Archive for January 28th, 2010
Breastpump Test Drive Services At BABY N ME
Salam,
Saya sebenarnya banyak yang saya nak share dengan anda tapi hari ini saya nak beritahu pengumuman khas kepada warga Klang, Shah Alam, Banting, Putrajaya dan juga warga KL terutamanya yang tinggal dan bekerja di atau berdekatan dengan Jalan Pantai Baharu dan Bangsar.
Sekiranya anda adalah golongan yang saya nyatakan di atas dan anda ingin memiliki breastpump yang baik tetapi tidak tahu yang mana sesuai dengan anda dan ingin test drive breastpump yang mana yang sesuai dengan anda, makanya kini anda boleh berbuat demikian.
Bagaimana? Ya, dengan bangganya saya dan warga kerja BABY N ME (wah, ’akak’ dah ada pekerja dah skang ni? Ya benar, saya sudah ada pekerja yang membantu saya) yang BABY N ME kini sudah menyediakan perkhidmatan ’test drive’ breastpump untuk anda yang memang betul-betul ’buta’ Teknik Marmet seperti saya.
Ini bertujuan supaya kami dapat membantu anda memilih breatpump yang benar-benar sesuai dengan keperluan dan budget anda. Dan juga sebagai usaha saya dan BABY N ME untuk menggalakkan lebih ramai lagi mommies untuk menyusukan sepenuhnya baby mereka dengan susu ibu aka exclusive breastfeeding.
Ianya juga bertujuan supaya anda tidak rugi bila membeli breastpump yang salah dan terpaksa menjual semula breastpump anda sebagai 2nd hand item.
Namun begitu, ya kawan-kawan dan para pelanggan, kami terpaksa kenakan sedikit charges kepada anda sebanyak RM 20 bagi setiap kali anda menggunakan dengan perkhidmatan ini. Tak mahal chargesnya, kan. Ini pun untuk tujuan maintenance breastpump – breastpump yang anda akan dan telah cuba.
Anda boleh mencuba kesemua breastpump yang ado di dalam simpanan display BABY N ME dengan hanya RM20.
Antara breastpump yang ado dalam display set BABY N ME ialah
1. Spectra 3 (Electric & Double Pump)
2. Spectra 7 (Hospital Grade Electric breastpump & Double Pump)
3. Medela Mini E Plus (Electric & Double Pump)
4. Medela PISA (Electric Dan Double Pump)
5. Medela Harmony (Manual)
6. AVENT ISIS Manual,
7. AVENT ISIS UNO (Electric & Single Pump)
8. MAMIVAC Lactive (Electric & Double Pump)
9. MAMIVAC Manual dan
10. Tommee Tippee Manual.
Sekiranya anda ingin test drive breastpump, anda bolehlah menghubungi talian 016-3855189 untuk membuat appointment. Jika anda (warga Klang) terjah sahaja small showroom saya AKA rumah kecil saya, makanya saya kurang pasti samada anda akan berjaya dengan niat untuk test drive itu. Kedai kecil saya dibuka seperti yang tertera pada muka depan BABY N ME. Tanpa appointment, anda mungkin akan kuciwa kerana tiada jaminan saya & warga kerja BABY N ME berada di dalam rumah pada ketika itu.
Salam Kasih,








