Breastpump Test Drive Services At BABY N ME

Salam,

Saya sebenarnya banyak yang saya nak share dengan anda tapi hari ini saya nak beritahu pengumuman khas kepada warga Klang, Shah Alam, Banting, Putrajaya dan juga warga KL terutamanya yang tinggal dan bekerja di atau berdekatan dengan Jalan Pantai Baharu dan Bangsar.

Sekiranya anda adalah golongan yang saya nyatakan di atas dan anda ingin memiliki breastpump yang baik tetapi tidak tahu yang mana sesuai dengan anda dan ingin test drive breastpump yang mana yang sesuai dengan anda, makanya kini anda boleh berbuat demikian.

Bagaimana? Ya, dengan bangganya saya dan warga kerja BABY N ME (wah, ’akak’ dah ada pekerja dah skang ni? Ya benar, saya sudah ada pekerja yang membantu saya) yang BABY N ME kini sudah menyediakan perkhidmatan ’test drive’ breastpump untuk anda yang memang betul-betul ’buta’ Teknik Marmet seperti saya.

Ini bertujuan supaya kami dapat membantu anda memilih breatpump yang benar-benar sesuai dengan keperluan dan budget anda. Dan juga sebagai usaha saya dan BABY N ME untuk menggalakkan lebih ramai lagi mommies untuk menyusukan sepenuhnya baby mereka dengan susu ibu aka exclusive breastfeeding.

Ianya juga bertujuan supaya anda tidak rugi bila membeli breastpump yang salah dan terpaksa menjual semula breastpump anda sebagai 2nd hand item.

Namun begitu, ya kawan-kawan dan para pelanggan, kami terpaksa kenakan sedikit charges kepada anda sebanyak RM 20 bagi setiap kali anda menggunakan dengan perkhidmatan ini. Tak mahal chargesnya, kan. Ini pun untuk tujuan maintenance breastpump – breastpump yang anda akan dan telah cuba.

Anda boleh mencuba kesemua breastpump yang ado di dalam simpanan display BABY N ME dengan hanya RM20.

Antara breastpump yang ado dalam display set BABY N ME ialah

1. Spectra 3 (Electric & Double Pump)
2. Spectra 7 (Hospital Grade Electric breastpump & Double Pump)
3. Medela Mini E Plus (Electric & Double Pump)
4. Medela PISA (Electric Dan Double Pump)
5. Medela Harmony (Manual)
6. AVENT ISIS Manual,
7. AVENT ISIS UNO (Electric & Single Pump)
8. MAMIVAC Lactive (Electric & Double Pump)
9. MAMIVAC Manual dan
10. Tommee Tippee Manual.

Sekiranya anda ingin test drive breastpump, anda bolehlah menghubungi talian 016-3855189 untuk membuat appointment. Jika anda (warga Klang) terjah sahaja small showroom saya AKA rumah kecil saya, makanya saya kurang pasti samada anda akan berjaya dengan niat untuk test drive itu. Kedai kecil saya dibuka seperti yang tertera pada muka depan BABY N ME. Tanpa appointment, anda mungkin akan kuciwa kerana tiada jaminan saya & warga kerja BABY N ME berada di dalam rumah pada ketika itu.

Salam Kasih,

8 Responses to “Breastpump Test Drive Services At BABY N ME”

  • Fid says:

    wahh bagusnyaaaaa

    ehh apa makna direct linking yada yada nih???

  • Bonda Q says:

    Fid? apa maksud mu? mak blurrrrrrrr la

  • Siti says:

    Salam,

    Saya berminat nk cuba breat pum avent ISIS UNO, klau saya gi ke booth di dataran merdeka bleh cuba ker? Nk gi ke kelang jauh sangat…

    Saya nk tanya pendapat, breast pum yg mana yg the best selling ? Saya pernah cuba Madela Swing, best gak…saya bercadang utk full breast feeding utk anak ke-2 yg bakal lahir pada bulan 6 ni…tp saya masih confuse nk pilih breast pum yg sesuai…antara Avent dan Madela…tp saya lebih suka Avent, tp blum pernah cuba lagi…Avent nampak lebih berkualiti dan boleh guna 3 in 1, elektrik, bateri dan manual….

  • Bonda Q says:

    Boleh, datang la. saya bawakan AVENT UNO ISIS hari ini khas untuk awak cuba

  • Jue says:

    Salam
    nak tya..harga AVENT ISIS UNO berapa yer..tq

  • elyani says:

    mcm mn avent isis uno..ok tak? sy ingat nk guna product ini..

  • Bonda Q says:

    Avent Isist memang best pada saya tapi pada orang lain saya kurang pasti. kena cuba dulu la

  • Wah..ada yang baru nih..perlu di cobain..

Leave a Reply


logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
October 2025
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.