Storylah Ummi
Salam,
Setiap hari sebelum tido, apa aktiviti anda dan anak? maksud saya selain daripada baca doa tidur, berus gigi, basuh muka dan kaki, apa lagi aktiviti yang boleh dibuat?
Kalau saya, saya selalunya akan bercerita dengan anak-anak. Bermula daripada cerita dongeng mat saleh cam Cinderella, Snow White, Ariel, Arora, Beauty N The Beast, Pooh, Mickey sampailah ke cerita kisah Agama dan Nabi-nabi kita. Kadang kala, buku tak ada, so saya mula la mereka cerita teladan untuk didengar oleh anak-anak saya. Kadang-kadang bila saya lupa dan juga malas, sure Qistina akan kata “storylah Ummi” atau Qaisara akan bawakan buku pada saya dan cakap “aca”. hehehe..cute habis..Moment ni akan saya ingat sampai habis nyawa.
Saya telah ke MPH mencari lebih banyak buku-buku cerita berkaitan Islam yang boleh saya baca dan kemudian ceritakan mengikut versi dan gaya saya kepada anak-anak. Ye la kalau ikut ayat buku, skema la dan tak menarik perhatian kanak-kanak, so saya buat gaya story telling by Zatul ler .. 8D . Baru anak-anak pay attention, kan.. Oh ya, berbalik kepada buku di MPH, saya dah terjumpa buku ini
Sejak seminggu yang lalu, saya dah mula baca kan pada anak anak. Satu hari satu tajuk. Sekarang ni dah sampai tajuk Bahtera dan Banjir Besar , cerita pasal Nabi Nuh.
So, saper tercari-cari buku untuk dibacakan untuk anak mereka bolehlah cuba carik buku ni. ada juga dijual kat online store.
Perlu diingatkan bahawa ayat-ayat di dalam buku ni agak skema, so anda kenalah olah ayat-ayat tersebut menjadi ayat anda yang akan menarik perhatian anak-anak anda untuk mendengar dengan lebih lanjut lagi..
Mommies & Daddies,Selamat mencuba!
Oh ya, Mommies & Daddies, kalau ada buku cerita menarik yang boleh dikongsi bersama, beritahu la yer..kita share apa yang boleh. errr..ada ke daddy Malaysia yang bacakan buku atau story morry pada anak-anak sebelum tidur atau pada bila-bila masa? Kalau ada share la that moment. Cute bila daddy melayan anak-anak cam gambar ni
pssttt: Yang Suhaini, balik ni cuba tau! Nanti cerita progress ko kat sini yer..
Salam Kasih,

Salam; saya ada satu buku kadang story sblm tido kadang malas.. hehe
Nnti esok sy bg details.. Nak carik jugak lagi buku2 bedtime story version ‘kita’ nih…
Nurul, thanks..tengahari tadi saya jumpa lagi buku bed time story version ‘kita’ tapi blom sempat nak grab sebab bz mengangkat barangan unilever cam breeze, sunlight, lifebuoy, comfort, etc yang tengah ada jualan murah kat Menara TM.