Archive for January 15th, 2010
Taska Baru
Salam,
dah masuk seminggu lebih dah anak-anak saya di Taska baru. Taska ni terletak di dalam kawasan Pantai Dalam (Pantai dalam ka? Ya kot..
) dan berdekatan dengan Pantai Hill Park. Taska ni dulu kepunyaan arwah kawan sekelas dan seasrama dengan saya, Halimah Abas semasa saya bersekolah di Sekolah Menengah Ahmad Boestamam, Sitiawan, Perak. Namun Arwah lebih disayangi oleh Allah dan telah dijemput mengadapNYA kerana Kanser Limfoma. Kini taska ini diambil alih oleh suami arwah.
Pagi hari pertama anak-anak di Taska ini, kedua-duanya menangis tak hengat donia.. Punya kuat tangisannya. Tapi hati ‘mak’ dah keras dah skang ni. So ‘mak’ sampai hati gak la dan tinggalkan juga derang kat situ. Saya kena bekerja kan?
Hari kedua, sudah tiada tangisan daripada kedua-dua anak saya. Kira ok la tu ek.. Masuk seminggu saya lihat dah makin hepi dan saya juga bertanya dengan ‘teacher’ derang, macam mana perkembangan anak-anak saya. So jawapannya dah makin positif. Macam Qaisara, teacher dia kat dah mula nak main dan bergaul dengan bebudak yang lain. Tak la macam masa awal-awal dulu. Diam ajer dan kurang main. Qistina? huh, masuk hari ke 3 kat taska dah mula panjat susur tangga dan buat gelongsor. Terlebih suka namanya tu.. Kemarin tanya belajar apa hari ini dan dia jawab A besar a kecil. So kira ok la.
Oleh kerana saya terlebih excited untuk anto anak-anak ke Taska baru maka saya hadiahkan la beg BARBIE baru untuk keduanya. Maka gumbira tak terhingga la anak-anak.
Taska ni merupakan rumah teres 2 tingkat. So senang sikit saya nak ambil bebudak. Parking je depan gate dan keluar terus bawa masuk dalam umah. kalau dulu, kena parking dulu. turun bukit sikit dan baru sampai taska. Lega la sikit skang ni kalau hujan sebab tak de ler saya lencun lagi.
Salam Kasih
p/s: Dah 2 hari anak-anak cuti ke Taska dan kami sekeluarga berkampung di Putrajaya di rumah Angah. Anak-anak saya dijaga oleh Mama & Papa yang memang tinggal dengan Angah. Ini kerana saya sedang berkursus untuk Breastfeeding Peer Counselor Program di Sri Kembangan selama 6 hari. Nanti saya cerita pulak pasal kursus ni yer..










