Archive for the ‘Uncategorized’ Category
Alamak, Bronkitis dan Kronik Resdung!
Salam,
Salam kasih dari saya yang bersiaran dari Darul Ehsan Medical Centre aka DEMC, Seksyen 14, Shah Alam.
Emmm…admitted la pulak yer..Tak habis habis tak sihatnya. Saya ditahan lagi untuk pemeriksaan lanjut sebab batuk yang berpanjangan dan apa yang saya dengar semalam, saya mengalami bronkitis. Bronkitis yang disebabkan oleh sinus.
Pagi semalam dah buat blood test dan lungs x-ray. lungs ok and clear. darah ada sikit problem. So doktor nak tahan utk start antibiotik. Sakit woo bila ambil antibiotik tu. Tengok dia menitik, masuk tiub, rasa cam nak cabut jer sebab antibiotik tu pekat dan bila nak masuk dalam salur darah, errr..seksa la juga rasanya..
So this morning, saya buat CT scan. Petang masa doktor buat 2nd round, he told me a bad news. There is a pus in my sinus area. So kena rujuk ENT for further investigation. So at 4.30pm tadi, i had another CT scan. Result? Baca kat bawah la yer, Dr. Loga, pakar ENT dah datang explain kat saya ..
Nampak gayanya, lagi lama la saya di DEMC ni. Semalam doktor kata 2 hari, tapi bila ada result lain, so kena berkampung lagi la kat sini… May be ada hikmahnya. Lebih baik buat treatment daripada biarkan saja.
Qistina dah 2 hari tak ke sekolah sebab saya begini. Hubby sibuk menguruskan saya dari pagi semalam. tapi saya risau bila Qistina tak sekolah. Takut dia tertinggal pelajaran. Walaupun pre-school tapi ianya tetap penting pada saya sebab pre-school sekarang bukan macam pre-school zaman saya, datang utk main dan makan. Pre-school sekarang dah belajar macam macam. Macam pre-school Qistina tu diajar Bahasa Arab, Bahasa Melayu, English, science, Maths dan IQRA. IQRA dan bahasa Arab lagi diajar setiap hari sebab target MAIWP ialah by end of this year budak-budak kelas Qistina dah naik Al-Quran. kalau Tina asyik tak datang sekolah cam 2 hari ni, mustahil dapat capai target tu. Itu yang saya risau. Risau kalau dia tertinggal.
Hari ini hubby ada beritahu saya, Qistina menangis pagi tadi, bila tanya mengigau ke? Dia kata” tak la , kakak nak ummi la..” aduhai anak, sedih ummi dengar. Tunggu la ye sayang..Nanti ummi balik. Semalam masa Tina datang tengok Ummi, ummi mamai sebab ubat. Tapi ummi perasan muka Tina sedih tengok Ummi… Ummi tak dapat nak peluk Tina lama-lama sebab Ummi tak sedar lepas tu.
Nasib baik adik baik, tak nangis malam tadi. Cuba nak baring sebelah ummi jer. Ummi peluk sekejap bila adik baring sebelah ummi.
TQ to hubby sebab selama saya batuk tak berhenti, selama 3 minggu ni, dia yang jaga saya setiap malam tanpa jemu. Bila check up di hospital, dia juga menjadi peneman saya sepanjang hari.
Oh ya, saya ada buat carian google tentang penyakit saya ni. boleh baca kat
Bahaya jangkitan kuman pada rongga sinus
Tahap saya ini sudah mencapai kepada kronik sinus. The puss aka nanah dah ada dalam rongga sinus kanan tapi lebih banyak dalam rongga sinus sebelah kiri dan rongga bawah otak (yang menyebabkan saya sakit kepala) Ini yang di beritahu oleh Dr. Loga just now pada saya.
Ok lah, doakan saya sihat dan bertambah baik untuk treatment antibiotik agar saya tak perlu menjalani sebarang pembedahan. Semoga tiada berita yang lebih buruk dari ini. Semoga saya sembuh!!!
Ahh..risaunya saya, saya ada anak-anak yang masih memerlukan saya!
Doakan saya sembuh ya..
p/s: ada suggestion untuk rawatan traditional untuk penyakit ni tak? Saya tak sangka la pulak saya mengalami penyakit sinus aka resdung ni.
APa Yang Penting? Kerjasama!
Salam,
Tadi semasa saya naik lif utk ke pejabat, saya terdengar (bukan curi dengar tau. Lift cramped sangat dan mereka betul betul mengadap saya) perbualan sekumpulan kawan yang bersembang mengenai kekecewaan salah seorang kawan mereka dengan perbuatan dan tindakan pihak nursery yang memberikan susu formula apabila susu ibu perahan (ebm) yang dibekalkan tidak mencukupi. Dan salah seorang daripada mereka yang betul betul mengadap saya, asyik pandang saya sewaktu mereka bercerita.
Emmm..dalam hati saya, saya hanya boleh simpati sahaja. Saya tidak mencelah atau memberi komen. Saya hanya senyum sahaja. Takkan saya nak celah ye dak? Saya bukan sebahagian daripada perbualan tu, so sonyap ajolah.
Tapi daripada perbualan tadi, ada kesimpulan yang dibuat oleh salah seorang daripada mereka ialah jika ketika baby masih kecil dan kalau menyusu secara exclusive sebaiknya diletakkan dibawah jagaan babysitter dan bukannya di nursery.
Betulkah pandangan ini? Sesuaikah? Selesaikah masalah ini nanti? Ada jaminan yang babysitter perseorangan takkan buat begitu? Tak ada jaminan jugak yer… Susah ni..macam mana nak buat ni yer?
Emmm…pandangan peribadi saya la kan, saya rasa cadangan tersebut kurang sesuai dipraktikkan sebab saya pernah meletakkan anak dibawah kedua-dua jenis jagaan yang diatas. Kedua-duanya tidak mendatangkan masalah pada saya dan anak-anak saya. Kenapa tidak ada masalah? Sebab saya tegas dan menerangkan dengan jelas tentang pendirian saya mengenai susu ibu dan juga saya terangkan cara bagaimana nak handle ebm yang saya bekalkan untuk anak saya sepanjang waktu saya bekerja. Bukan setakat terang, saya berikan buku untuk mereka baca dan paham bagimana mengendalikan susu ibu.
Kalau dikelas breastfeeding kendalian saya, saya suka tekankan perkataan mudahkan kerja babysitter atau nursery (yang jaga anak kita di nursery tu dipanggil babysitter gak yer tak?) untuk handle. Kita nak minta tolong dia kan untuk bantu kita mencapai gol exclusive breastfeeding? Jadi apa salahnya kita bantu dia orang supaya mereka rasa senang dan mudah untuk handle ebm. Ini tidak, kita serah bulat-bulat pada babysitter bagaimana untuk handle anak kita. Kita beri penerangan begitu begini tapi paham ka dia? Cuba kalau kita sediakan siap-siap ebm dalam botol untuk beberapa kali feeding time. Senang babysitter. Hanya perlu panaskan saja ebm tu bila dah sampai feeding time.
Ini tidak, saya pernah lihat (contoh la ni yer bukan mengata tau. Dosa you kalau mengata orang ni), ada ibu yang hantar ebm yang masih beku kepada nursery. Dah la beku, cooler beg tak dibekalkan atas alasan peti ais ada di dapur nursery. Tapi tak perasan ke yang dapur dengan bilik baby sangat jauh? Dan babysitter tak boleh tinggalkan babies lama-lama sebab bukan anak kita sorang saja yang dijaganya?
Apa salahnya bekalkan cooler beg dan ice pack. Dan cairkan siap-siap ebm tu sebelum hantar ke nursery. Sekurang-kurangnya bekalkan 2 botol ebm yang dah cair sepenuhnya. yang lain mungkin separuh cair. Ini tidak semua ebm beku yang dibekalkan. Berapa lama pulak masa nak diambil untuk cairkan ebm tu? Semua tu menyebabkan babysitter rasa keberatan untuk membantu kita melaksanakan impian exclusive breastfeeding yang kita impikan. Penyudahnya anak kita minum ebm tapi telah kosong sebab tak ada zat. Kenapa tak ada zat? Sebab babysitter nak cepat, anak-anak jagaan dia yang lain dah menangis. Ebm kita yang beku tadi di letakkan aje dalam periuk air panas di atas dapur. Ha, minum air kosong ajer la anak kita hari tu. Jangan nak salahkan babysitter tapi salahkan diri sendiri sebab tak bantu babysitter untuk buat kerja dia.

Jadi senang kerja dia untuk susukan anak kita. Tak payah dia berlari ke dapur yang memerlukan banyak langkah kaki untuk sampai ke sana. Kalau babysitter tak keberatan untuk guna food warmer untuk panaskan ebm, ha, sediakan food warmer. Kalau dia berkira dengan kos electric, maka kita ajarkan cara konvensional untuk panaskan ebm tadi.
Jangan kita sombong sangat dengan mengatakan yang kita bayar dia untuk buat semua tu. Ya memang kita bayar tapi kita perlu ada courtesy dan tolak ansur. Kita nak bagi yang terbaik pada anak kita tapi kita tak pulak berusaha menyenangkan kerja orang yang menjaga dan memberikan ebm kita pada baby kita. Kalau kita ni manusia, mereka juga adalah manusia. Kat rumah kita hanya jaga baby kita sahaja tapi di nursery, ramai lagi baby yang nak di jaga oleh seorang babysitter. Tak silap saya, satu babysitter selalunya akan jaga 3 orang baby.
Lagi satu kadang-kadang kita ni terlebih feeding anak-anak kita. Contohnya, baby baru umur 2 bulan tapi kita bekalkan dalam 4 oz dalam satu botol untuk 6 kali feeding time. Ha dah terlebih dah tu.. Banyak sanyat 4 oz untuk baby umur 2 bulan dan banyak sangat 6 kali feeding time kalau untuk 8 atau 9 jam kita keluar dan berjauhan daripada baby. Penyudahnya bila production susu kita merundum, kita hanya dapat bekalkan 3 botol berisi 4 oz/botol utk sehari untuk cover 6 kali minum. Bila tak cukup? Macam mana pulak?
Babysitter tu bukanlah kejam atau nak menginaya kita dan baby. Tapi sebenarnya derang tu kesian dengan baby kita sebab tak cukup susu yang nak diminum sebab selalunya kita bekalkan 6 botol utk sepanjang hari. Jadi alternatifnya dan atas dasar kemanusiaan dan rasa kasih pada baby tu, maka dia ambil keputusan sendiri dan top upkan dengan susu formula tanpa izin kita. Dia tak mahu, baby kita lapar..Dia sayang baby kita tau…
Jadi pikirkan lah apa yang saya cuba terangkan. Kalau rasa tak puas hati atau tak paham dengan cara atau alternatif yang saya terangkan kat atas tadi, sila la call saya. Saya boleh terangkan dengan lebih jelas.
Kepada yang terasa, saya minta maaf. Saya bukan menyalahkan sesiapa. Situasi anda mungkin sama dengan apa yang saya terangkan diatas tapi saya bukan bercakap mengenai anda. Saya menulis secara general dan itu adalah fact serta keadaan sebenar yang sesetengah ibu alami dan buat. Saya jadikan contoh untuk panduan kepada ibu-ibu lain. Tiada langsung niat untuk mengguris hati anda.
Saya juga bukan sebelahkan babysitter atau nursery yang melangkau dan kurang menghormati anda sebagai ibubapa dengan berbuat keputusan sendiri dengan top up formula tanpa kebenaran parents. Tidak! saya juga langsung tidak setuju dengan tidakan mereka.
Tapi apa yang saya cuba katakan disini ialah tak kiralah kita ini sebagai ibubapa yang nak berikan yang terbaik pada anak-anak kita ataupun pihak nursery yang cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik, cubalah bekerjasama. Berbincanglah dari hati ke hati agar kesilapan dalam mengendalikan ebm tidak berlaku. Kalau kita kurang ilmu dalam cara nak handle ebm ni, carilah ilmu tersebut.
FYI, saya dan rakan-rakan pada tahun ini akan melaksanakan program untuk mendidik sebanyak yang boleh taska/nursery di negeri Selangor dan Kuala Lumpur cara-cara pengendalian ebm ini. Jadi kalau anda mahu taska anda tersenari dalam program ini, sila email saya dan saya akan forward kepada AJK yang akan mengendalikan jadual program.
Salam Kasih,
Hari pertama Qistina di Tadika
Salam,
Seperti yang saya pernah ceritakan, kami suami isteri akhirnya memilih untuk menghantar Qistika ke Tadika Islam MAIWP dan hari ini merupakan hari pertama Qistina bersekolah di sana.
Oleh kerana ini kali pertama dan pengalaman pertama kami menghantar anak ke sekolah, maka persiapan tu agak kelam kabut. Hujung minggu yang lalu baru nak cari kasut sekolah, stokin dan baju sekolah. Kelam kabut saya dan hubby. Hahaha..dan petang semalam baru teringat nak carikan dia pencil box.
Pagi ni, dia saya kejutkan seawal 6.15 pagi. Mula-mula meragam juga tapi bila disebut kakak kena sekolah, terus bangun dan nak mandi dan siap pakai baju sekolah.
Lepas saya daftarkan dia, saya terus masuk office dan tinggalkan sekejap di sekolah. Bila saya datang ambil, tinggal dia seorang jer dalam kelas. yang lain dah balik dah. Mak ayah dah ambil bawak balik.
Saya terus tanya pada Qistina,” Kakak, Kakak nangis tak bila Ummi pergi work?”
Jawab Qistina dengan penuh confidentnya, ” Tak la. Kakak tak nangis pun. Kakak tak takut dengan cikgu pun” Ceh, sombong la plak jawapan dia. kekekeke..
Apa pun saya dah berjaya mengurangkan debaran dihati sejak semalam yang bimbang bagaimana dengan keadaan Qistina ke sekolah baru. Lega bila tengok dia pandai berdikari. Alhamdulillah.
Esok hari baru lagi. Ada lagi nak ditempuh. Semoga semakin cerah hari esok untuk saya, suami dan anak-anak.. Aminnn
Salam Kasih,
Selamat Tahun Baru 2011
Salam,
diam tak diam dah masuk hari kedua dalam tahun 2011. Cepat sungguh masa berlalu.
Semalam juga, saya dan rakan-rakan PCPA dalam Malaysian Breastfeeding Peer Counselor telah mengadakan makan-makan di Sri Kembangan. emmm… Makan-makan akhir tahun tapi buatnya di awal tahun.
Tahun ini juga, saya akan mula berstudy group dengan rakan-rakan saya. Kami semua akan menduduki peperiksaan IBLCE. Insya Allah. Huh, tengok subjek pun dah rasa stress..Apatah lagi, bila tengok contoh soalan.
Doakan saya lulus peperiksaan ini ya.
Rancangan lain utk tahun ni? nanti la saya cerita lain kali. Dah jadi nanti baru saya cakap, boleh tak? hehehehe..
Selamat tahun baru!
KELAS ASAS PENYUSUAN IBU (18 DEC 2010)
Salam,
Alhamdulillah, selesailah sudah kelas asas penyusuan ibu yang dianjurkan Oleh Baby N Me untuk sesi Dec 2010. Seramai 8 orang peserta telah hadir ke kelas ini dan mereka terdiri daripada ibu-ibu yang mengandung, bakal ayah, Ibu yang memang sedang menyusu dan juga 2 orang nenek.
Peserta kali ini sangat sporting dan banyak soalan yang diutarakan semasa kelas berlangsung. saya suka bila banyak soalan ditanya sebab ianya memberikan satu makna. Mereka begitu berminat dengan penyusuan ibu. Alhamdulillah, kerana kesedaran untuk menyusu juga semakin meningkat di kalangan masyarakat kita di Malaysia.

Peserta-peserta Kelas Asas Penyusuan Ibu Baby N Me pada 18 Dec 2010
Terima kasih kepada Peserta kelas yang hadir dan dan kepada yang mahu joint kami untuk kelas akan datang, sila la mendaftar.
Kita jumpa di Kelas yang akan datang.
Salam Kasih,
DAH TERTULIS…
Salam,
Bila kita cakap pasal takdir ni kan, memang tak leh buat apa la..
macam saya ni, plan tak mahu cuti raya lama sangat sebab nak ambil cuti masa bulan Oktober ni sebab SILC dan training MBfPC..
Tapi…apalah daya saya untuk melawan takdir, dah tertulis yang saya akan bercuti sakit selama 2 minggu selepas hari raya kerana chicken pox. Dan rentetan dari itu, dah tertulis juga takdir yang cuti saya untuk ke SILC minggu depan tak di luluskan..
waaaaaaaaaaaa..cedihnyaaaaaaa…..
Tak pe la bukan rezeki saya untuk hadir ke SILC..Allah dah aturkan satu perjalanan lain untuk saya, mungkin…
Saya pasrah dan redha.
Salam Kasih,
Breastfeeding & Ramadhan
Salam,
Ramai yang bimbang susu kurangkan pada bulan Ramadhan ni? Apa yang perlu anda lakukan?
- Susukan atau perah susu dengan kerap pada sebelah malam. Minumlah segelas air suam sebelum mengepam. Ini bertujuan untuk mengurangkan rasa gelisah ibu.
- Perah susu sebelum tidur atau perah payudara sebelah lagi semasa menyusukan bayi
- Pump sebelah pagi sebelum bersahur (jika breast penuh. Jika tidak susukan bayi dan pump sebelah lagi)
- Jangan tinggal amalan bersahur
- Selawat satu kali setiap kali makan satu biji kurma (jika makan 5 biji, maka 5 kali selawat)
- Jangan tinggal atau kurangkan aktiviti mengepam di tempat kerja
- Mohonlah pada ALLAH agar susu tetap cukup untuk bayi anda dan anda berupaya untuk melakukan kedua-dua ibadah ini, menyusu dan berpuasa.
Jenis makanan bagaimana yang dapat mengekalkan production? Makanlah seperti biasa. Cuma kebiasaan makan pada waktu siang bertukar kepada malam.
Contohnya:
Jadual adalah sumbangan daripada Pakar Nutrisi,
Cik JESS (Melaka) yang juga PCPA bagi MBfPC. TQ very much Jess! Luv U!!
Dapatkan suratkhabar KOSMO dalam ruangan PESONA pada hari Jumaat yang akan datang ini untuk dapatkan artikel penuh dan info selanjutnya mengenai Ramadahan dan breastfeeding . Insya Allah.
p/s: rugi tau saper tak dapatkan KOSMO Jumaat akan datang ni (20 Ogos 2010). Mana tau muka anda terpilih menghiasi ruangan PESONA.
nota: terima kasih juga kepada Puan Rita Rahayu, Cik Jess serta ibu-ibu yang menyusu yang turut menyumbangkan tips berdasarkan pengalaman & fakta.
Salam Kasih Ramadhan,
1st SGM Di Bangunan TM ANNEXE 2
Salam,
Saya suka nak war-warkan di atas permintaan warga TM esok 10 Ogos 2010 satu SGM or Support Group Meeting atau dengan nama istilah yang lebih mesra (saya beri nama ni supaya tak nampak cam formal meeting) iaitu Sharing Group Moment akan diadakan di masa & tempat berikut:
Tarikh : 10 Ogos 2010 (SELASA)
Waktu : 1 ptg hingga 2 Ptg (Lunch Hour)
Tempat: Tingkat 29, TM Annexe 2, Jalan Pantai Baru, KL
Topik : Penyusuan Susu Ibu di bulan Ramadhan
Ini Gambar Hiasan Sahaja
Kepada warga kerja TM samada di TM Annexe atau Menara Telekom aka Rebung yang ingin turut serta adalah di alu-alukan kehadiran anda dalam perjumpaan ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi Aida (staff TM) di talian 013-3405998.
Salam Kasih,
Berapa Syampu rambut yang anda ada?
Salam,
Ha, soalan saya ialah berapa jenis syampu rambut yang anda ada dan gunakan untuk menjaga rambut anda?
Saya? satu jenis jer..hehehhe..Tapi tahukah anda yang sebenarnya, anda memerlukan sekurang-kurangnya 3 jenis syampu rambut untuk penjagaan rambut anda…terkejut?
hehehe..masa saya dapat tahu dari Pakar Rambut Cut And Above dalam bengkel anjuran Majalah Nona & Bizzi Body awal bulan 6 yang lalu, saya juga terkejut beruk.. hah?! paling kurang pun 3? Saya ada satu jer..
Saya dan Editor NONA aka Mak Ndak saya
Lepas tu kalau kita bertudung sepanjang hari , bila balik rumah, saranan pakar tu ialah kita perlu lepaskan rambut supaya rambut kita dapat ikut tarikan gravity. Caranya ialah baring atas katil dan biar rambut kita berjurai dari tepi katil ke bawah dan banyak lagi sebenarnya tip yang diberi..tapi cam mana pun Mat saleh yang bagi talk tu (Paul kot nama dia. dah tak ingat dah), kata untuk jaga kulit kepala, kita boleh guna petua cam biasa la, guna limau.
Kalau pakai conditioner, sila sapu dibahagian hujung rambut sahaja dan bilas. Bukannya pakai dan letak di kulit kepala (ada ke orang yang tak tahu pasal ni, ek?), nanti kelemumur hidup bahagia atas kulit kepala.
Nak jaga rambut bukan senang rupanya . teringin nak dapat rambut cantik cam gambo kat atas tu tapi tak larat nak maintain pi salun utk dapat rambut cam tu.kopak poket nanti. Pakai jer la apa yang ada kat farmasi dan kedai jual.
Oh ya, pada yang tak tahu, rambut pun ada vitamin khas yer..Boleh beli. Salah satu yang senang didapati ialah ellips (saya tahu sebab room mate Angah , si Azie selalu beli ellips ni). Murah jer dalam RM5 satu papan dan ada berapa biji lah dalam tu. Ada gak yang dalam botol.

Lepas ni kalau nak cuba, boleh la cuba.
Salam Kasih,















