Archive for November 17th, 2009
Kekangan dalam Breastfeeding
Salam,
Kali ini saya nak bicara mengenai kekangan dalam melaksanakan penyusuan susu ibu dikalangan masyarakat Malaysia. Saya rasa para pejuang yang seangkatan dengan saya dalam mempromosikan, memperjuangkan dan memartabatkan breastfeeding akan setuju dengan saya tentang betapa sukarnya nak memartabat dan menggalakkan penyusuan susu ibu. Salah satu kekangan yang ada ialah kurangnya sokongan daripada orang-orang yang ada disekeliling kita.
Memang sukar..Kekangan pertama ialah tiada sokongan dikalangan ahli keluarga kita sendiri terutamanya sokongan daripada suami. Kemudian ibu atau ibu mertua kita.. Sukar juga nak meyakinkan mereka betapa baiknya susu ibu ini..
Keduanya tiada sokongan daripada rakan sekerja dan majikan. Jangan kata orang lain, saya juga mengalami waktu-waktu sukar dalam melaksanakan penyusuan susu ibu di pejabat saya. Selain tidak mendapat sokongan orang atasan, rakan sekerja juga sering mempermainkan perkataan breastfeeding itu sendiri.. Bayangkan saya pernah diejek yang saya ini adalah pembekal terbesar susu segar di kawasan Bangsar dan sekitarnya.. Senyum sajalah bila kena usik begitu…Paling tidak pun saya berlalu pergi.. Bila bertanya khabar pada ibubapa baru di pejabat samada bayi dan ibu ada masalah dalam penyusuan atau tidak, yang lain dah mula senyum-senyum sinis.. Itu belum lagi timbul isu tempat nak express breastmilk. Kat Pantry salah (pantry pun salah kerana ada yang kata susah dia nak ambil air bila saya mengepam dalam pantry,entah la), kat stor dan surau tak boleh (tak ada power point), dalam bilik server terlalu sejuk dan akhirnya saya memilih untuk mengepam di cubical saya sahaja. Senang cerita dan full stop segala masalah yang sengaja mereka create. Nanti saya akan cuba buat video bagaimana nak mengepam di cubical,ok?

Kawasan saya mengepam
Kemudian kekangan dengan pengasuh. Ada yang kata leceh, ada yang ambil sambil lewa sahaja cara handle ebm walaupun dah diberitahu caranya dan bermacam macam lagi la..
Ntah la, kadangkala semangat si ibu sendiri juga menjadi kekangan dalam melaksanakan penyusuan susu ibu. Puting luka, breast bengkak, bernanah dan malas menjadi alasan. Kalau malas dan tidak ada niat nak menyusukan sampai 2 tahun pun, sekurang-kurangnya cubalah susukan bayi anda secara esklusif selama 6 bulan pertama. Ini kerana ketika ini organ-organ dalaman bayi masih belum matang dan baby masih belum boleh menerima makanan lain selain susu ibu. Mungkin juga ramai ibubapa baru yang tidak tahu fact ini..agaknya la, kan?

I Just Want Breastmilk Poster (Nurturing Concept S/B)
Doa saya semoga kekangan ini akan semakin berkurangan dari hari ke hari.. Semoga akan ramai yang akan lebih tahu betapa bernilainya setiap titisan air susu ibu itu..
Salam Breastfeeding,








