Archive for October, 2009

Philip Avent ISIS Manual Breastpump on sale

Salam ,
just nak semua tahu Baby N Me skang ni tengah sale Philip Avent ISI Manual breastpump until 14 November 2009. Harga sebenar RM242.00 tapi Baby N me hanya jual pada RM219.00 dan kini ianya sedang sale sebanyak RM199.00. Jarang item yang ni nak sale kat luar sebab harganya dah cukup murah dengan apa yang ditawarkan. So sebelum habis dan tamat tempoh jualan murah ni, cecepatlah place order yer… boleh tengok kat sini http://www.babynme.com.my/product.php?cat=PHILIP_AVENT_&homeinclude=catalog&category_id=15&parent_id=15

Avent Manual

Salam Kasih,

Berkhatan & Rambut Baru

Salam,

Semalam hari yang agak sibuk buat saya.Mesyuarat hingga ke tengahari dan kemudian sibuk melayan email & panggilan telefon beberapa pelanggan yang berpotensi yang nak tahu mengenai perkhidmatan Indonesian Maid. Semalam  juga hari yang besar buat kedua puteri kami.

Pertamanya, Qaisara telah selamat dikhatankan pada petang semalam. Hehehe..dah setahun baru nak berkhatan, kan.. Bukannya bertangguh tapi kami suami isteri takut bila dengar perkataan sunat/khatan. rasa ngeri plak. Masa Qistina dikhatankan dulu, memang saya ada semasa proses singkat berkhatan yang dijalankan di  Pusat Pakar sakit Puan & Bersalin  Dr. Yasmin di Sri Manjung, Perak tetapi saya tidak melihat dan hanya bersandar kat tepi dinding sambil tenung siling klinik sebab takut. Yang pegang anak saya ialah Mama saya. Kali ni, nak tak nak terpaksa la saya kuatkan hati tengaok anak menahan rasa sakit bila dikhatankan..Hubby? huh, dia dok jejauh jer daripada katil tu..

Keduanya, malam tadi juga Qistina dapat rambut baru, ala Barbie look (as her wish la)..Bukan main tersenyum lagi bila dia tengok rambut dia yang ala-ala Barbie tu..Tersenyum simpul gitu.. Tak caya tengok la gambar dia tu…

 

P1010852

Salam Kasih,

Video Perjalanan 9 bulan

Hari ini, ibu saudara saya telah menunjukkan satu video yang sangat menyentuh hati, naluri dan perasaan saya sebagai seorang ibu. Tatkala melihat video ini, saya terkenangkan kedua anak saya yang berada di taska..Ahh..Rindunya..Rasa nak cepat-cepat peluk mereka.. Video ini adalah video asal. Yang saya lihat sebelum ini telah diedit dan lebih pendek. So ibu-ibu mahupun ayah-ayah diluar sana, lihatlah perjalanan kita sebelum dilahirkan ke dunia ini…SAYA SANGAT SANGAT SUKA VIDEO INI. Terima kasih kepada yang membuatnya…

 ini pulak versi yg telah diedit:

 

Touching sangat kan? Meleleh air mata bila menonton video ini…To my mama, “MAMA, I Love U So Much!” & To both of my Girls, “Ummi Loves You Both Too..Loves U so Much!!”

Qistina - first day
Qistina di hari pertamanya

qaisara on her first day

Qaisara di hari pertamanya di Dunia

 

Salam Kasih,

Kelas Penyusuan Untuk Bakal Ibu Anjuran MumDreams di Bangi

bfclass1

penceramahnya ialah kawan-kawan saya daripada Lunatots & Sarakids.

Salam breastfeeding,

“Back to work: Maintaining Milk Supply While Baby Growing” & Gathering Raya Ratuhati.com

Assalamualaikum, just nak war-warkan aktiviti pada Sabtu ni (17 Oktober 2009) di sekitar Malaysia..

1) Kelas Breastfeeding Di Kuantan

Topic: “Back to work: Maintaining Milk Supply While Baby Growing”

Date: 17 October, Saturday
Time: 2.00pm, 1hour talk, don’t be late!
IBCLC: Puan Kamariah of Susuibu.com
Location: Hosted by maryaaa, The Momy and Baby Place, A271, Tingkat 1, Kuantan Starcity 2, Jalan Beserah Kuantan, Pahang
Theme: very white Hari Raya
Food will be provided, but potluck are truly welcome.

Contact: Hayati – H/P : 012-2045646

2) Gathering Hari Raya anjuran Ratuhati.com
Dengan bangganya saya mewar-warkan pengasas Ratuhati.com yang juga sahabat saya akan mengadakan gathering raya untuk ahli-ahli ratuhati.com. Saya juga insya Allah akan menghadirkan diri ke majlis tersebut. Berikut adalah butir-butir majlis:

Gathering Raya Ratuhati.com 1430

Location:Taman Tasik Raja Lumu (Sebelah Muzim, Belakang Masjid Shah Alam)
Time:8:30AM Saturday, October 17th
map : click
Jumpa di sana!!

Salam Kasih,

Breast Feeding Etiquette : How to Breast Feed in the Car

Sebagai panduan kepada yang tertanya-tanya bagaimana nak breastfeed your baby when you are on the go…Aii la tu…travel a lot every day..

Salam Kasih,

Jangan abai Anak yang lebih tua

jealousy killer 

Ambil jadi pengajaran tau.. Jangan abaikan anak yang lebih tua bila dah ada baby baru..Dia orang pun ada hati & perasaan walaupun masih kecil..

Salam Kasih,

PROGRAM PENYUSUAN SUSU IBU : KEMBALI KEPADA FITRAH

breastfeedbannergoldbg-Senawang

PROGRAM PENYUSUAN SUSU IBU : KEMBALI KEPADA FITRAH

TARIKH : 8 NOVEMBER 2009

MASA : 8.30 PAGI – 1.00 TENGAHARI

TEMPAT : 9-1 COCO DRIVE, TAMAN BANDAR SENAWANG, NEGERI SEMBILAN

PENDAFTARAN :
RM35/seorang,
RM60 untuk pasangan suami isteri
RM30/seorang untuk yang mendaftar sebelum 25 Oktober 2009

PENYERTAAN :
Ibu bapa yang mempunyai bayi yang menyusu.

Bakal ibu bapa.

Mereka yang menjaga bayi yang menyusu susu ibu.

Semua yang berminat.

HUBUNGI :
019-6548073 (Dr Faridah Idris)
019-6532973 (Shamsul Kamal Idris)
email : myzulfa@gmail.com

 Nota: Program ini bukan kelolaan Baby N Me. Baby N Me hanya menjadi medium untuk mewar-warkan program yang baik ini. Baby N Me tidak bertanggungjawab ke atas sebarang masalah yang timbul berkaitan Program ini.

Salam kasih,

Cerita Hari Raya & Majlis Harijadi Qaisara Madihah

Salam,

Alhamdulillah,  saya sekeluarga menyambut kegembiraan berganda pada 1 SYAWAL yang lalu dengan perayaan hari raya Aidilfitri dan juga Hari lahir Qaisara. Tak sangka diam tak diam dah 1 tahun dah Qaisara..dah besar tapi body Qaisara maintain cute gitu..kecik molek jer..Kalau tengok live memang tak sangka dia dah 1 tahun sebab kecik bangat..Kata Pead, jangan risau sangat pasal size dia sebab ummi & abah pun saiz ala-ala comey gitu (perasan betul kan :P hehehe). Ala janji sihat, kan adik..

So masa 1 syawal tu, kami buat la sikit majlis potong kek untuk Sara kat umah atuk Sara kat Kampung Melayu, Kolumpo..ala hari rayakan, so yang ada dalam majlis tu sepupu-sepupu Qaisara & Qistina la..

nyanyi besday sara

family ku dpan kek

Kami bertema biru di pagi 1 SYAWAL

mak, ayah, anak & menantu 2

Keluarga mertua yang balik raya tahun ni..

Seronok sambut satu Syawal kat KL ni. Still rasa cam kat kampung.. Still ada takbir dari rumah ke rumah, stil ada kunjung mengunjung, still ada dengar mercun berdentum pada sepanjang malam raya & raya pertama.. Bebudak pun ramai yang datang raya..Ntah la, may be sebab sedara-mara hubby terchenta kebanyakkannya kat KL dan dia memang orang jati KL  so kemeriahan tu tetap terasa macam raya kat kg.

sedara mara abang

Sedara mara hubby yg datang.. Reramai duduk kat dapur.

2 Syawal, kami bergerak ke Seremban dahulu untuk konvoi bersama mama  & papa serta adik-beradik saya ke Johor Bahru. Singgah umah Pak Ngah saya kat Senawang dulu sebelum tu..beraya dulu..Makan nasi la..lauk ayam masak cili api..pehhh..tambah samapai 2 pinggan bila makan lauk ni..Jilat pinggan seh..

kat umah pak ngah 1

abg, pak ngah, papa & farid

Qis & Qai

Tema pink pada 2 SYAWAL..kaler busan sebab every year kaler ni..

Lepas kenyang makan kat Senawang, bergerak plak ke Johor Bahru, rumah nenek saya..ada yang tau Bakar Batu? ala dekat dengan kem Majidee tu..ha, umah nenek saya kat sana la..lagi terasa meriahnya kat sana sebab sedara sumer balik sampai tak muat umah dah..

Kemudian pada 3 Syawal, kami adakan lagi majlis potong kek harijadi Qaisara + Qistina di Johor Bahru di rumah ibu saudara saya..Meriah beb sebab sedara mara ramai masa tu..Mak Eton, mekasihhh..

nyanyi lagu besday (johor)

Qistina & Qaisara depan Kek

 tanda nama kek

dila tolong potong kek

Raya ke 4 tu round JB umah sedara mara yang buat open house..pas tu terus gerak pi umah kakak ipar kat Seremban 2. Letih beb..tido 2 malam kat sana pas tu balik Klang semula..

yang sedihnya, bila nak balik Klang tu, ada my good friend, Ida Murni panggil datang umah parents dia petang tu tapi tak sempat nak pergi sebab dalam perjalanan lagi…Jeles tengok gambar derang bergather-gather (hahaha, bahasa inggeris di melayukan la ni)  kat TTDI, KL..Girls (ida, zarina & ila), I miss you all la..bila nak datang umah aku?

dari kiri : zarina, baby izz, ila & ida

Aidilfitri kali ini sesungguhnya memberikan pelbagai kenangan manis buat saya dan family. Semoga tahun depan masih begini dan masih dapat saya temui Ramadhan dan Syawal lagi bersama-sama keluarga saya.. Aminnn..

SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR BATIN!!

Salam Kasih,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
October 2009
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.