Archive for November 26th, 2009
BABY N ME : Sponsor Cover Baby untuk PA & MA
Salam,
Kalau ada yang perasan la kan..selain daripada menulis artikel dan menjawab ruangan Soal Jawab Laktasi di Majalah MAMI & BABY sejak Ogos 2009, saya & BABY N ME juga telah menjadi sponsor kepada majalah PA & MA sejak September 2009. emm..Kalau ada yang perasan la..

Sebahagian isu PA & MA yang di sponsor Oleh BABY N ME
Kerjasama BABY N ME dengan majalah PA & MA ini akan terus terjalin sehingga tahun hadapan. Insya Allah. Oh ya sebenarnya BABY N ME juga mendapat kerjasama dengan Safety Plus dalam projek ini. Terima kasih pada pihak Safety Plus atas kepercayaan yang diberikan.
Semoga dengan cara ini, ramai yang akan sedar dan tahu kewujudan Baby N Me walaupun hanya ada logo Baby N Me yang keluar kat situ..
Untuk mengiklankan BABY N ME di majalah tersebut, saya masih belum berkemampuan kerana bayarannya ribuan RM untuk sekali iklan pada satu bulan.
Semoga satu hari nanti saya akan mampu mengiklankan BABY N ME di majalah yang tersohor ini.
AMIN.
*Orang kata biar kita ada angan-angan dan impian sebab daripada angan-angan dan impianlah kita akan berusaha lebih gigih utk jadikannya kenyataan, kan..
Salam Sponsor,
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Salam,
Disini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Saya hanya beraya di Putrajaya dan Kuala Lumpur sahaja esok. Almaklumlah, Mama & Papa skang ni dah tinggal dengan adik saya di Putrajaya. So raya sini jer la.. Pas tu hari yang sama akan ziarah keluarga mertua di Kg. Melayu Kepong, Kuala Lumpur. So ‘Akak’ (dengan nada sengau) raya kat KL lagi la kali ni… Orang kg aka relatives, maaf tak dapat balik raya kali ni..
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir batin lagi!!
P/s: BABY N ME showroom akan tutup pada 27 Nov 2009 (Hari Raya) dan akan buka semula pada 28 Nov 2009 (Sabtu) cam biasa la yer.. Online store kami masih beroperasi 24h semasa hari raya tu. Order masih boleh dibuat dan hanya akan dikurier pada hari Isnin (30 Nove 2009) nanti.
Salam Raya dari pejabatku di Level Kayangan (still kerja ni walau esok raya. Mama ampun tak tolong masak),









