Ziarah semasa cuti
Salam,
Emm..saya baru saja sampai ke rumah setelah mula semula bekerja setelah cuti raya cina ni. Masa bercuti tempoh hari , saya ke Senawang. Melawat keluarga Pak Ngah saya dan juga ke hospital melawat Pak Yang saya yang baru keluar daripada ICU dan berpindah ke Wad 7A.
Hati saya sayu melihat keadaan Pak Yang. Pak Yang yang dulu seorang yang tegap dan segak, kini hanya tinggal kulit yang membaluti tulang dan tubuhnya. Belakang Pak Yang banyak luka kerana terbaring terlalu lama kerana tidak sedarkan diri sewaktu di ICU. Sebak dan air mata rasa macam laju saja nak turun dari kelopak mata saya. Tapi saya tahankan. Saya tahankan demi Mak Yang saya. Saya lihat Mak yang begitu kuat dan tabah. Mampukah saya menjadi setabah Mak Yang? Mak Yang, sabarlah ya… Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban.
Sebenarnya kalau diikutkan keadaan, saya dan hubby mungkin tak dapat melawat tapi agaknya memang rezeki saya dan hubby untuk berjumpa dengan Pak Yang. Kerana pada ketika kami sampai di Hospital Seremban, waktu melawat sudah tamat. Kami salah informasi kerana sebelum kami bertolak ke hospital, ada yang memberitahu waktu melawat semasa cuti umum adalah sepanjang hari. Itu yang datang tak ikut waktu melawat. Mak Yang saya turun menjemput dan memujuk security agar kami dibenarkan naik. Akhirnya setelah 5 minit berbincang, maka hanya saya dibenarkan naik ke wad 7A. En. Hubby perlu tunggu di lobby hospital. Namun, hubby dapat juga jumpa dengan Pak Yang. Sebabnya Pak Yang kebetulan pada ketika itu, perlu dibawa ke pusat dialysis dan di bawa turun ke lobi hospital untuk menaiki ambulans. Alhamdulillah.
Buat Mak Yang dan kazen-kazen tersayang, tabahkan hati kerana ini satu dugaan dan ujian daripada Allah. Bahagian kami, kami belum tahu lagi bagaimana ujiannya. Semoga kita sama-sama akan tabah menghadapi setiap ujian yang diturunkan Allah.
Kepada team di unit ICU dan Wad 7A, Hospital Seremban, terima kasih kerana merawat dan menjaga Pak Yang saya, Ahmad Doman dan juga saya lihat sangat berlemah lembut semasa berbicara dengan Mak Yang saya, Norian Abd Aziz sepanjang mereka disana. Besar jasa anda. Hanya allah yang dapat membalasnya.
Terima kasih,
