archive for March, 2010
Support Group Meeting (1) susuibu.com
Salam,
Ahad yang lepas, akhirnya saya gagahkan diri ke SGM susuibu.com yang pertama bagi tahun 2010. Saya yang berniat nak ke sana sebagai peserta sahaja, tiba-tiba disuruh menjadi moderator. Maka saya bersama Kak Kamariah, IBCLC ambil satu kumpulan, Kak Rita satu kumpulan dan Yus + Yatie THA ambil satu kumpulan.
Menjadi moderator di dalam group yang juga ada Project Manager saya di dalam Malaysianbfpc memang membuatkan saya agak segan dan malu-malu. Almaklumlah satu group dengan bos.. hehehe..sori la kalau kurang kata bicara semasa menjadi moderator. Lain kali saya banyak cakap yer..Oh ya next SGM ialah pada 28 Mac 2010 dan tajuk kali ini ialah Managing Myths In Breastfeeding. Jumpa di SGM Kali ke 2 nanti.
TQ to Ereena aka Khaireena utk gambar ni
p/s: SGM kali ni mendapat liputan daripada Berita Harian, Majalah Mingguan Wanita dan juga Majalah Pa & Ma
Salam kasih,
Qistina & Qaisara – 1st Time Jumpa Dr. Gigi aka Dentist
Salam,
Dalam saya tidak sihat dan tidak boleh mengangkat berat yang melebih 5 kg atas saranan Pakar Otopedik, Saya gagahkan juga untuk memandu dan membawa anak-anak saya ke dentist buat pertama kalinya. Bukan apa masa saya bercuti ni la yang ada masa untuk bawa jumpa Dentist. Seminggu yang lepas, saya asyik berulang ke hospital untuk buat fisio. So seminggu yang ada ni, saya akan cuba siapkan kerja-kerja saya yang belum selesai. Minggu hadapan dan mula kerja semula, takut tak sempat pulak.
Macam-macam ragam anak saya masa jumpa dentist. Qistina yang excited terlebih nak jumpa dentist, akhirnya jadi penakut bila tengok kerusi yang digunakan untuk rawatan. Memang tak mau duduk mulanya. terpaksa la Qaisara yang cinonet tu dulu naik kerusi untuk check up. Tapi masalah lain la pulak. Dia tak mau buka mulut. Jenuh la Dentist tu dan saya pujuk supaya dia buka mulut.. Dah dekat 5 minit baru nak buka sikit.. Sabar jer..
Bila sampai giliran Qistina sekali lagi, masih gak dia tak mahu naik duduk di kerusi rawatan. Terpaksa didukung dan diletakkan ke kerusi. Tapi cepat aja Qistina buka mulut tanpa disuruh bila duduk di kerusi..hahaha. funny..
Kalau ikut saranan pergigian anak-anak kita disarankan untuk dibawa ke dentist sewal dia tumbuh gigi. tujuannya sebagai membiasakan diri mereka dengan rutin tu. Tapi tu la, saya ni, anak dah nak masuk 4 tahun, baru ada kesempatan..Selalunya saya bawa diri saya sendiri jer, curi-curi masa dalam waktu rehat pejabat. Kira Qaisara bernasib baik la sebab seawal setahun lebih umur dia, saya dah bawa ke berjumpa Dentist.
p/s: Dentist cakap gigi Qistina dah start ada lubang kecil di belakang gigi disebabkan minum susu sebelum tido.. Gigi Qaisara pulak, OK walaupun nampak besar skang ni sebab nanti bila saiz badan dia besar, gigi tu nampak ok. So kepada antie antie noti yang selalu ejek Qaisara, dah paham kenapa gigi dia nampak beso?
Salam Kasih,
Sedih & Marah Bercampur Kasihan
Salam,
Saya sedih kerana kanak-kanak yang meninggal kerana didera oleh teman lelaki ibunya. Sedih kerana manusia yang buat begitu tidak menggunakan akalnya yang ternyata jauh lebih bagus sebagai seorang dewasa kepada seorang anak kecil yang masih tidak mengerti apa-apa dan hanya perlu tunjuk ajar dan kasih sayang.
Pergilah sayang, andai ini yang terbaik buat mu. ALLAH lebih menyayangi mu dan juga ibu mu. ALLAH ingin menyelamatkan akhlak serta iman ibu mu dan menyelamatkan adik-beradik mu daripada kerosakan yang lebih dashyat.
Bukan tak marah. Sebagai manusia yang tidak tahu hujung pangkal dan hanya berdasarkan cerita daripada suratkhabar, saya memang marah tapi saya juga kasihan kepada ibu kanak-kanak ini. Kenapa saya kasihan? Kerana pada usia muda beliau diuji dengan pelbagai dugaan dan tidak ada orang yang datang memberi bimbingan. Lalu hanyutlah dia membawa bersama anak-anaknya ke alam pura-pura dan penuh noda.
Saya lihat dan baca, berapa ramai yang mengutuk ibu muda ini kerana perlakuan sumbangnya dan juga kerana perlakuan terkutuk teman lelakinya yang sehingga membawa kepada kematian si kecil tersayang. Tetapi sebagai seorang manusia yang juga diberi akal, adilkah kita untuk mengutuk, mencaci dan mengadili seorang manusia yang lain? Sedangkan kita dalam tidak sedar ataupun sedar mungkin juga telah melakukan kesilapan dan dosa-dosa yang juga kita nafikan?
Salah memang tetap salah. Dosa besar tetap dosa besar. Haram tetap haram. Tak dinafikan. Tapi daripada kita mengutuk dan mencaci, kenapa kita tidak ambil ikhtibar daripada ‘kisah’ ini untuk dijadikan sempadan agar kesilapan yang sama tidak berlaku di kalangan ahli keluarga kita. Bukan apa, zaman ini, selalunya orang kata “ALLAH bayar cash”. So mungkin hari ini, cerita dia yang keluar. Esok lusa, saper yang tahu..
Salam Kasih,












