Archive for the ‘Family’ Category

Zatul & Girls Di Ruangan Personaliti Majalah Pa & Ma Isu Jun 2010

Salam,

Tak tahu la ada yang perasan atau tidak, tapi bagi yang dah dapatkan majalah Pa & Ma untuk June 2010, selak-selak la .

Ada cerita saya & anak-anak di ruangan Personaliti.

Boleh baca juga cerita saya melalui online di SINI

Uhmm..Ramai kawan kawan yang tak perasan kerana saya telah di touch up oleh Cik Non, make up artis. Maka ramai la pula yang suggest supaya saya patut berpenampilan begini setiap hari.  make up selalu..eeeerrr…aduh..dengan anak 2 orang ni, rasanya hanya sempat nak bubuh bedak jer..Lipstik pun jarang nak di calitkan dibibir.. Dengan terkejar-kejar masa sana sini, aii rasa buat masa skang ni bio la aii ni maintain sederhana jer..tapi akan datang blom pasti aa, kan.:D

Ada juga yang kata, saya banyak puji hubby saya.

Ya, puji ada makna tu tau..Mana tau dapat gelang emas ke, duit beribu ke masa hadiah harijadi saya nanti..hehehehe..

Abang, pepaham la yer..hahaha..

Ala, kan June ni isu hari bapa, so kena la puji skit, ye tak?

Salam Kasih,

Santai Bersama Pa & Ma

Salam,

Sabtu 2 minggu yang lepas (8 May 2010)  kami ke Terengganu. Sempena Santai Bersama majalah Pa & Ma Di Merang Suria Resort, Setiu, Terengganu. Gatal nak  joint..huhuhu

Ya Allah, jauhnya nak sampai Terengganu.. Seksa badan aii.. hehehehe… Lama dah tak jalan jauh, tu yang terasa cam lamanya nak sampai..sabo jer ler..Rasanya sesejak Mama & Papa dudukdengan Angah kat Putrajaya..

Lama sangat dalam kete, kesian bebudak..Qaisara tido sepanjang perjalanan. Daripada mula gerak tido – terjaga masa berhenti jap utk ke toilet dan beli buah – pas tu tido sampai la dah sampai kat hotel. nyenyak!


nyenyak!

Tapi kami terlepas acara sebelah petang sebab kami sesat barat mencari jalan nak ke Setiu. hahahahaha..lawak giler. plus penat bangat. Hanya sempat ke acara dinner jer..huhuhu..tak per la..janji sampeii.. Rupanya bukan saya saja sesat tapi Eton aka wartawan Mingguan Wanita pun sama sesat cam kami.

Saya bersama Eton

Dan sesungguhnya pakaian kami sekeluarga langsung tak ikut tema Aloha yang ditetapkan oleh Pa & Ma. Tak sporting sungguh, kan?

Terima kasih hubby sebab sudi memandu sepanjang perjalanan 2 hari tu dan sanggup meluang masa ke sana.

kami dapat la door gift dan juga lucky draw. Kasut CROC sampai 5 pasang, roti, minuman tongkat ali & kacip fatimah, macam macam la..


Bersama Puan Liza Ali, Editor Pa & Ma

Esoknya balik semula ke Klang dan bagi menjawab persoalan yang bermain di minda, isu keselamatan tetap menjadi isu keselamatan. Syukur anak-anak saya tetap teguh duduk di Baby Car Seat/booster sepanjang perjalanan daripada Klang ke Terengganu & Terengganu ke Klang. Alhamdulillah.

Antara aktiviti yang kami lakukan untuk menghilangkan boring anak-anak ialah menyanyi bermacam macam lagu nursery rhyme dan juga membaca serta menonton CD Barney

On the way balik, kami beli keropok lekor sebagai buah tangan..

Lepas ni kalau kena gi Terengganu lagi, saya n family confirm ambil flight ke sana..Penat la naik kereta ni..

Salam kasih,

Storylah Ummi

Salam,

Setiap hari sebelum tido, apa aktiviti anda dan anak? maksud saya selain daripada baca doa tidur, berus gigi, basuh muka dan kaki, apa lagi aktiviti yang boleh dibuat?

Kalau saya, saya selalunya akan bercerita dengan anak-anak. Bermula daripada cerita dongeng mat saleh cam Cinderella, Snow White, Ariel, Arora, Beauty N  The Beast, Pooh, Mickey sampailah ke cerita kisah Agama dan Nabi-nabi kita. Kadang kala, buku tak ada, so saya mula la mereka cerita teladan untuk didengar oleh anak-anak saya. Kadang-kadang bila saya lupa dan juga malas, sure Qistina akan kata “storylah Ummi” atau Qaisara akan bawakan buku pada saya dan cakap “aca”. hehehe..cute habis..Moment ni akan saya ingat sampai habis nyawa.

Saya telah ke MPH mencari lebih banyak buku-buku cerita berkaitan Islam yang boleh saya baca dan kemudian ceritakan mengikut versi dan gaya saya kepada anak-anak. Ye la kalau ikut ayat buku, skema la dan tak menarik perhatian kanak-kanak, so saya buat gaya story telling by Zatul ler ..  8D . Baru anak-anak pay attention, kan.. Oh ya, berbalik kepada buku di MPH, saya dah terjumpa buku ini

Sejak seminggu yang lalu, saya dah mula baca kan pada anak anak. Satu hari satu tajuk. Sekarang ni dah sampai tajuk Bahtera dan Banjir Besar , cerita pasal Nabi Nuh.

So, saper tercari-cari buku untuk dibacakan untuk anak mereka bolehlah cuba carik buku ni. ada juga dijual kat online store.

Perlu diingatkan bahawa ayat-ayat di dalam buku ni agak skema, so anda kenalah olah ayat-ayat tersebut menjadi ayat anda yang akan menarik perhatian anak-anak anda untuk mendengar dengan lebih lanjut lagi..

Mommies & Daddies,Selamat mencuba!

Oh ya, Mommies & Daddies, kalau ada buku cerita menarik yang boleh dikongsi bersama, beritahu la yer..kita share apa yang boleh. errr..ada ke daddy Malaysia yang bacakan buku atau story morry pada anak-anak sebelum tidur atau pada bila-bila masa? Kalau ada share la that moment. Cute bila daddy melayan anak-anak cam gambar ni

pssttt: Yang Suhaini, balik ni cuba tau! Nanti cerita progress ko kat sini yer..

Salam Kasih,

Perasaan Seorang Ibu Yang Bekerja

Salam,

Bekerjaya dan berkeluarga memerlukan banyak kesabaran dan pengorbanan daripada segi emosi bagi seorang ibu.

Saya masih teringat bagaimana pada hari pertama saya memulakan tugas semula selepas cuti bersalin selama 60 hari aka 2 bulan yang juga merupakan hari pertama saya meninggalkan anak pertama saya , Qistina dibawah jagaan babysitter di seksyen 18 Shah Alam.

Sepanjang perjalanan daripada Klang ke Shah Alam, perasaan saya sudah libang libu. Sudah sebak..

Bagaimana anak saya hari ini? akan menangiskah dia. Tercari-carikah nenen? Tercari-carikah dia akan saya? Macam mana kalau bila saya balik daripada pejabat nanti dan dia tak mahu dengan saya? Seribu satu perasaan rasanya..

Bila sampai rumah babysitter dan dah meletakkan anak di sana, berat kaki nak melangkah pergi ke kereta. Saya gagahkan juga..

Masuk sahaja dalam kereta, air mata dah mula berjurai-jurai. Sudah mula teresak-esak dan sudah mula merayu pada suami untuk berhenti kerja kerana tak sanggup nak berpisah dan meletakkan anak  di bawah jagaan orang lain.

Tapi suami saya memujuk, kata dia ‘ Tak pe Yang, kita bukan tinggalkan terus. Petang nanti, kita ambil la. Tinggal kejap jer. Jangan la nangis’.

Masa tu, tuhan sahaja yang tahu bagaimana dan apa yang saya rasa. Rasa nak patah balik dan ambil keputusan nekad untuk berhenti kerja 24 hours. Apatah lagi pada ketika itu, saya tiada hutang yang perlu saya fikir. Hutang belajar? tidak ada kerana saya menggunakan wang sendiri semasa study. Hutang kereta? Masa tu memandu kereta pun takut walupun dah ada lesen bertahun-tahun, apa lagi nak beli kereta. Hutang rumah? Hubby dah beli rumah sebelum kami berkahwin lagi.

Seminggu lamanya keadaan ini berterusan. Pagi hantar anak, saya akan menangis. Bila ambil anak pada waktu petang, saya juga akan menangis kerana rasa bersalah meninggalkan anak dalam jagaan orang lain.

Sehingga kini, perasaan bersalah saya tetap ada kerana perlu meninggalkan anak-anak dalam jagaan orang lain.

Saya masih berharap yang saya dapat bekerja dari rumah dan dapat menjaga dan menguruskan anak-anak dan rumahtangga sepenuh masa.

Anda bagaimana? Apa pengalaman anda pada saat kali pertama anda terpaksa berpisah dengan anak? Macam saya ker? Atau anda dah pun menjadi suri rumahtangga sepenuh masa (Kerjaya idaman saya).

psttt..saya jeles dengan anda yang bergelar suri rumahtangga sepenuh masa. Sungguh! saya jeles!  Ibu, aku jeles dengan ko! 8P

Salam Kasih,

Islamic Pre School

Salam,

Saya dan suami sedang tercari-cari islamic pre-school  yang menggunakan bahasa pengantarnya bahasa inggeris dengan bayaran yang berpatutan. Sebagai persediaan untuk tahun hadapan. Qistina going to be 5 next year, kan.

Bukan tak mau hantar ke taska yang bahasa pengantarnya bahasa melayu tapi zaman sekarang ni, kalau duduk di Lembah klang, bahasa inggeris dah jadi macam satu  bahasa utama. Yelah among kami Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Administrator (PCPA) yang 99%  adalah melayu yang berkomunikasi melalui email pun menggunakan english sebagai bahasa perantaraan [hehehe ini kerana our Mentor, Kathy Baker from La Leche League International (LLLI)  tak paham bahasa melayu lo].

So kalau hantar ke pre-school yang menggunakan english sebagai bahasa pengantar, harapannya agar anak-anak kami tak akan bersusah payah seperti kami yang terkejar-kejar nak memahami dan menggunakan  english language setelah bekerja. Tau jer lah persaingan di lembah klang ni sangat sengit.

Kami dah bertanya kepada beberapa pre-school yang menggunakan english sebagai bahasa pengantar, contohnya seperti Smart Reader kids. Saya suka dengan pre-school ini dan pernah bercita-cita  nak masukkan anak ke situ tapi suami saya (see my hubby balance my life) lebih suka jika pre school ini juga menitik beratkan kehidupan keislaman dalam silibusnya. Maka kami cari punya la cari, ada jumpa seperti Children Islamic Centre (CIC) tapi jauh sangat la pulak daripada rumah ataupun pejabat. Maka terpaksa cancel niat yang ado. Ada ke yang dekat? kalau ada meh beritahu saya yer..

Tiba-tiba sejak berulang-alik ke KPJ Selangor Specialis Hospital di Seksyen 20, Shah Alam melalui highway LKSA dan Alam Impian untuk sesi  fisioterapi saya, saya terperasan ada satu pusat perkembangan kanak-kanak aka Pre-school yang berada di Seksyen 23, Shah Alam. Genius Aulad yang menggunakan motto   Islamic Enrichment centre ada di sana. Terus singgah untuk melihat suasana pre-school ini.

Emm..seperti  Smart reader kids, GA ini ada sessi pagi dan petang serta menggunakan English sebagai bahasa pengantar dan ianya adalah children Islamic education centre. So mak abah boleh la pilih nak hantar anak pagi ke petang.  Emm..dah terjumpa dah yang senang nak handle.

Sebenarnya GA ini ada di Kota Kemuning yang hanya beberapa KM daripada rumah kami tapi saper ler yang nak ke sana. Laluan kami tak menghala ke sana. Kalau Shah Alam, ok lagi sebab hubby saya memang hari-hari sure berada di shah Alam. So saya tengok yuran tahunannya tidaklah membebankan. Tak mencecah ribuan ringgit pun. Hanya tus tus jer . Tapi biasa la yuran bulanan tetap ada n bunyinya pun tus tus juga la. Silibus yang diterangkan juga ada Math, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Pendidikan Islam. Silibusnya pula adalah untuk kanak-kanak daripad umur 3 tahun hingga 6 tahun.

Emm..boleh la..Cuma kami terpaksa arrange pulak, transport dan piker mana nak letak Qistina lepas school sebab pre-school  ni cam biasa la, hanya 3 jam saja dalam sehari. Emm..cabaran sungguh la bila menjadi  ibubapa yang bekerjaya ni..duit masuk dan duit keluar sama jer…Apa pun syukur sebab bergaji  dan diberi rezeki dan kesihatan yang baik…Jadi ke tidak hantar anak ke GA ini bloom dapat diputuskan lagi..Tunggu la hujung tahun ni..

Oh ya, bagi warga Klang, Tahun depan GA akan buka di Bandar Botanic..

Psttt: Fid, tahun depan hang dah boleh hantar anak kat situ la kot? dan..errr..saper tau mana lagi Islamic pre-school yang ada berdekatan area Bangsar, Jalan Pantai Baru atau pantai Dalam? Boleh share tak?

Salam kasih,

Akhirnya diaperless

Salam,

Syukur alhamdulillah. Akhirnya Qistina dengan rela hatinya tidak mahu pakai diaper lagi. Sebelum ni memang dah tak pakai dah..Cuma time nak poo poo jer, dia mintak diaper..Time tido tu memang lama dah kami tak pakaikan. Memula tu memang terbabas gak sekali dua tapi lama-lama ok jer tido tanpa diaper sebabnya kami (saya n hubby)selalu terlupa nak pakaikan dia diaper time tido.Bila bangun pagi, tengok tak basah pun tilam so dah jimat la…

Sejak kemarin, kami belikan dia diaper yang termurah dipasaran sebab hanya nak pakai time poo poo. So petang semalam, bila dia minta diaper sebab nak poo poo, saya beri la diaper murah tu. Lepas tengok jer diaper tu, terus tak jadi nak poo poo. Bila dah jadi cam tu saya saja psyko Qistina, saya suruh dia poo poo kat toilet dia (beli lama dah..sejak blum ada Qaisara lagi), macam bila dia nak pee pee (pee pee boleh dalam toilet tapi poo poo tak leh sebab dia geli). Disebabkan dah tak tahan nak poo poo kot, dia terus setuju utk poo poo dalam toilet dia.
Yeayyy..akhirnya..dah tak perlulah kami beli lagi diaper untuk Qistina..Berjaya diaperless sebelum 4 tahun.. hehehe..beberapa hari jer lagi dia nak 4 tahun pun..Walaupun lambat,Tahniah tahniah ummi…Tahniah Qistina..

Sebagai reward kepada Qistina yang dah pandai guna toliet sepenuhnya, maka saya beri dia aiskrim strawberi dan juga mandi pink pool kecil kat depan umah.. Adik, apa lagi, tumpang sekaki la…

Ziarah semasa cuti

Salam,
Emm..saya baru saja sampai ke rumah setelah mula semula bekerja setelah cuti raya cina ni. Masa bercuti tempoh hari , saya ke Senawang. Melawat keluarga Pak Ngah saya dan juga ke hospital melawat Pak Yang saya yang baru keluar daripada ICU dan berpindah ke Wad 7A.

Hati saya sayu melihat keadaan Pak Yang. Pak Yang yang dulu seorang yang tegap dan segak, kini hanya tinggal kulit yang membaluti tulang dan tubuhnya. Belakang Pak Yang banyak luka kerana terbaring terlalu lama kerana tidak sedarkan diri sewaktu di ICU. Sebak dan air mata rasa macam laju saja nak turun dari kelopak mata saya. Tapi saya tahankan. Saya tahankan demi Mak Yang saya. Saya lihat Mak yang begitu kuat dan tabah. Mampukah saya menjadi setabah Mak Yang? Mak Yang, sabarlah ya… Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban.

Sebenarnya kalau diikutkan keadaan, saya dan hubby mungkin tak dapat melawat tapi agaknya memang rezeki saya dan hubby untuk berjumpa dengan Pak Yang. Kerana pada ketika kami sampai di Hospital Seremban, waktu melawat sudah tamat. Kami salah informasi kerana sebelum kami bertolak ke hospital, ada yang memberitahu waktu melawat semasa cuti umum adalah sepanjang hari. Itu yang datang tak ikut waktu melawat. Mak Yang saya turun menjemput dan memujuk security agar kami dibenarkan naik. Akhirnya setelah 5 minit berbincang, maka hanya saya dibenarkan naik ke wad 7A. En. Hubby perlu tunggu di lobby hospital. Namun, hubby dapat juga jumpa dengan Pak Yang. Sebabnya Pak Yang kebetulan pada ketika itu, perlu dibawa ke pusat dialysis dan di bawa turun ke lobi hospital untuk menaiki ambulans. Alhamdulillah.

Buat Mak Yang dan kazen-kazen tersayang, tabahkan hati kerana ini satu dugaan dan ujian daripada Allah. Bahagian kami, kami belum tahu lagi bagaimana ujiannya. Semoga kita sama-sama akan tabah menghadapi setiap ujian yang diturunkan Allah.

Kepada team di unit ICU dan Wad 7A, Hospital Seremban, terima kasih kerana merawat dan menjaga Pak Yang saya, Ahmad Doman dan juga saya lihat sangat berlemah lembut semasa berbicara dengan Mak Yang saya, Norian Abd Aziz sepanjang mereka disana. Besar jasa anda. Hanya allah yang dapat membalasnya.

Terima kasih,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
April 2026
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.