Archive for January 4th, 2010
Mengapa perlu berbahasa kesat dan sumpah seranah?
Salam,
emm..tengok heading jer dah suspiciuos kan? Sebenarnya bukan saya yang dimaki hamun atau menggunakan kata-kata kesat.
Tapi saya heran dengan kebanyakan orang M’sia ni. Bila update status di Facebook, kenapa suka berbasa kest dan maki hamun?
Pelik saya.. kalau lelaki lain cerita, ini perempuan yang penuh kelembutan dan perlu jaga tatasusila.. pelik la..
Rasanya mak abah kita tak ajar la kita sumer maki hamun atau guna bahasa kesat masa kekecik dulu tapi bila dah besau naper la gunakan perkataan perkataan yang kurang manis tu yer?
Agaknya dah tak malu kot bila orang baca.. Orang yang baca pun mesti berkata-kata dalam hati ‘”apa ler dia ni, asyik maki hamun jer..Muka lawa..
emm..kalau dah bersuami, kan ke malu suami bila dapat tahu isteri suka maki hamun dan guna perkataan yang kurang manis tu. Mana la dia nak letak muka yer?
Ini bukan ditujukan kepada sesiapa tapi lebih untuk sedarkan kita-kita ni yang asyik terlupa..
Anti bahasa kesat & kurang ajar,
Aktiviti Untuk Awal Tahun Baru
Salam,
Harap belum lambat lagi untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Dah 4hb dah hari ni, kan..cepatnya masa berlalu.. Anak-anak dah pun ke Nursery baru masa hari terakhir tahun 2009.
Semoga tahun ni lebih murah rezeki, sihat sentiasa dan bahagia sentiasa serta semoga iman kita akan bertambah dan seiring dengan usia kita yang makin meningkat.
Oh ya, pada penghujung tahun lalu juga saya telah menerima email dan sms daripada Puan Kamariah (SUSUIBU.COM) dan Puan Rita Rahayu (Moms little Ones) yang memberitahu yang saya antara 20 orang yang terpilih untuk mengikuti kursus Train The Trainer untuk Program Sukarelawati Kumpulan Sokongan Ibu ke Ibu yang diconduct oleh Nurturing Concept S/B. Training ini disokong oleh UNICEFF & WABA serta 2 international trainers from La Leche League International akan beri kami latihan berkaitan untuk menjayakan program ini.
Alhamdulillah, sekali lagi saya diberi kepercayaan untuk bersama-sama yang lain untuk mempertingkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai Kebaikan dan kelebihan Breastfeeding. Syukur pada Allah.
Gambar-gambar diatas: Antara mereka-mereka yang akan bersama-sama saya untuk joint program Train The Trainer
So saya akan berkursus pertengahan bulan Jan 2010 ini. nampak gayanya saya still akan sibuk tahun ini, kan..
(Hubby, Thank you for your understanding ya, luv u)










