Posts Tagged ‘berita’
Sedih & Marah Bercampur Kasihan
Salam,
Saya sedih kerana kanak-kanak yang meninggal kerana didera oleh teman lelaki ibunya. Sedih kerana manusia yang buat begitu tidak menggunakan akalnya yang ternyata jauh lebih bagus sebagai seorang dewasa kepada seorang anak kecil yang masih tidak mengerti apa-apa dan hanya perlu tunjuk ajar dan kasih sayang.
Pergilah sayang, andai ini yang terbaik buat mu. ALLAH lebih menyayangi mu dan juga ibu mu. ALLAH ingin menyelamatkan akhlak serta iman ibu mu dan menyelamatkan adik-beradik mu daripada kerosakan yang lebih dashyat.
Bukan tak marah. Sebagai manusia yang tidak tahu hujung pangkal dan hanya berdasarkan cerita daripada suratkhabar, saya memang marah tapi saya juga kasihan kepada ibu kanak-kanak ini. Kenapa saya kasihan? Kerana pada usia muda beliau diuji dengan pelbagai dugaan dan tidak ada orang yang datang memberi bimbingan. Lalu hanyutlah dia membawa bersama anak-anaknya ke alam pura-pura dan penuh noda.
Saya lihat dan baca, berapa ramai yang mengutuk ibu muda ini kerana perlakuan sumbangnya dan juga kerana perlakuan terkutuk teman lelakinya yang sehingga membawa kepada kematian si kecil tersayang. Tetapi sebagai seorang manusia yang juga diberi akal, adilkah kita untuk mengutuk, mencaci dan mengadili seorang manusia yang lain? Sedangkan kita dalam tidak sedar ataupun sedar mungkin juga telah melakukan kesilapan dan dosa-dosa yang juga kita nafikan?
Salah memang tetap salah. Dosa besar tetap dosa besar. Haram tetap haram. Tak dinafikan. Tapi daripada kita mengutuk dan mencaci, kenapa kita tidak ambil ikhtibar daripada ‘kisah’ ini untuk dijadikan sempadan agar kesilapan yang sama tidak berlaku di kalangan ahli keluarga kita. Bukan apa, zaman ini, selalunya orang kata “ALLAH bayar cash”. So mungkin hari ini, cerita dia yang keluar. Esok lusa, saper yang tahu..
Salam Kasih,
